PROF. MUCHTAR LINTANG
(Penasihat Nasrulhaq Malaysia)
Nasrulhaq adalah nama jenis pertahanan diri ini, kalau dapat disebut dia jenis pertahanan diri. Sebenarnya dia lebih luas dari itu. Saya mendapat kehormatan memberi nama itu. Sukar untuk memberi penjelasan mengenai nama ini dengan pendek (ringkas). Sebab dia mengandung rasa yang mendalam kelubuk jiwa. Secara kasar dapat kita sebut bahawa "nasr" ertinya menolong memenangkan, dan al-haq adalah salah satu nama Allah. Dapat diertikan dengan "Yang Maha Benar".
Kalau kedua kalimat itu dihubungkan, maka ertinya ialah "Pertolongan dari Allah". Dapat juga dibuat erti kiasan: "Pertolongan memenangkan Allah Yang Maha Benar". Sebenarnya kedua erti itu terkandung di dalamnya. Tetapi mengapa kita menolong memenangkan Allah sedang DIA Maha Kuasa? Itu hanya erti kiasan, sesuai dengan erti kiasan dalam al-Quran:
"Hai orang-orang yang beriman, kalau kamu menolong memenangkan Allah,
nescaya DIA menolong memenangkan kamu dan meneguhkan kedudukan kamu" -
Surah Muhammad ayat 7
Bacalah ayat itu dengan sungguh-sungguh dan dalami ertinya. Saya telah
mempelajari Psychologi (ilmu jiwa) lebih dari tiga puluh tahun. Saya
pelajari sampai kepada Hipnotisma dan saya amalkan dalam pengubatan. Oleh
itu saya ketahui bahawa amalan ini bukan jenis Hipnostisma.
Saya menentang sihir sekurang-kurangnya enam belas tahun sampai sekarang.
Baik yang dikenakan pada diri saya sendiri, ataupun kepada diri orang
lain. Oleh itu saya ketahui bahawa ini bukan jenis sihir.
PROFESOR MUCHTAR LINTANG.