zerylll
Active Member
- Messages
- 1,174
- Joined
- Dec 23, 2005
- Messages
- 1,174
- Reaction score
- 25
- Points
- 30
Urmm.. pernah dgr gak, coz aku belajar dua2 cekak nih... Huhuh, Hanya yg benar2 bersama Ustaz Hanafi dan Pak Yahya shj yg tau cerita sebenar, Mungkin penggunaan 6 buah lagi dipraktikan di dalam silat Kalimah kerana enggan menyamakan silat kalimah dan cekak... #:-S. Cuma aku kurang bersetuju kalau ada pihak menyatakan silat cekak nih suka mencabar silat2 lain...
Silat tetap silat, dan ia hanyalah satu seni dari jati diri org melayu, tak lebih dari itu... Zaman Rasullah saw x guna silat pun tapi dorang guna kemahiran berpedang, sehinggakan pedang diangkat simbol kepahlawanan islam (bendera Arab Saudi dan panji2 islam).
Hmm zaman Rasullah dulu ada silatnya.. Awak tak ingat ke kisah nabi bergusti? Gusti tu silat la.. tangkap menangkap kepak mengepak langkah melangkah.
Kisah 6 buah tu kami dari pihak Silat Kalimah takda masalah pun. Kalau YM Ustaz Hanafi nak gugurkan buah2 silat tersebut bagusla.
Cuma jangan cakap buah2 itu boleh kasi mudarat kepada pengamalnya.
Pada kami alasan buah2 itu boleh kasi mudarat ataupun longgar ataupun sama rupanya tidak betul, kerana
1. Kesemua 21 buah cekak dan 27 buah Kalimah boleh dibunuh balik. Jadi masalah mudarat tu tak dapat diterima sebab semua buah yang kita terima ini boleh datang mudarat kepada pengamalnya jika tidak cekap. Jadi kenapa kita perlu belajar buah dan belajar bunuh buah pulak - silalah fikir2kan.
2. Kesemua buah hampir sama dan penyudah pun hampir sama - Doa pertama dan doa luncur akan2 sama saja kenapa YM Ustaz tak mansuhkan salah satunya.
3. Longgar - kesemua kalau buat tak guna kaedah jadi longgar lah ia. Mudahlah dibunuh balik.
OK lagi satu jangan samakan Cekak dgn Kalimah mmg tak sama, guru pun lain2. Satu guru belajar 1 bulan dgn pak yahya dan satu guru lagi belajar 3 tahun dengan Tok Rashid. Jauh beza ilmunya.
Pasal kadam huruf ba itu...
Saya nak tanya la seluruh umat Islam seluruh 7 petala langit...
Sapa yang menjadi kadam huruf ba itu yakni penjaganya...
Setan ke...? Iblis ke...? Jin ke...? Hantu ke...?
Jangan la kamu semua suka memdengar fitnah... yang silat Kalimah ni bertuhan kadam dan minta tolong pada kadam. Kalau silat kami ni silat syirik pejabat agama dan tangkap dah kami semua...
Malahan ramai ustaz2 dan pegawai2 jabatan agama dalam persatuan kami.. baru ni kesemua pegawai Jakim masjid Al Hidayah sentul masuk dan belajar silat kami ni... Takde masalah pun... Silat kalimah ni datang dari orang alim lagi warak dan tinggi ilmu agamanya dan beliau yang mengislamkan kesultanan kedah dan jika kita yang baru mengenal huruf jangan nak kata orang itu salah bacaanya.
Kalau tak paham jangan cakap banyak nnt orang kata tak cerdik marah...
Dulu yang Silat Kalimah suka hentam Silat Cekak pasal ada org ketiga Pak Yahya tak merancang dan tak memandai nak buruk2 kan YM ustaz Hanafi. Harap Maklum
Pasal cabar mencabar - berdasarkan pengalaman belajar silat Cekak dulu, teringat kata kata penyelia tempat belajar dulu la...
Dia kata lepas abis belajar peringkat pertama boleh test la dgn silat lain spt tek kwon do dan etc etc utk tgk keefektifan silat cekak ni... wah ketika itu saya rasa bangga la sebab baru peringkat pertama dan boleh test2 ni...
Lagi satu pasal Silat Perdu....
Dari dulu masa saya join silat Cekak ni sampai sekarang, modal itu yang asyik di cakap ulang2 kali oleh pengamal2 Cekak ni.
Saya nak tanya la bebudak cekak ni.. Buah buah silat yang korang belajar 21 buah ni buah silat siapa? Tanya ni sebab cekak masih maintain nama buah asal...
kalu perdu apa yang perdunya... yang korang belajar pun buah silat orng lain, apa yang korang punya. Apa yang perdunya.
Pasal keputusan... Korang dan cek ke buah2 keputusan yang korang amik belajar tu dan buah buah silat yang TUAN punya nama. Sama ke tak sama? Hanya cara tepis dan langkah masuk la lain dan cara cekak amik buah tu ringkas sangat.. Tapi buah dan cara sama.. jangan main cakap2 silat cekak ni Ibu silat, Silat Perdu, tapi guna buah silat orang. Tlg fikirla.. sblm hina2 silat org lain.
Terima kasih banyak kepada Silat cekak kerana hinaan dan tomahan kalian terhadap silat kalimah membuka mata saya untuk mengenali dan menyelidiki siapa itu Yahya Said dan Silat Kalimah.
Silat Kalimah bukan silat si penderhaka Azmi Long dan Riduan Long. Mereka pun datang dan belajar dgn Pak Yahya bukan Pak Yahya Said belajar dengan mereka dan YM ustaz Hanafi.
Hak ni belum cite pasal amanah ni, malas nak panjang2 cerita. Tapi saya nak tanya la pengamal cekak ni.. Boleh ke orang yang dah meninggal dunia meninggalkan amanah, amanat, wasiat kepada orang yng beliau tidak pernah jumpa dan kenal dan boleh ke orang yang claim dia terima amanat, amanah, wasiat kata yang dia lah yang dialah orang yang diamanat, diamanah dan diwasiatkan oleh orang yang meninggal itu sedangkan muka idung orang yang memberi wasiat, amanat dan amanah itu dia tak pernah tengok?
Maaf la bebudak cekak kadang2 malas nak layan korang ni tapi geram plak menengoknya..
Yang paling malas bila mereka keluar buah2 falsafah, ayam dulu ke telor dulu, kalau pokok takde akar, daun, ranting bla bla bla boleh panggil pokok ke? bukan apa yang budak duk keluarkan falsaha ni sendiri pun tak tau jawapan nak tanya orang buat apa, lepas tu plak duk senyum2.... Nak psycho org la tu..
Letih tengok
