BTC USD 61,295.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silat Cekak Ustaz Hanafi

Urmm.. pernah dgr gak, coz aku belajar dua2 cekak nih... Huhuh, Hanya yg benar2 bersama Ustaz Hanafi dan Pak Yahya shj yg tau cerita sebenar, Mungkin penggunaan 6 buah lagi dipraktikan di dalam silat Kalimah kerana enggan menyamakan silat kalimah dan cekak... #:-S. Cuma aku kurang bersetuju kalau ada pihak menyatakan silat cekak nih suka mencabar silat2 lain...:mad:

Silat tetap silat, dan ia hanyalah satu seni dari jati diri org melayu, tak lebih dari itu... Zaman Rasullah saw x guna silat pun tapi dorang guna kemahiran berpedang, sehinggakan pedang diangkat simbol kepahlawanan islam (bendera Arab Saudi dan panji2 islam).

Hmm zaman Rasullah dulu ada silatnya.. Awak tak ingat ke kisah nabi bergusti? Gusti tu silat la.. tangkap menangkap kepak mengepak langkah melangkah.

Kisah 6 buah tu kami dari pihak Silat Kalimah takda masalah pun. Kalau YM Ustaz Hanafi nak gugurkan buah2 silat tersebut bagusla.
Cuma jangan cakap buah2 itu boleh kasi mudarat kepada pengamalnya.

Pada kami alasan buah2 itu boleh kasi mudarat ataupun longgar ataupun sama rupanya tidak betul, kerana

1. Kesemua 21 buah cekak dan 27 buah Kalimah boleh dibunuh balik. Jadi masalah mudarat tu tak dapat diterima sebab semua buah yang kita terima ini boleh datang mudarat kepada pengamalnya jika tidak cekap. Jadi kenapa kita perlu belajar buah dan belajar bunuh buah pulak - silalah fikir2kan.

2. Kesemua buah hampir sama dan penyudah pun hampir sama - Doa pertama dan doa luncur akan2 sama saja kenapa YM Ustaz tak mansuhkan salah satunya.

3. Longgar - kesemua kalau buat tak guna kaedah jadi longgar lah ia. Mudahlah dibunuh balik.


OK lagi satu jangan samakan Cekak dgn Kalimah mmg tak sama, guru pun lain2. Satu guru belajar 1 bulan dgn pak yahya dan satu guru lagi belajar 3 tahun dengan Tok Rashid. Jauh beza ilmunya.

Pasal kadam huruf ba itu...

Saya nak tanya la seluruh umat Islam seluruh 7 petala langit...
Sapa yang menjadi kadam huruf ba itu yakni penjaganya...
Setan ke...? Iblis ke...? Jin ke...? Hantu ke...?

Jangan la kamu semua suka memdengar fitnah... yang silat Kalimah ni bertuhan kadam dan minta tolong pada kadam. Kalau silat kami ni silat syirik pejabat agama dan tangkap dah kami semua...
Malahan ramai ustaz2 dan pegawai2 jabatan agama dalam persatuan kami.. baru ni kesemua pegawai Jakim masjid Al Hidayah sentul masuk dan belajar silat kami ni... Takde masalah pun... Silat kalimah ni datang dari orang alim lagi warak dan tinggi ilmu agamanya dan beliau yang mengislamkan kesultanan kedah dan jika kita yang baru mengenal huruf jangan nak kata orang itu salah bacaanya.

Kalau tak paham jangan cakap banyak nnt orang kata tak cerdik marah...

Dulu yang Silat Kalimah suka hentam Silat Cekak pasal ada org ketiga Pak Yahya tak merancang dan tak memandai nak buruk2 kan YM ustaz Hanafi. Harap Maklum

Pasal cabar mencabar - berdasarkan pengalaman belajar silat Cekak dulu, teringat kata kata penyelia tempat belajar dulu la...
Dia kata lepas abis belajar peringkat pertama boleh test la dgn silat lain spt tek kwon do dan etc etc utk tgk keefektifan silat cekak ni... wah ketika itu saya rasa bangga la sebab baru peringkat pertama dan boleh test2 ni...

Lagi satu pasal Silat Perdu....
Dari dulu masa saya join silat Cekak ni sampai sekarang, modal itu yang asyik di cakap ulang2 kali oleh pengamal2 Cekak ni.

