BTC USD 86,408.3 Gold USD 4,336.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sejarah penubuhan negara Palestin

fgv

CG Hardcore Club
gemgemgem
Messages
88,301
Joined
Aug 9, 2023
Messages
88,301
Reaction score
31,820
Points
1,331
3715.jpeg
3718.jpeg
3720.jpeg



Intifada Pertama

Intifadah Pertama (1987–1993) juga dikenali sebagai ‘Stone Uprising’ atau (Arabic: انتفاضة الحجارة) merupakan kebangkitan dan siri penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan dan pendudukan Israel ke atas wilayah Palestin.

Penentangan ini bermula di kem pelarian Jabalia dan merebak dengan pantas ke seluruh Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Kebangkitan ini dipanggil Intifada Batu kerana kerana batu-batu itu merupakan alat serangan dan pertahanan yang digunakan oleh anak muda dan remaja yang menentang kependudukan Israel.

Intifada merupakan satu bentuk protes rakyat Palestin secara spontan terhadap kekejaman Israel yang menyebabkan rakyat Palestin hidup dalam keadaan yang menyedihkan di kem pelarian, pengangguran dan penindasan harian yang diamalkan oleh penjajah terhadap rakyat Palestin.

Organisasi intifada diteruskan oleh Komando Kebangsaan Bersatu Palestin (Tokoh Fatah, Abu Jihad & Marwan Barghouti) dan kemudiannya Pertubuhan Pembebasan Palestin (Tokoh Hamas - Sheikh Ahmad Yassin).

Ia bermula pada 8 Disember 1987, di Jabalia, Gaza selepas seorang pemandu trak Israel telah melanggar mati 4 orang pekerja Palestin di pusat pemeriksaan Erez.

Regim zionis Israel mengerahkan seramai 80,000 anggota IOF bagi memastikan berakhirnya penentangan ini. Seramai 1,603 rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel, dan 160 orang penjajah Israel dibunuh oleh rakyat Palestin. Manakala 359 orang talibarut Israel dari kalangan rakyat Palestin telah dibunuh oleh rakyat Palestin sendiri.

Intifada reda pada tahun 1991, dan berhenti sepenuhnya dengan menandatangani Perjanjian Oslo antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Sept 1993. (Yassir Arafat, Yitzhak Rabin, Bill Clinton)

PLO menerima syarat yang ditetapkan oleh USA iaitu
1- Menolak keganasan (terrorism)
2- Mengiktiraf hak negara Israel
3- Menerima resolusi 242 - UN Security Council, iaitu mengiktiraf hak keselamatan Israel bersama sempadannya.
4- Mengiktiraf PLO sebagai wakil rasmi rakyat Palestin
5- Berusaha ke arah ‘Two-State Solution’ dalam tempoh 5 tahun.

Dalam tempoh yang sama, penjajah Israel terus menindas rakyat Palestin, menahan tanpa sebab, pemenjaraan dan regim zionis Israel juga meneruskan pembinaan lebih banyak penempatan baharu untuk ratusan ribu pendatang Yahudi dari seluruh dunia.

Dari awal lagi, Hamas menolak Perjanjian OSLO kerana langsung tidak mempercayai kejujuran Israel untuk mematuhi perjanjian dan tekad untuk meneruskan penentangan demi pembebasan Palestin.

Ironinya, PLO pula meneruskan sikap pragmatiknya dengan terus bekerjasama dengan regim zionis Israel termasuk melakukan penangkapan terhadap rakyat Palestin sendiri.

(Tempoh Intifadah Pertama ialah 5 tahun, 9 bulan 5 hari, mulai 8 Dis 1987 – 13 Sept 1993)

Zainur Rashid Z
 
mcm lari je tajuk..
ingatkan nak cerita berkenaan kewujudan Palestin sebelum Israel..
 
mcm lari je tajuk..
ingatkan nak cerita berkenaan kewujudan Palestin sebelum Israel..

Boleh rujuk sini bang 😀

Thread 'Penduduk Pribumi FALASTIN (Palestin)'

 
Back
Top
Log in Register