simptom awal .. bateri tidak charging, pergi ke bengkel suruh mereka test kuasa bateri (mereka akan guna battery tester), jikalau mereka cakap tanpa periksa guna tester sila ke bengkel lain, bengkel tu hanya nak cari $$$ dengan sengaja tukar alternator, dimana tukaran alternator sahaja boleh merosakkan alternator itu sendiri dalam jangkamasa pendek.
punca lain simbol bateri berkelip adalah kepala terminal positif (+) merah dan negatif (-) hitam rapuh / berkarat dan tiada warna asli tembaga.
jika diguna tester dan bateri berkenaan dalam keadaan sihat, punca adalah masih "no charging" .. isu ni timbul sekiranya belting yang pacu alternator rapuh / berusia ada baiknya ditukar belting sahaja dahulu sebelum berpindah kepada penukaran alternator, kuasa belting yang kurang boleh sebabkan alternator tidak mampu charging bateri.
sekiranya, timbul juga masalah dikatakan punca dari alternator, sila tukar alternator yang berkualiti OEM sekurang-kurangnya.
akhir sekali, jika punca utama bateri yang langsung tidak mampu tahan kuasa .. sila berpindah kepada jenis "wet-cells" dan bukan "dry-cells".
P/S: kepada pembeli kereta terpakai, lihat mileage / tahun kereta dibeli asal dan kira usia kereta .. suruh penjual tukar bahan2 penting seperti alternator, bateri, aircond belting dan mana2 belting terdapat diruang enjin .. atau tukar sendiri serta buat terus maintenance kesemua sensor2 penting (untuk kereta baru) ..
jangan sesekali "jump-start" kenderaan model terbaru, rujuk buku panduan pengilang / pembuat kenderaan, buku tersebut dikeluarkan untuk dibaca dan difahami sebelum melakukan sesuatu yang boleh merosakkan komponen2 lain .. terutama sekali ECU (computer box)
dapatkan bengkel terdekat yang dipercayai .. sesebuah kenderaan akan dalam berkeadaan baik dalam pegangan satu mekanik sahaja, usah tukar-menukar bengkel.