Saya nak tanya la bebudak cekak ni.. Buah buah silat yang korang belajar 21 buah ni buah silat siapa? Tanya ni sebab cekak masih maintain nama buah asal...

kalu perdu apa yang perdunya... yang korang belajar pun buah silat orng lain, apa yang korang punya. Apa yang perdunya.
Pasal keputusan... Korang dan cek ke buah2 keputusan yang korang amik belajar tu dan buah buah silat yang TUAN punya nama. Sama ke tak sama? Hanya cara tepis dan langkah masuk la lain dan cara cekak amik buah tu ringkas sangat.. Tapi buah dan cara sama.. jangan main cakap2 silat cekak ni Ibu silat, Silat Perdu, tapi guna buah silat orang. Tlg fikirla.. sblm hina2 silat org lain.

Terima kasih banyak kepada Silat cekak kerana hinaan dan tomahan kalian terhadap silat kalimah membuka mata saya untuk mengenali dan menyelidiki siapa itu Yahya Said dan Silat Kalimah.

Silat Kalimah bukan silat si penderhaka Azmi Long dan Riduan Long. Mereka pun datang dan belajar dgn Pak Yahya bukan Pak Yahya Said belajar dengan mereka dan YM ustaz Hanafi.

Hak ni belum cite pasal amanah ni, malas nak panjang2 cerita. Tapi saya nak tanya la pengamal cekak ni.. Boleh ke orang yang dah meninggal dunia meninggalkan amanah, amanat, wasiat kepada orang yng beliau tidak pernah jumpa dan kenal dan boleh ke orang yang claim dia terima amanat, amanah, wasiat kata yang dia lah yang dialah orang yang diamanat, diamanah dan diwasiatkan oleh orang yang meninggal itu sedangkan muka idung orang yang memberi wasiat, amanat dan amanah itu dia tak pernah tengok?

Maaf la bebudak cekak kadang2 malas nak layan korang ni tapi geram plak menengoknya..

Yang paling malas bila mereka keluar buah2 falsafah, ayam dulu ke telor dulu, kalau pokok takde akar, daun, ranting bla bla bla boleh panggil pokok ke? bukan apa yang budak duk keluarkan falsaha ni sendiri pun tak tau jawapan nak tanya orang buat apa, lepas tu plak duk senyum2.... Nak psycho org la tu..

Letih tengok
 
nak komen sikit...:D

apa yg aku baca dlm majalah dll sumber..

mmg ustat hanafi amik silat ni dari pak ya. asalnya mmg 27 buah. tapi setelah dikaji (ustat hanafi ni pon byk belajar silat2 lain jugak dan tamat serta mahir)beberapa buah silat yg diterima dari pak ya boleh membahayakan si pengamalnya & ade buah2 yg kelihatan byk persamaan dgn buah2 lain. maka ustat gugurkan.

ustat hanafi sendiri berguru dgn ramai org (seluruh malaysia) tentang ilmu tauhid. pada ketika beliau terima silat ini dari pak ya, byk yg meragukan dan bercanggah dgn ilmu2 tauhid yg beliau belajar. salah satu contoh tentang penggunaan 'khadam ba' (ada la satu ayat tu.. aku tak ingat pulak..)... so, tu ustat buang.

ada lagi lain2.. kang aku update.. nak carik balik buku2 lama..

statment ni aku amik kat Dewan Masyarakat Sept./Okt. 1973. Hanafi Hj Ahmad jawab Radzuan Long, pasal isu cekak-kalimah. ade beberapa lagi isu lain yg dijawab oleh A. Ustaz Hanafi pada KETIKA ITU...

cekakkalimah1-1.jpg


cekakkalimah2.jpg
 
minta maaf kawan kawan sekalian .... sy bukan nak "pecah gelanggang" sesapa atau pertubuhan disini ..... jauh sekali tidak ...

tetapi Kerana Allah sy cakap ... diantara silat yg suka menjatuhkan maruah dan pertubuhan lain adalah geng silat cekak ni. sebab apa saya katakan begitu .... saya pernah masuk silat cekak di UiTM di sem pertama sebab wajib kalau nak stay kolej .. so saya pun masuk ...

