BTC USD 64,010.0 Gold USD 4,457.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Singa cina penari melayu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
05hma45c.transformed.jpg


Kuala Nerus: “Peringkat awal sememangnya mendapat halangan ibu namun kerana terlalu minat akhirnya saya diizinkan bermain tarian singa,” kata Jeffry Omar, 27, seorang penari singa dari Kumpulan Kesun Lion Dance (KLD) yang berbangsa Melayu.

Menurutnya, dia menyertai kumpulan KLD sejak berusia 14 tahun berikutan terlalu minat selain kehidupan sehariannya yang dikelilingi komuniti Cina.

“Saya tinggal di Kampung Cina dan bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa Wei Sin sehingga mendorong saya memahami kebudayaan Cina dengan lebih dekat.
“Bagaimanapun, peringatan ibu supaya berpegang kepada agama sentiasa diingati dan saya hanya mengambil peranan bermain bahagian kepala singa apabila mendapati di tempat persembahan tiada bahan larangan seperti arak.
“Saya bermain hanya kerana minat dan ia memberi kepuasan kerana masyarakat Melayu juga mampu turut sama sebagai satu masyarakat majmuk,” katanya selepas majlis perasmian kostum tarian singa, di sini, semalam.

Rakannya, Mohd Sharman Mohd Sabri, 32, berkata, dia turut mendapat halangan ibunya di peringkat awal pembabitannya dalam tarian singa tetapi lama-kelamaan dibenarkan meneruskan minatnya itu.

“Saya menyertai KLD sejak tiga tahun lalu dan buat masa ini hanya mahir bermain tarian singa pada posisi ekor dan alatan muzik. Sudah lama saya meminati tarian singa kerana saya juga bersekolah di SM Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.

“Tidak salah mendalami ilmu tarian singa dan bukannya melakukan perbuatan yang menyalahi agama kerana tarian hanyalah satu bentuk kebudayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri A Latiff Awang berkata, platform seperti itu dilihat dapat menyatukan kaum di negara ini.
“Selain itu, KLD dilihat sebagai satu proses menjawab dakwaan sesetengah pihak yang ingin memecah perpaduan kaum sedangkan ia sebenarnya mewujudkan persefahaman.

“KLD disertai Melayu, India, Cina dan Siam sekali gus menunjukkan sebuah masyarakat majmuk dalam negeri ini bersatu mengetengahkan tarian singa yang biasanya dipersembahkan masyarakat Cina saja,” katanya.
-


sumber:http://www.hmetro.com.my/node/112623
 
Ye tak salah tp jgn smp menyembah dahler ye.. Ingat tu
 
Kebudayaan je pebenda..sampai sembah duit tu
 
banyak punye tarian melayu....dipilihnya tarian ahchong
 
Back
Top
Log in Register