BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simen pun dah ada yang tiruan

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
simenn01.jpg_1510869672.jpg

Mohamad Azizan (dua dari kiri) melihat 156tan simen berjenama tiruan dirampas di Jalan Permatang Tinggi, Bukit Mertajam, semalam. FOTO - Ramdzan Masiam

simenn02.jpg_1510869675.jpg

Gudang memproses simen jenama tiruan diserbu KPDNK. FOTO - Ramdzan Masiam


Bukit Mertajam: Syarikat pengeluar simen penampal dari Perancis yang kerugian ratusan ribu akibat jenama keluaran mereka diciplak, menghela nafas lega selepas gudang memproses barang tiruan itu diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tengah hari semalam.

Dalam serbuan jam 1 tengah hari, sepasukan pegawai dan anggota KPDNKK cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu premis di Jalan Bukit Minyak sebelum merampas 156 tan simen tiruan bernilai RM78,000 yang sudah siap dibungkus untuk diedarkan.

Timbalan Ketua Cawangan KPDNKK SPT Mohd Azizan Mohd Rashid berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik jenama berkenaan mengenai aktiviti menghasilkan simen tiruan di situ.

“Hasil maklumat diterima, kami menyerbu premis berkenaan yang menyimpan ribuan kampit simen sudah siap dibungkus dan diangkut sebelum diedar.

“Ketika serbuan, tiada penjaga di premis berkenaan dan semua peralatan memproses serta membungkus berada di dalamnya,” katanya.

Mohd Azizan berkata, harga pasaran bagi simen penampal tulen ialah RM24 sekampit, manakala simen tiruan dijual dengan harga RM20 sekampit.

Beliau berkata, banyak risiko jika simen tiruan digunakan bagi tujuan pembinaan terutama kualitinya tidak dijamin dan boleh mengundang kemalangan sekiranya siling atau dinding itu retak atau runtuh.




sumber: https://www.hmetro.com.my/utama/2017/11/284626/simen-pun-mahu-tipu



.
 
tiada penjaga premis? nmpk sgt dh ada maklumat awal2 lg diorg dh cabut
 
bukan simen tiruan tapi jenama simen tiruan.

Apa beza antara simen tiruan dan jenama simen tiruan?

Simen tiruan adalah bukan simen sebenar

Jenama tiruan ialah simen sebenar tetapi jenama lain atau tiada jenama
 
bukan simen tiruan tapi jenama simen tiruan.

Apa beza antara simen tiruan dan jenama simen tiruan?

Simen tiruan adalah bukan simen sebenar

Jenama tiruan ialah simen sebenar tetapi jenama lain atau tiada jenama

Betul tu.. ayat dah jelas. Kemungkinan kualiti tidak setanding simen dari pengeluar yang asal. :)
 
cina punya kerja...x menipu bukan cina ...
 
Back
Top
Log in Register