BTC USD 86,941.0 Gold USD 4,343.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sifat Malu Mendatangkan Kebaikan

jimie lee

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
5,244
Joined
Jul 1, 2011
Messages
5,244
Reaction score
839
Points
111
Hadith:

RASULULLAH s.a.w. bersabda yang bermaksud: Sifat malu itu akan menghasilkan kebaikan.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sifat malu adalah suatu sifat yang terpuji. Sesiapa yang memilikinya akan terlepas daripada segala kejahatan kerana dengan adanya sifat malu kita tidak akan melakukan segala keburukan.

2. Sifat malu juga akan meninggikan darjat keimanan orang yang memilikinya.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
nak panjang lagi kalo boleh....
thanx... teringin taw lagi
 
1000739950.jpg


Malu Itu Perhiasan Iman

Orang yang mempunyai sifat malu akan terpelihara daripada melakukan keburukan dan akan terdorong untuk melakukan kebaikan dalam setiap aspek kehidupan, seperti menjaga aurat, bercakap benar, dan menjaga maruah diri.

Semoga kita semua terus memelihara sifat malu yang terpuji, menjadi benteng diri daripada keburukan, dan menghiasi kehidupan dengan akhlak Rasulullah SAW.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
1000742150.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Malu Itu Cabang Iman

Rasulullah ﷺ bersabda:
"Malu itu sebahagian daripada iman." (HR. al-Bukhari & Muslim)

🌿 Malu bukan sekadar rasa takut atau segan, tapi ia adalah tanda keimanan yang menghiasi hati dan perbuatan kita.

📌 Dengan rasa malu, kita dijauhkan dari perbuatan yang keji dan hina. Ia menguatkan semangat untuk sentiasa berbuat baik dan menjauhi yang buruk.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Back
Top
Log in Register