BTC USD 76,543.5 Gold USD 4,351.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jabatan Audit Negara Nafi Penglibatan Dalam Urusan Pengeluaran Sijil

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,197
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,197
Reaction score
346
Points
141
c609078bc54c214fae5ab59dd73c984a69e5fe775e92b


Jabatan Audit Negara (JAN) menafikan sekeras-kerasnya penglibatan jabatan itu dalam sebarang urusan yang meminta bayaran bagi tujuan pengesahan audit, pelepasan dana atau pengeluaran sijil seperti yang didakwa menerusi surat dan iklan yang tular baru-baru ini.

JAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jabatan itu memandang serius kewujudan dokumen palsu yang menggunakan nama serta identiti berkaitan urusan audit dan tuntutan bayaran bagi External Audit Clearance Certificate (EACC).

“JAN juga mengesahkan surat yang tular itu adalah palsu, termasuk penggunaan nama dan tandatangan pegawai JAN tanpa kebenaran,” menurut kenyataan itu.

Justeru, JAN memaklumkan laporan polis telah dibuat berhubung penyalahgunaan identiti dan pemalsuan dokumen berkenaan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa.

JAN turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dan tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili jabatan itu bagi tujuan audit atau pengeluaran sijil serta sentiasa berwaspada terhadap sebarang penyalahgunaan nama JAN.

 
Back
Top
Log in Register