masa hari pertama sy dtg ... kira mcm "tauliah" dia kata suruh sy baca ayat ayat lazim yg mudah ... dan niat dalam solat .... nak tau apa dia kata ... dalam silat cekak ni .. ni je amalan kita .... tak perlu nak menurun menurun mcm silat lain ... tak de duduk dalam bulatan ... semua itu syirik .... mandi2 masa nak amik murid baru tu syirik ... lalu sy tnya silat apa .. dia jawab gayung ... seribu kalimah .. lincah .... pergh sampai tahap mcm tu sekali ...

sebelum sy masuk uitm .. dikampung saya masuk 2 silat sekali gus ... iaitu kalimah dan gayung malaysia .... tak ada apa apa pantang ... tapi bila dalam cekak dia suruh sy tinggalkan dua dua sekali .... sebab dia kata aliran tak sama.

masa join cekak sy ckp yg saya cuma belajar tekwando ... dia siap boleh kata ni lah org muda zaman sekarang ... tak nak mendalami silat melayu ...

lepas 3 bulan berlatih .... saya mun di ujian kan ... mula mula ujian sorg sorg .... dia kata buah buah ni ... sy tunjukkan kepada jurulatih ... yg kurang ajarnya lak ... lepas tu dia kata ujian sparing ..... nak uji keberanian ... jantung dah kencang ni .... sy di testnya dgn budak talipinggang merah ...

mula mula sy mengalah je lah ... nampak dah main kasar ... sy jadi tak sabar ... sy hentak sampai patah pergelangan tangan (guna buah berlian - Gayung tau le) ... ketua jurulath marah .. so dia cabar saya ... sy kata tak mau ... dia ejek saya penakut ... mcm biasa saya mengalah ... than dia siap main kaki tendang kena kepala ... sy tnya balik ... masa bila cekak main kaki ... dia kata boleh ... jam tu ... sy tak bagi peluang .... saya guna kalimah pulak ... sy bagi dia peluang kunci saya .. than dia terkejut saya boleh potong buah kuncian dia .... dan terus sy bagi peringkat keempat dalam silat kalimah ... sebab sy dah tau yg cekak tak ada peringkat keempat .... saya bagi buah belah tepat ke ulu hati mamat tu dan tulang ketiga tulang belakang mamat tu ....

lepas tu sy blah .....

dan pengalaman saya byk kali sy test power dgn budak cekak ni sebab mereka memang diajar untuk mencabar silat lain ...

tak percaya kata kata sy ... sila lah pergi ke demonstrasi silat cekak ... pasti anda akan nampak ...

bagitau aku sapa yg cakap ? sapa yg ajar?......sepanjang pengajian..jurulatih aku tak pernah langsung cakap pasal keburukan silat lain....tak pernah langsung suh guna cekak tuk bergaduh..

yg paling aku pegang bila aku tanya...bila masa sesuai guna silat(soalan aku merangkumi semua jenis silat)....jurulatih aku jawab.....bila keadaan terdesak sahaja...

itu yg aku dgr sendiri......skang ko bagitau aku sapa yg ajar budak cekak tuk cabar silat org lain?....sedangkan pantang bergaduh sesama silat...

semuanya dari ALLAH..ko gayung ker,ko kungfu ker ko martial apa apa pun...semua dari Allah...


dan agak pelik kenapa ko slalu test ngan budak cekak?....sedangkan sepatutnya bender bergaduh sesama silat ni di elakkan....jadi skang ni ...nak salahkan silat atau pesilat nya?


SILAT dan pesilat itu berbeza....semua silat bagus dalam measia ni dan seluruh dunia....tapi adakah pesilatnya itu mengamalkan setiap kebaikan silat itu?...

so kalau ada budak cekak kuang hajar...jgn salahkan cekak..tapi salahkan pesilat itu....ibarat sembahyang dan agama....kalau tak sembahyang...sapa yg salah...adakah salah solat 5 waktu itu atau org yg tak menunaikan solat?...

semua silat bagus....itu kesimpulannya..dan setiap kemenangan dalam persilatan adalah ujian kepada hati kita...sama ada riak atau tawaduk pada pemberian Allah....
 
Pasal kadam huruf ba itu...

Saya nak tanya la seluruh umat Islam seluruh 7 petala langit...
Sapa yang menjadi kadam huruf ba itu yakni penjaganya...
Setan ke...? Iblis ke...? Jin ke...? Hantu ke...?
.........

apa maksud tuan?? :-?:-?

