Dah email.cuma yg saya emailkan adalah contoh simpanan n pulangan.tapi andai kata nak tahu more detail boleh la pm no phone and nama untuk penerangan.
Tp papepun tq sbb tlg attach maklumat tersebut.saya ni xpandai sangat buat pencerahan di forum ayat pun agak tunggang terbalik. Tapi kalau nak buat penerangan melalui telefon atau berjumpa face to face saya lebih pandai la
Terima kasih kerana email kat saya...
Saya ada buat sedikit pengiraan berdasarkan apa yg tuan dah email kepada saya..
Betulkan saya jika saya tersilap, sekiranya saya menyimpan dengan paysaver selama 15 tahun sebanyak RM15k setahun selama 15 tahun dan membiarkan dividen setiap 2 tahun terus terkumpul, maka saya akan memperolehi RM620,181 setelah 30 tahun
Jumlah simpanan : RM15,000 x 15 = RM225,000
Pulangan selepas 30 tahun : RM620,181
% pulangan utk 30 tahun : (RM620,181 - RM225,000)/RM225,000 x 100% = 175%
% pulangan purata setahun : 175%/30 = 5.85%
Jika dibandingkan dengan saya menyimpan RM15,000 di tempat yg memberi pulangan sebanyak 7% setahun selama 15 tahun dan tidak membuat sebarang simpanan selepas itu
Jumlah simpanan : RM15,000 x 15 = RM225,000
Pulangan selepas 30 tahun : RM1.11 juta
% pulangan utk 30 tahun : (RM1.11 juta - RM225,000)/RM225,000 x 100% = 394%
% pulangan purata setahun : 394%/30 = 13.15%
Disini, apa yg saya lihat di sini pulangan yg diberikan amat jauh berbeza..
Soalan saya, produk ini akan jadi menarik jika...
Simpanan 2 tahun pertama : RM30,000
Dividen : RM5,312
% dividen : 35%
Saya nak cancel dan dapat RM35,312...boleh tak macam ni ?