Teks ucapan ini diambil dari monarkib kecil yang diterbitkan oleh Pertubuhan Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia. Allahamdulillah kerana bahagian utama laman sebelumnya dapat disalin kembali setelah laman utama mengalami gangguan/kerosakan. Juga al-fatihah buat allahyarham Tan Sri Dato Abdul Samad Idris yang meninggal dunia pada awal Ogos 2003 yang lalu. Al-fatihah.
-----------------------------------------------------------------
TUAN HJ. JOHANNES CHOELDI S.P.
(Guru Nasrulhaq Malaysia)
Terlebih dahulu kami mengucapkan syukur kepada Allah taala yang telah memberi rahmat yang sangat banyak, guna membimbing kita buat mengharungi lautan hidup di dunia sampai akhirat. Selawat dan salam kita untukan kepada 'Nabi Besar Muhammad' saw yang dengan perantaraan beliau, kita telah dapat memeluk Agama Islam, yaitu Agama yang diakui oleh Alleh taala.
Berdasarkan kepercayaan (keimanan) kepada Allah dan Rasul ini, kami mengajak kaum Muslimin yang betul-betul beriman supaya mengikuti perintah Allah dan menghentikan laranganNYA, supaya kembali beramal sambil mendekatkan diri kepada Allah, Mengingati Allah selalu, baik ketika mempertahankan diri, dan sebagainya agar dapat menentang musuh-musuh
Islam.
Oleh kerana dalam semua seni mempertahankan diri terdapat langkah-langkah,
cara-cara dan sistem-sistem yang tertentu, maka dalam Nasrulhaq ini juga
terdapat langkah-langkah tersebut, guna untuk kesiap siagaan kita
menentang sebarang musuh (lawan) yang berada dihadapan kita.
Ilmu Kerohanian Nasrulhaq ini telah saya peroleh di Minangkabau, Sumatera,
Indonesia daripada kedua orang tua saya dan kemudian saya halusi dan
dalami lagi dan saya timba dari Ulama Besar iaitu Buya Syeikh Musa
Parabek, Bukit Tinggi, Minangkabau dan ulamak-ulamak Besar lainnya di
Minangkabau juga.
Adapun langkahnya, saya temui ketika menunaikan Fardhu Haji di Mekah dan
saya praktikkan di Gua Hira dengan seorang teman yang datang dari
Indonesia. Kemudian saya dalami lagi langkah tersebut ke Jawa Barat tepat
berkembangnya lankgah (jurus) ini sekarang.
Buku Panduan ini adalah bertujuan untuk memberikan Pedoman kepada
ahli-ahli Nasrulhaq, supaya betul-betul faham dan mengetahui dalil-dalil
yang mana ilmu ini adalah seratus peratus berdasarkan kepada Mengingati
Allah (zikir) sebagai mana yang terdapat di dalam al-Quran.
Dengan adanya Buku Panduan Nasrulhaq ini di susun, mudah-mudahan para ahli
yang belum faham betul mengenal langkah dan panduan lainnya, semoga dapat
mengulang-ngulangnya supaya ketenangan jiwa untuk Mengingati Allah setiap
saat dapat terlaksana dengan baik hendaknya.
Sekiranya di masa yang lampau, terdapat kesilapan nombor urutan jurus oleh
ahli, haraplah dibetulkan sebagaimana yang terdapat di dalam buku Panduan
ini. Semoga buku kecil ini berfaedah kepada para ahli Nasrulhaq sekalian,
insyallah kita tetap berada dipihak yang benar dan Allah swt, tetap
beserta kita.
Kepada Allah saya berdoa, semoga kedua orang tua saya dan guru saya yang
tersebut di atas, mendapat limpah kurnia daripadaNya dan semoga pahala
amalan ini berkekalan mengalir kepada mereka-mereka itu sampai hari
akhirat dan menjadi amal sholehlah hendaknya bagi diri saya sendiri.
Amin ya rabbulalamin.
Kuala Lumpur 31 Ogos 1977
HJ JONANNES CHOELDI S.P.