BTC USD 63,321.4 Gold USD 1,807.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simptom Kemandulan Wanita

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,590
Reaction score
15,629
Points
2,376

pcos_1632018607.jpg


Satu dalam 10 wanita menghidap keabnormalan PCOS. - Foto hiasan


TIDAK mampu mengandung satu mimpi ngeri bagi wanita dan pelbagai usaha sanggup mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah ini.

Antara sebabnya adalah keabnormalan yang dikenali sebagai Polycystic Ovarian Syndrome atau Sindrom Ovari Berpolisistik (PCOS), atau ramai yang selesa menyebutnya sebagai pikos.

Statistik menunjukkan satu dalam 10 wanita menghidap keabnormalan PCOS, iaitu 10 hingga 15 peratus wanita di peringkat umur reproduktif didiagnos dengan PCOS dan 50 peratus wanita mengalami PCOS tanpa diagnosis formal.

PCOS membabitkan keadaan fizikal ovari yang mengandungi butiran seperti rantai mutiara, iaitu folikel bersaiz di antara dua hingga 9 milimeter (mm).

Ovari dikatakan sebagai berpolisistik jika terdapat sekurang-kurangnya 12 biji folikel di dalam ovari atau jika isi padu ovari melebihi 10 mL.

Folikel kantung telur tidak matang dan mengandungi cecair. Ketidakseimbangan hormon menyekat telur ini daripada matang menyebabkan telur ini tidak dapat berfungsi.

Ketidakseimbangan hormon disebabkan beberapa aspek, iaitu:

1. Rembesan LH (luteinizing hormone) yang berlebihan kerana gangguan neuroendokrin. Ia menyebabkan penghasilan hormon androgen berlebihan oleh ovari dan mengganggu proses ovulasi.

Aras LH di dalam wanita PCOS adalah tiga kali lebih tinggi daripada aras FSH.

Ketidakseimbangan ini mengganggu rembesan hormon lain berperanan mengawal kitaran ovulasi.

2. Peningkatan hormon androgen disebabkan gangguan penghasilan androgen oleh ovari dan perubahan metabolisme kortisol pada adrenal.

3. Gangguan tindak balas insulin menyebabkan kerintangan insulin dan hiperinsulinemia.

Simptom PCOS

Simptom PCOS paling kerap berlaku adalah kitaran haid tidak teratur dan mengganggu proses ovulasi seterusnya menyumbang kepada kemandulan wanita.

ovarii_1632018612.jpg


Penghasilan hormon androgen berlebihan oleh ovari dan mengganggu proses ovulasi. - Foto hiasan


Jika kitaran haid anda tidak teratur atau tiada selama tiga bulan, anda mesti berjumpa doktor dengan segera.

Keadaan ini juga mesti diperhatikan dalam remaja kerana PCOS biasanya terjadi kepada wanita yang fisiologinya bersedia untuk hamil. Semakin awal PCOS didiagnos, semakin awal simptom dapat dirawat.

Kebanyakan wanita PCOS mengalami simptom pertambahan berat badan dan masalah tidur.

Simptom PCOS lain adalah botak (alopesia), kulit berjerawat melampau dan berminyak serta kehadiran tompok hitam.

Wanita PCOS 'caucasian' cenderung mengalami masalah pertumbuhan rambut berlebihan di bahagian muka (tumbuh misai dan janggut).

Kebanyakan wanita PCOS mengalami lebih daripada satu simptom dan kebanyakan wanita PCOS mempunyai kombinasi simptom berbeza kerana arahan genetik dalam setiap wanita adalah berbeza.

Keadaan ini menyebabkan keabnormalan PCOS lebih sukar untuk difahami dan didiagnos.

Memahami keabnormalan

Untuk memahami keabnormalan, maklumat klinikal perlu digabungkan dengan penerokaan maklumat genetik menggunakan pendekatan biologi pengkomputeran.

Pendekatan ini sangat penting dan dapat membantu secara signifikan dalam usaha memahami penyakit yang kompleks.

Interaksi di antara gen dan protein terbabit dalam PCOS dipetakan untuk memberikan gambaran menyeluruh mekanisme dan interaksi berkaitan simptomnya.

Cenderung dapat penyakit kronik

Wanita PCOS cenderung untuk menghidap penyakit seperti obesiti, diabetes jenis 2, hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

Kira-kira 50 peratus wanita PCOS menghidap diabetes tahap 2 atau pre-diabetes sebelum memasuki umur 40 tahun.

Manakala empat hingga tujuh kali peningkatan risiko untuk mendapat serangan jantung dan tiga kali peningkatan risiko untuk menghidap penyakit kanser endometrial.

zrti_1632018618.jpg


Dr Zeti Azura Mohamed Hussein


Asas mekanisme molekul di antara PCOS dan penyakit ini masih belum diketahui dengan mendalam walaupun terdapat pemerhatian klinikal.

Komorbiditi PCOS dengan penyakit lain boleh diketahui dengan kaedah biologi pengkomputeran. Maklumat ini berguna kepada doktor dalam membuat diagnosis yang tepat dan memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit di samping memberi peringatan kepada wanita PCOS yang mereka berisiko mendapat penyakit lain.

Kaedah rawatan

Kaedah rawatan biasanya bergantung kepada simptom dialami dan keinginan untuk hamil. Jika kehamilan diberi keutamaan, wanita PCOS akan diberi rawatan untuk membantu proses ovulasi.

Jika tidak mahu hamil, perancangan rawatan akan diberikan berdasarkan fenotip. Contohnya, jika simpton ditunjukkan berkaitan dengan kerintangan insulin, rawatan diberikan ubatan merawat penyakit diabetes.

Jika wanita PCOS itu menunjukkan fenotip berat badan berlebihan, perubahan gaya hidup untuk mengurangkan berat badan disaran.

Rawatan PCOS ini adalah rawatan disesuaikan berdasarkan simptom ditunjukkan mereka.

Kurangkan berat badan

Perubahan gaya hidup adalah rawatan utama PCOS kerana simptom seperti obesiti, hiperandrogenemia, gangguan haid dan ketidaksuburan dipengaruhi oleh ketidakseimbangan hormon yang disebabkan obesiti.

Hasil kajian wanita obes berjaya mengurangkan lima peratus berat badan asal mendapati mereka berjaya hamil.

Wanita yang berjaya menurunkan berat badan asal sehingga 10 peratus didapati berjaya mengurangkan gangguan hiperandrogenisme dan aras insulin.

Walaupun kaedah rawatan ini nampaknya lebih menumpu kepada wanita PCOS yang obes, namun mereka digalakkan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengawal simptom dan menghalang kemungkinan berkomorbiditi.

Terapi perubatan tambahan penting kerana proses kehilangan berat badan memakan masa, sukar dicapai dan dikekalkan dalam kebanyakan wanita PCOS.

Penulis adalah Pengarah Institut Biologi Sistem Biologi (INBIOSIS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)


 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
16,931
Reaction score
6,484
Points
321
Remove sbb ada link..
 
Last edited:
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register