BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

simpanan persaraan cimb(prs)

FADZLI (CWA ADVISOR)

Freshie
Messages
8
Joined
Jun 11, 2015
Messages
8
Reaction score
0
Points
3
Dengan jangka hayat yang lebih panjang dan peningkatan taraf hidup, ramai warga
Malaysia mendapati simpanan mereka tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
persaraan mereka. PRS merupakan ciri penting industri pencen swasta dengan objektif untuk menambah baik taraf kehidupan bagi membantu warga Malaysia pada masa persaraan mereka melalui dana simpanantambahan.

Caruman kepada PRS adalah sukarela. Individu (pelabur runcit, bekerja sendiri, pekerja) atau majikan boleh menyertai PRS sebagai pencarum. Menawarkan manfaat pencen swasta boleh menjadi suatu cara bagi majikan untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir.

SOAL JAWAP PRS

1.Bagaimanakah saya (sebagai individu) hendak menyertai PRS?

• Untuk membuat caruman dalam PRS, hubungi Penyedia PRS pilihan anda
dan nyatakan pilihan dana. Pada masa yang sama atau sebelum membuat
caruman, anda boleh membuka akaun PPA dengan melengkapkan borang
membuka akaun yang boleh diperoleh daripada mana-mana Penyedia PRS
atau daripada laman sesawang PPA (www.ppa.my).

• Bukti pengenalan diri diperlukan ketika membuka akaun:
- Kad pengenalan / Polis / Angkatan Tentera (bagi warga Malaysia) atau
pasport (bagi warga asing).

• Apabila akaun PPA telah dibuka, anda akan menerima nombor akaun dan kata
laluan yang kekal untuk anda.

2. Bagaimanakah majikan boleh membuat caruman sukarela bagi
pihak pekerjanya?

• Majikan yang ingin membuat caruman kepada PRS bagi pihak pekerjanya boleh
mengaturkannya dengan satu atau lebih Penyedia PRS yang dipilih mereka.
Jumlah caruman ditentukan oleh majikan manakala pekerja pula memilih jenis
dana bawah Skim tersebut yang ditawarkan oleh Penyedia PRS berkenaan.

• Jika pekerja tidak membuat pilihan dana, caruman majikan akan disalurkankepada pilihan dana yang ditetapkan oleh Penyedia PRS yang dipilih.
Sebagai sebuah pelaburan jangka panjang, PRS dibentuk bagi membantu meningkatkan
kecukupan dan mengembangkan skop manfaat persaraan kepada semua segmen
masyarakat. Ia sebagai tambahan kepada skim simpanan persaraan mandatori Malaysia
yang sedia ada.
 
3.Bolehkah wang caruman dikeluarkan daripada PRS?
• Pengeluaran daripada PRS atau mana-mana dana bawah PRS boleh dibuat
secara sebahagian atau sepenuhnya dalam keadaan berikut:
− Sehari selepas ahli mencapai umur persaraan, yang pada masa ini ialah 55
tahun;
− Kematian ahli;
− Ahli meninggalkan Malaysia buat selama-lamanya; atau
− Bagi pengeluaran sebelum persaraan.
• Berkenaan dengan pengeluaran sebelum persaraan, ahli hanya boleh
mengeluarkan amaun dalam akaun Sub-B daripada setiap Penyedia PRS sekali
setahun. Pengeluaran sebelum persaraan yang pertama hanya boleh dipohon
oleh ahli setahun selepas membuat caruman pertama kepada mana-mana
dana bawah Skim tersebut (sama ada caruman itu dibuat oleh majikan atau
ahli). Walaupun pengeluaran sebelum persaraan boleh dibuat atas apa sahaja
alasan, penalti cukai 8% ke atas jumlah yang dikeluarkan akan ditolak oleh
Penyedia PRS sebelum bakinya dikreditkan ke dalam akaun ahli.
• Walaupun pengeluaran jumlah keseluruhan adalah dibenarkan, ahli digalakkan
supaya mengekalkan simpanan mereka untuk pelaburan berterusan bawah
Skim tersebut.

4. Apakah yang berlaku apabila ahli meninggal dunia?
• Apabila ahli meninggal dunia, simpanan mereka akan diserahkan kepada
pelaksana, pentadbir wasiat atau waris yang dinamai (yang mana berkenaan).
Pemegang Amanah Skim perlu menyerahkan kesemua atau sebahagian
daripada baki, yang mana perlu, mengikut penyerahan probet dan surat kuasa
 
Back
Top
Log in Register