**semua di atas tu adalah ciptaan Allah S.W.T.
 
Urmm.. pernah dgr gak, coz aku belajar dua2 cekak nih... Huhuh, Hanya yg benar2 bersama Ustaz Hanafi dan Pak Yahya shj yg tau cerita sebenar, Mungkin penggunaan 6 buah lagi dipraktikan di dalam silat Kalimah kerana enggan menyamakan silat kalimah dan cekak... #:-S. Cuma aku kurang bersetuju kalau ada pihak menyatakan silat cekak nih suka mencabar silat2 lain...:mad:

Silat tetap silat, dan ia hanyalah satu seni dari jati diri org melayu, tak lebih dari itu... Zaman Rasullah saw x guna silat pun tapi dorang guna kemahiran berpedang, sehinggakan pedang diangkat simbol kepahlawanan islam (bendera Arab Saudi dan panji2 islam).

Aku pernah belajar SCUH ni masa di kolej, tapi tak habis sebab jurulatih selalu tak datang. Yang ajar hanya anak murid dia (belt merah) ..berlatih buah asas aje. Lps tu bila ditanya soalan2 tak mahu jawab...rahsia kata mereka. Duit aku yang habis, tak tamat sampai ke sudah grad. Poyo tul!
Memang benar Silat Cekak ni mengkaji buah drp silat-silat yang lain termasuklah Taekwando, Karate, Judo etc.
 
bagitau aku sapa yg cakap ? sapa yg ajar?......sepanjang pengajian..jurulatih aku tak pernah langsung cakap pasal keburukan silat lain....tak pernah langsung suh guna cekak tuk bergaduh..

yg paling aku pegang bila aku tanya...bila masa sesuai guna silat(soalan aku merangkumi semua jenis silat)....jurulatih aku jawab.....bila keadaan terdesak sahaja...

itu yg aku dgr sendiri......skang ko bagitau aku sapa yg ajar budak cekak tuk cabar silat org lain?....sedangkan pantang bergaduh sesama silat...

semuanya dari ALLAH..ko gayung ker,ko kungfu ker ko martial apa apa pun...semua dari Allah...


dan agak pelik kenapa ko slalu test ngan budak cekak?....sedangkan sepatutnya bender bergaduh sesama silat ni di elakkan....jadi skang ni ...nak salahkan silat atau pesilat nya?


SILAT dan pesilat itu berbeza....semua silat bagus dalam measia ni dan seluruh dunia....tapi adakah pesilatnya itu mengamalkan setiap kebaikan silat itu?...

so kalau ada budak cekak kuang hajar...jgn salahkan cekak..tapi salahkan pesilat itu....ibarat sembahyang dan agama....kalau tak sembahyang...sapa yg salah...adakah salah solat 5 waktu itu atau org yg tak menunaikan solat?...

semua silat bagus....itu kesimpulannya..dan setiap kemenangan dalam persilatan adalah ujian kepada hati kita...sama ada riak atau tawaduk pada pemberian Allah....



aku jawab satu satu dalam bentuk no ... senang nak cerita :-

1. ni ayat kau tulis jurulatih aku tak pernah langsung cakap pasal keburukan silat lain....tak pernah langsung suh guna cekak tuk bergaduh..

jawapan aku ... tu jurulatih kau ... aku yg di test sendiri oleh jurulatih aku masa tu .... masa tu aku diuji dalam peringkat pertama ... ada ke budak baru disuruh sparing dgn budak yg dah bengkong merah .... aku tau le bebudak yg baru masuk semua ada juga budak pompuan yg cun cun ..... tapi tak payahlah tunjuk hero ... terus terang aku ckp akalau tak ilmu didada ... aku tak berani nak lawan .....

2. ayat kau yg paling aku pegang bila aku tanya...bila masa sesuai guna silat(soalan aku merangkumi semua jenis silat)....jurulatih aku jawab.....bila keadaan terdesak sahaja..

jawapan aku ... semua silat sama beb ... tapi bila silat ni buat promo ke setiap koleh kolej dalam UiTM ... tak payah lah ckp yg mandi minyak tu syirik .... dan hnya silat cekak yg mengamalkan seni mempertahankan diri berlandaskan Islam .... aku dah muak dah dgr ....tapi 1 koleh je yg silat cekak tak pernah masuk time aku dulu ... iaitu PERINDU .... sebab kat situ ada gelanggang Silat Lincah ...... aku pernah jadi AJK hari kolej MERANTI ... dan aku sengaja contact Left Adnan (kau kenal left Adnan kan) ... pengerusi Silat cekak Uitm .... menjemput silat cekak membuat demo di koleh meranti ..... ha ha ha .....

