BTC USD 84,710.3 Gold USD 4,178.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Silap orang

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
NIBONG TEBAL: Sekumpulan samseng hanya menyedari mereka tersilap sasaran selepas lebih satu jam melarikan mangsa diculik untuk dipukul di kawasan hutan di sini, lewat malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam kelmarin, seorang lelaki berusia 40-an yang baru membeli makanan di sebuah restoran di pekan Nibong Tebal diculik tujuh lelaki menggunakan dua kereta sebelum kumpulan samseng menyedari tersilap culik selepas memukul mangsa di kawasan hutan sejam kemudian.


Difahamkan penjenayah terbabit mensasarkan seorang lelaki lain yang melarikan tiga wanita warga Vietnam dari sebuah pusat hiburan di daerah itu selepas diarahkan pengusaha pusat hiburan terbabit.

Sebaik menyedari lelaki itu bukan sasaran dan mengetahui polis menjalankan gerakan mencari mereka selepas kejadian itu, empat daripada tujuh suspek dengan menggunakan kereta membawa mangsa untuk dibebaskan di hadapan Balai Polis Nibong Tebal.


Belum sempat menurunkan mangsa, polis yang mengekori kereta suspek sebelum itu terus menahan semua suspek manakala mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk rawatan.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafien Mamat berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai seorang lelaki ditahan sekumpulan lelaki sebelum siasatan lanjut mengenal pasti tujuh lelaki menggunakan dua kenderaan jenis Proton Saga dan Toyota Unser sebelum gerakan mencari dilakukan.

Katanya, ketika mangsa dalam tahanan suspek, lelaki terbabit dipukul dan ditendang sebelum dibawa lari ke kawasan hutan berhampiran.


“Selepas menyedari tersilap sasaran, empat daripada tujuh suspek ditahan di hadapan balai polis ketika ingin membebaskan mangsa.


“Suspek yang ditahan berusia antara 19 hingga 24 tahun. Pemeriksaan lanjut mendapati semua ditahan tidak memiliki rekod jenayah,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (IPD SPS), di sini, semalam.


Menurut Shafien, hasil siasatan ke atas suspek ditahan mendapati mereka diarahkan pengusaha sebuah pusat hiburan mencari seorang lelaki yang melarikan tiga pekerja pusat hiburan terbabit.


Katanya, pihak polis kini sudah mengenal pasti baki suspek yang terbabit dalam kejadian itu dan seorang daripadanya dikenali sebagai Mus Kemboja berusia 30-an.


“Kita masih menyiasat adakah mereka diupah atau terbabit dalam kumpulan samseng dan pihak polis juga merampas sebuah kereta digunakan ketika kejadian yang juga milik ahli keluarga seorang suspek yang ditahan,” katanya.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan melarikan seseorang dengan niat hendak mengurung dan sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda.


Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi IPD SPS di talian 04-5932222 atau balai polis berhampiran.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Silaporang/Article/index_html
 
kan dah kena.huhuu..g lepas depan balai plak..mcm masuk pukat ler..
 
ape punye naseb la org yg kene culik tu.
tapi tu semua pengalaman..
 
tak pasal2 kena belasah.... sempat tak dia makan makanan yg dia beli tu?
 
Back
Top
Log in Register