combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Simplysiti, ZUS COFFEE Berganding Bahu Dalam Kempen Kecantikan Dan Minuman
Kredit: SimplySiti
Jenama kecantikan tempatan SimplySiti dan ZUS COFFEE berganding bahu memperkenalkan dua rona gincu eksklusif yang diinspirasikan daripada Fresh Brew Tea Series oleh rantaian kopi dan teh berteraskan teknologi tersebut.
SimplySiti dalam kenyataan hari ini memaklumkan kolaborasi itu memperkenalkan dua rona gincu eksklusif kempen, iaitu Milk Tea Brown dan Latte Brown daripada koleksi terlaris Fresh Color Lipstick yang dilancarkan pada 27 Julai di semua kedai ZUS COFFEE di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pengasas SimplySiti Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata kolaborasi pertama seumpamanya menerusi kempen Freshen Your Mood, Freshen Your Look menggabungkan kecantikan dan minuman untuk menceriakan hari dengan sentuhan warna dan kesegaran kepada pengguna.
“Bagi saya, kecantikan dan secawan teh yang menyegarkan sememangnya saling melengkapi. Warna gincu kegemaran di bibir mampu menceriakan suasana hati saya, sama seperti minuman kegemaran saya yang memberikan ketenangan dan kesegaran.
“Menerusi rona Milk Tea Brown dan Latte Brown, kami ingin membawa perasaan indah itu ke dalam dua rona yang boleh dipakai setiap wanita untuk menikmati detik-detik istimewa dalam kehidupan seharian,” katanya.
SimplySiti memaklumkan dua gincu eksklusif itu boleh dimiliki sementara stok masih ada dari 27 Julai hingga sepanjang Ogos ini menerusi promosi hadiah dengan pembelian (GWP) dan pembelian dengan pembelian (PWP) ZUS COFFEE.
Menerusi promosi GWP, pelanggan yang membeli tiga minuman daripada ZUS Fresh Brew Tea Series akan menerima satu Fresh Color Lipstick SimplySiti bernilai RM35.70 secara percuma manakala pelanggan yang membeli satu minuman daripada siri itu boleh membeli gincu eksklusif itu pada harga istimewa RM25 menerusi promosi PWP.
ZUS Fresh Brew Tea Series merangkumi Da Hong Pao Milk Tea, White Peach Oolong Milk Tea, Jasmine Milk Tea, Da Hong Pao Lemon Tea, White Peach Oolong Lemon Tea dan Jasmine Lemon Tea.
Rona Milk Tea Brown yang dirumus dengan minyak jojoba dan Vitamin E melengkapkan rangkaian Moist SimplySiti dengan kemasan berkilau semula jadi manakala rona Latte Brown melengkapkan rangkaian Matte dengan kemasan baldu yang lembut dan diperkaya dengan minyak camellia serta Vitamin E.
Loading…
www.bernama.com