3. ayat kau skang ko bagitau aku sapa yg ajar budak cekak tuk cabar silat org lain?....sedangkan pantang bergaduh sesama silat...

jawapan aku ... aku dah tak ingat ... dah 5 tahun aku tinggalkan UiTM ...

4. ayat kau dan agak pelik kenapa ko slalu test ngan budak cekak?....sedangkan sepatutnya bender bergaduh sesama silat ni di elakkan....jadi skang ni ...nak salahkan silat atau pesilat nya?

jawapan aku ... sebab aku ckp Silat cekak tu asal Silat Kalimah. he he he ..... dia nak test power pasal nak tau mcmana kalimah main ... aku ckp beza ... dia nak juga ... tapi dalam nak tunjuk perbezaan ni ... budak silat cekak ni ... (last last masuk gayung) dia main kasar .... aku potong le ... aku bagi peringkat akhir yg mana silat cekak tak ada. .... lepas mamat ni masuk gayung ... aku ajar dia silat kalimah .... termasuk dgn buah akhir sekali ....

aku bagi hint ..... dalam 27 buah dalam cekak / kalimah ... kau pecah kepada 27 setiap buah .... dan dalam kesmua buah tu hanya 7 je yg kau pakai ....... he he he tak percaya kaji ler ....


5. ayat kau so kalau ada budak cekak kuang hajar...jgn salahkan cekak..tapi salahkan pesilat itu

jawapan aku ... silat tak pernah salah .... tapi penuntutnya .... he he he ...... tapi kekadang penuntut tu sendiri dgn bangga membawa sekali apa yg dipelajarinya .....

6. ayat kau ibarat sembahyang dan agama....kalau tak sembahyang...sapa yg salah...adakah salah solat 5 waktu itu atau org yg tak menunaikan solat?...

jawapan aku ... tak salah solat dan agama tu ... tetapi yg salahnya solat seseorang tu meskipun 5 kali sehari ... tak kenal sapa yg disembahnya dan tak tahu nak bawa kemana "persembahan solat" nya itu ..... tu yg rugi .... yg dia tau aku solat kerana Allah .... kenal pun tak .... lagi bahaya .... buat rugi jer

relaks bro ... tak payah emosi .......
 
apa maksud tuan?? :-?:-?

**semua di atas tu adalah ciptaan Allah S.W.T.

Semua diatas muka bumi ni hak milik Allah dan Allah menciptanya
Saya tanya soal khadam huruf BA itu. Siapa khadam yang menjaganya.
Adakah manusia menjaganya, jin ke, setan ke, iblis ke hantu ke? Malaikat ke?

Sapa khadam yang menjaga kesemua makluk milik Allah dimuka bumi ni.
Sapa khadam yang mencatat segala perbuatan awak itu?
 
statment ni aku amik kat Dewan Masyarakat Sept./Okt. 1973. Hanafi Hj Ahmad jawab Radzuan Long, pasal isu cekak-kalimah. ade beberapa lagi isu lain yg dijawab oleh A. Ustaz Hanafi pada KETIKA ITU...

Bagus tu nnt hantar lagi ya.
 
Semua diatas muka bumi ni hak milik Allah dan Allah menciptanya
Saya tanya soal khadam huruf BA itu. Siapa khadam yang menjaganya.
Adakah manusia menjaganya, jin ke, setan ke, iblis ke hantu ke? Malaikat ke?

Sapa khadam yang menjaga kesemua makluk milik Allah dimuka bumi ni.
Sapa khadam yang mencatat segala perbuatan awak itu?

aku tetap berpegang...

"minta dengan ALLAH..."
 
tak payah lah berdebat pasal silat. rugi kualiti yg ada pada kita.

semua silat tu bagus n berkualiti.
cuma pengamal silat tu je yg selalu merosakkan keindahan silat tu sendiri.

BAGUS MANA PON SILAT, KALO PENGAMALNYA TAK BAGUS, TAKDE DISIPLIN, TAKDE RASA HORMAT SATU SAMA LAIN... HANCUS JUGAK...
SILAT AKAN DAPAT NAMA BURUK.
 
Back
Top
Log in Register