BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sindrom terlalu risau yang melampau

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
30hmpicsa.transformed.jpg

Syazwan (tengah) ketika ditemubual mengenai penyakitnya.

Rawang: “Selama setahun saya menderita akibat sentiasa terfikir dibayangi maut sehingga seolah-olah lampu di siling masjid bila-bila masa boleh menghempap saya,” kata Syazwan Jaafar, bekas penghidap kecelaruan keresahan panik atau ‘panic disorder’ iaitu satu daripada penyakit psikiatri Anxiety Disorder (AD) yang menyebabkan seseorang risau terlampau terhadap sesuatu musibah.

Syazwan, 35, yang juga bilal Masjid al-Qurtubi di Segambut berkata, fikirannya mula terganggu akibat penyakit itu pada April 2013 selepas tiba-tiba terkena serangan panik.

“Tanpa sebarang sebab, jantung berdegup kencang, nafas menjadi sesak dan badan berpeluh. Saya mula gelisah dan tertanya-tanya adakah ini tanda ajal semakin dekat sehingga tidak dapat melaksanakan kerja,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, fikirannya sentiasa terbayangkan kematian secara melampau malah berulang-alik ke hospital dan klinik berpuluh kali disebabkan beranggapan mempunyai penyakit kronik mengakibatkan dia gelisah, takut dengan dosa, tidak cukup tidur dan badan menjadi sengal-sengal.

Syazwan berkata, dia berasa selamat atau kebimbangan itu hilang seketika apabila berada berdekatan hospital atau klinik.

“Alhamdulillah, selepas setahun menderita, saya pulih hasil nasihat serta sokongan rakan. Saya juga bertemu pakar psikiatri dan kaunselor untuk mendapatkan khidmat kaunseling.

“Dalam Islam, kita digalakkan mengingati mati bagi meningkatkan kualiti ibadat namun bagi pesakit AD, ketakutan itu melampau-lampau sehingga menjejaskan kehidupan,” katanya.

Menurutnya, selepas pulih tahun lalu, dia mendapati ramai sebenarnya penghidap penyakit itu dalam kalangan masyarakat termasuk ustaz dan anggota polis.

“Ada juga memberitahu sanggup melanggar belakang kereta orang jika terperangkap dalam kesesakan lalu lintas kerana gelisah. Mereka beranggapan dengan melanggar kereta orang, dia mendapat perhatian disebabkan ramai tampil menolong,” katanya.

Dia menyarankan, segera berjumpa pakar psikiatri kerana ada ubat untuk mengawal emosi, jangan duduk sendirian sebaliknya berkongsi dengan rakan walaupun ada yang mengatakan mereka sengaja mengada-ngada.

“Kepada pesakit AD, apa yang menimpa kita adalah ujian yang kita mampu hadapi dan pasti ada kebaikan jika bersabar,” katanya.

Menurutnya, sesiapa yang mahu maklumat lanjut boleh merujuk ke laman Facebook (FB) Anxiety Disorder Malaysian Community atau WhatsApp beliau di nombor 016-3716005.

Sementara itu, perunding motivasi khusus kepada penyakit Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) Talhah Daud berkata, tekanan kerja boleh menyebabkan seseorang itu terkena penyakit psikiatri seperti AD.

Menurutnya, apa yang penting ialah pesakit perlu sentiasa berfikiran positif kerana bagi setiap penyakit atau kesusahan yang menimpa kita, Allah akan menghapuskan dosa.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/67024#sthash.1Evc2VqW.dpuf
 
huhu aku penah kena penyakit ni 10 tahun dulu.

Dua tiga kali gi spital sebab rasa sesak nafas, siap check jantung guna wayar2 tu kat badan.

Padahal takde apa pun. Skang ni gelak je bila pikir2 balik.
 
smlm aja aku baru rasa mcm ni.. risau sampai xleh tido..
bkn apa.. aku pergi rumah pegarah aku melawat dia..
time nk balik tu kucing dia keluar rumah... aku pn nk p tngkp.. sekali dia lari masuk rumah jiran.. tp boss aku ckp xpa.. nnt dia pandai balik..

mmg xleh tido aku mlm tu tkt kucing tu xbalik sbb kena curi or sesat... kucing bengal kot.. mau ribu2...
 
smlm aja aku baru rasa mcm ni.. risau sampai xleh tido..
bkn apa.. aku pergi rumah pegarah aku melawat dia..
time nk balik tu kucing dia keluar rumah... aku pn nk p tngkp.. sekali dia lari masuk rumah jiran.. tp boss aku ckp xpa.. nnt dia pandai balik..

mmg xleh tido aku mlm tu tkt kucing tu xbalik sbb kena curi or sesat... kucing bengal kot.. mau ribu2...

Memang patut ko risau ni...

Kalau kucing dia kena culik
 
aku dulu hidung tersumbat sebelah pun dah panik rasa nak mati...makan madu dan hasbastus sauda alhamdulillah
 
"we often poison ourselves with thoughts"
 
Aku risau claim aku lambat dibank in

Kategori apa
 
Back
Top
Log in Register