BTC USD 83,180.0 Gold USD 4,179.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Simbol Israel sebenarnya milik Palestin

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
10389231_716688501700804_417105118374340420_n.jpg

18/7/14
Akhi Zakaria Al Haj

24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar syarahan yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam syarahannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah Jumaat bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka menyatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa 2 mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid. Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah 600 tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi.

10550934_716688585034129_7617771707491552759_n.jpg


Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? Lambang negara Israel.
Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampiri saya, memberi salam dan memegang bahu saya. "Aku tahu apa yang engkau fikirkan" kata beliau. 'Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan siling al-Aqsa. "Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada," katanya.

"Sebenarnya, bintang 6 ini adalah lambang bangsa Arab Kan'an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan'an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan'an yang telah Islam. "

"Orang Kan'an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. "

"Umur mimbar ini hampir 1000 tahun. Tingkap dan marmar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan'an di sini ". Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.


"Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel ." kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan'an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah.

Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. 60 tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Benarlah kata hukama':-
"Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka"

10561624_716688548367466_2760672117189833992_n.jpg


10468103_716688525034135_6354795024599092828_n.jpg



bandingan dgn simbol israel yg digunakan:
10534751_716688618367459_7969386372155987503_n.jpg
 
Yang cakap tu Star / Shield of David tak betul la?
 
..citer lama nie...lambang tu sebenarnya wafak..dan utk merungkai rahsianya perlukan penyatuan 2 ...menjdai satu...
 
bangsa kan'an pun copy jugak kot?

The Shatkona is a symbol used in Hindu yantra that represents the union of both the male and feminine form. More specifically it is supposed to represent Purusha (the supreme being), and Prakriti (mother nature, or causal matter). Often this is represented as Shiva / Shakti.[1]

The Shatkona is a hexagram and is associated with the son of Siva-Sakthi, Lord Murugan.

Stylistically, it is almost identical to the Jewish Star of David and the Japanese Kagome crest.

shatkona.png


he hexagram does appear occasionally in Jewish contexts since antiquity, apparently as a decorative motif. For example, in Israel, there is a stone bearing a hexagram from the arch of a 3rd–4th century synagogue in the Galilee.[10] Originally, the hexagram may have been employed as an architectural ornament on synagogues, as it is, for example, on the cathedrals of Brandenburg and Stendal, and on the Marktkirche at Hanover. A pentagram in this form is found on the ancient synagogue at Tell Hum. In the synagogues, perhaps, it was associated with the mezuzah.

The use of the hexagram in a Jewish context as a possibly meaningful symbol may occur as early as the 11th century, in the decoration of the carpet page of the famous Tanakh manuscript, the Leningrad Codex dated 1008. Similarly, the symbol illuminates a medieval Tanakh manuscript dated 1307 belonging to Rabbi Yosef bar Yehuda ben Marvas from Toledo, Spain. A Siddur dated 1512 from Prague displays a large hexagram on the cover with the phrase, "He will merit to bestow a bountiful gift on anyone who grasps the Shield of David."[11]

Sefer_raziel_segulot.png


Leningrad_Codex_Carpet_page_e.jpg


The Star of David in the oldest surviving complete copy of the Masoretic text, the Leningrad Codex, dated 1008.

Nie dari bangsa Kan'an ke?1000 tahun dulu?Fakta yang mana satu betul?:):)
 
Ada lambang keris melayu sekali, jadi teori kita dgr tu betullah ada kaitan juga dgn bangsa melayu?
 
Back
Top
Log in Register