alonso
CG Hardcore Club

- Messages
- 62,527
Paid Membership
- Joined
- Mar 1, 2008
- Messages
- 62,527
- Reaction score
- 426
- Points
- 531
Palsu sijil untuk seks
DUBAI: Seorang ahli perniagaan didakwa memalsukan sijil nikahnya supaya dapat meniduri seorang wanita Uzbekistan, kata peguam semalam.
Menurut Yusri Saad, ahli perniagaan tempatan berusia 32 tahun itu meyakinkan anak guamnya bahawa mereka sah menjadi suami isteri.
“Tertuduh memadam nama isteri sahnya dan mengisi ruang itu dengan nama mangsa supaya dia dapat meniduri wanita terbabit,” katanya di mahkamah Dubai, semalam.
Mangsa adalah jurujual berusia 30 tahun. Ahli perniagaan itu dituduh memalsukan sijil nikahnya di mahkamah sama, manakala wanita terbabit didakwa mengemukakan dokumen palsu kepada polis ketika disiasat. Kedua-dua mereka sebelum ini dituduh berzina dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkenaan.
Dalam perbicaraan semalam, Yusri berkata, anak guamnya tidak bersalah kerana diperdaya ahli perniagaan berkenaan.
“Tentu anak guam saya tidak akan rela ditiduri jika tahu sijil nikah itu palsu.
“Seorang penguat kuasa juga memberi keterangan mengesahkan anak guam saya pergi ke mahkamah untuk mengemukakan kebenaran ibu bapanya untuk dikahwini ahli perniagaan itu.
“Ketika ‘suaminya’ mengemukakan sijil nikah, dia tidak tahu ia adalah palsu,” katanya. - Agensi