BTC USD 82,938.8 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silat Nasrul Haq

PROF. MUCHTAR LINTANG
(Penasihat Nasrulhaq Malaysia)

Picture+013.jpg


Nasrulhaq adalah nama jenis pertahanan diri ini, kalau dapat disebut dia jenis pertahanan diri. Sebenarnya dia lebih luas dari itu. Saya mendapat kehormatan memberi nama itu. Sukar untuk memberi penjelasan mengenai nama ini dengan pendek (ringkas). Sebab dia mengandung rasa yang mendalam kelubuk jiwa. Secara kasar dapat kita sebut bahawa "nasr" ertinya menolong memenangkan, dan al-haq adalah salah satu nama Allah. Dapat diertikan dengan "Yang Maha Benar".

Kalau kedua kalimat itu dihubungkan, maka ertinya ialah "Pertolongan dari Allah". Dapat juga dibuat erti kiasan: "Pertolongan memenangkan Allah Yang Maha Benar". Sebenarnya kedua erti itu terkandung di dalamnya. Tetapi mengapa kita menolong memenangkan Allah sedang DIA Maha Kuasa? Itu hanya erti kiasan, sesuai dengan erti kiasan dalam al-Quran:

"Hai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong memenangkan Allah,
nescaya DIA menolong memenangkan kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" -
Surah Muhammad ayat 7

Bacalah ayat itu dengan sungguh-sungguh dan dalami ertinya. Saya telah
mempelajari Psychologi (ilmu jiwa) lebih dari tiga puluh tahun. Saya
pelajari sampai kepada Hipnotisma dan saya amalkan dalam pengubatan. Oleh
itu saya ketahui bahawa amalan ini bukan jenis Hipnostisma.

Saya menentang sihir sekurang-kurangnya enam belas tahun sampai sekarang.
Baik yang dikenakan pada diri saya sendiri, ataupun kepada diri orang
lain. Oleh itu saya ketahui bahawa ini bukan jenis sihir.

PROFESOR MUCHTAR LINTANG.
 
Y.B. DATUK HJ ABDUL SAMAD IDRIS
(Guru Nasrulhaq Malaysia)

Picture+015.jpg


Segala puji bagi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, maka dengan penuh rasa kesyukuran, alhamdulillah Nasrulhaq sekarang telah berkembang dengan
pesatnya diseluruh tanah air, sesuatu yang diluar dugaan saya pada mulanya.

Dengan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, satu kursus Belia Harapan kumpulan pertama telah dapat diaturkan bertempat di Dusun Tua, Ulu Langat, Selangor, pada 21 haribulan Januari 1977 yang lalu. Pada mulanya,
kursus ini hanya sebagai satu percubaan untuk menguji sejauh manakah pengetahuan yang telah kami tuntut boleh membawas kesan kepaa perkembangan ilmu mempertahankan diri dan sambil berusaha untuk berdakwah kepada
belia-belia khususnya dan umumnya kepada seluruh masyarakat Islam.

Latihan dan pelajaran yang diberikan selain dari kursus biasa, ia
mengandungi dua sifat yang sengaja diaturkan, iaitu:

Latihan kerohanian berasaskan ilmu Tauhid
Latihan kejasmanian mempertahankan diri

Pada peringkat permulaan, saya tidak menjelaskan kepada belia-belia yang
mengikuti kursus ini tentang apakah hubungan diantara kedua sifat tadi.
Apa yang saya harapkan, supaya mereka berfikir dan menganalisa sendiri.
Tetapi setelah beberapa kali kursus diadakan, perkara ini terpaksa saya
jelaskan.

Alhamdulillah, apa yang saya harapkan telah mencapai satu kejayaan yang
amat menggalakkan. Hasrat saya untuk mengadakan kursus seumpama ini,
telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu, ketika saya di kementerian
Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada masa itu saya bercadang hendak mengadakan kursus kepada
anggota-anggota Polis sahaja, tetapi oleh kerana berpulangnya Allahyarham
Tun Abdul Razak dan kemudian diikuti dengan situasi politik yang tidak
tetap, maka ura-ura ini terpaksa saya simpan begitu sahaja.

Apabila YAB, Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn mengarahkan saya ke
Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, hasrat ini timbul kembali. Setelah
saya berbincang dan berunding dengan Y.M Tuan Hj. Johannes Choeldi SP,
maka berkutlah kursus yang pertama seperti yang telah saya sebutkan di
atas tadi.

Ilmu kerohanian yang berdasarkan tauhid ini, telah diturunkan oleh datuk
dan kedua orang tua saya sejak saya masih kecil lagi dan ini hanya untuk
akhirat semata-mata, meskipun ianya boleh digunakan untuk mempertahankan diri dari bahaya musush. Tetapi saya tidak mengetahui selok-belok secara mendalam, hanya setelah saya mengikuti pelajaran Ilmu Jurus di Jawa Barat dan menambah ilmu kerohanian ini di Sumatera Barat.

Ketika saya menunaikan fardhu haji di Mekah, pada tahun 1976, dengan izin
Allah swt, saya telah mendapat peluang masuk ke dalam kaabah. Di dalam
kaabah saya telah sempat bersembahyang sunat dan memohon kepada Allah swt
agar memberikan taufik dan hidayahnya supaya dapat memberi pertunjuk,
bagaimanakah sumbangan yang seharusnya dapat saya berikan, untuk
menginggikan syiar Silam dan mempertahankan negara dari serangan musush,
baik dari dalam mahupun dari luar, "Maka tergeraklah hati saya untuk
mengajarkan nasrulhaq".

Saya bersyukur tidak putus-putus memohon kepada Allah swt agar memberikan
bimbingan dan pertunjuk, supaya dapat saya berkhidmat dan berbakti kepada
agama, bangsa dan tanah air terus menerus.

Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri dan dengan Allah swt akan
berkhidmat sepanjang hayat saya untuk agama, bangsa dan watan, dengan
tidak menghiraukan masa, tenaga dan wang ringgit, serta kepentingan diri
sendiri. Apa yang saya lakukan dan usahakan ini, adalah semata-mata untuk
kepentingan agama, bangsa dan tanah air kita bersama dan tidak mempunyai
niat yang lain dari itu.

Kepada saudara-saudara ahli Nasrulhaq, marilah kita sama-sama membentuk
dan menanamkan cinta dan semangat persaudaraan yang mendalam dan padu,
serta jadikanlah diri kita masing-masing sebagai manusia yang berguna
untuk agama, bangsa dan negara.
Kuala LUmpur, 31 Ogos 1977

ABDUL SAMAD IDRIS
 
Pakai JIN nih....

Nabi Muhammad s.a.w dulu luka2 masa berperang ... lagi pulak kekasih ALLAH...
 
Bapak aku ada belajar ni dulu. mak aku siap tgk test diorang. terlentang org yang berlakon curi bag tu kena tarik ngan jurus silat ni. siap ada tikam tak lut tu.. tapi dah tak amal hilang dah power.
 
mcm mana nk belajar tt. ada ebook tak?? (serious nie..)
 
Back
Top
Log in Register