BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Side Effect Pengambilan Steroid - Katakan Tidak!

Topik ni rasanya sangat sensitif, namun perlu disentuhi.

Steroid.

Saya boleh cakap 70% orang yang pergi ke gym mengambil steroid supaya boleh mendapatkan result yang lebih cepat. Terutamanya kaum lelaki yang nak besarkan badan.

Sebagai seorang personal trainer dan sahih dalam dunia fitness, sudah tentu saya belajar mengenai steroid, tak payah nak kencing cakap Anabol itu vitamin atau Stanozolol itu fat burner.

Biasanya bila saya buat-buat b***h tanya “otai-otai” yang dengan selambenye telan pil-pil steroid ni, dengan selamba badaknya menjawab, “Vitamin je ni,”. “Bukan steroid ke?” saya balas, dan biasanya mereka and bagi jawapan yang sama, “Steroid tu cucuk dengan jarum. Ni pil”.

Samada dia ingat aku ni b***h, atau dorang sendiri yang memang b***h tak reti nak bezakan antara oral steroids dengan injectible steroids.

Memangla susah nak mengakukan? Konon-konon ‘natural’, tak pernah guna steroid, atas usaha sendiri badan naik berketul-ketul. Kalau yang mengaku pun, memang sedih sangat sebab mereka tak pedulikan side effect yang akan terkena pada mereka.

“Ala.. Biarla aku amik. Badan aku. Biar la badan aku cantik sekarang, boleh enjoy. nanti tua nanti aku stop amik nanti badan aku ok la.”

Kepala h*t*k hang. Tapi bila fikir-fikir balik, betulla. Suka hati lah, nanti belum tua dah banyak penyakit, pandai-pandai la lu nyesal, lu pikir sendiri salah tang mana. Bukan badan aku, bukan hidup aku.

Nak masuk in detail mengenai side effect memang banyak sangat, termasuk dengan penjelasan saintifik kenapa ianya boleh berlaku. Tapi rasanya tak perlu jelaskan in detail, just nak share dengan readers.

Pada Remaja:-

  • Pertumbuhan terbantut
  • Risiko sangat tingi untuk ketagih steroid
  • Jika berhenti mengambilnya pelbagai sistem badan akan berhenti berfungsi dengan normal
  • Dsb

Pada Perempuan:

  • Payu dara mengecil
  • Suara lebih dalam
  • Pertumbuhan bulu yang luar biasa
  • Dsb

Pada Lelaki:

  • Testikel mengecut kerana tubuh kurang upaya hasilkan natural testosterone
  • Risiko mendapat gyno (payu dara lelaki)
  • Mandul
  • Dsb

Klik gambar dibawah untuk melihat anatomi tubuh orang yang abuse steroid:-

Terdapat lebih banyak lagi side-effect yang tidak dinyatakan yang boleh mengambil kesan tidak kira umur atau jantina seperti masalah-masalah jantung, tekanan darah meningkat, stroke, masalah sendi, kerosakan hepar (hati), dan sebagainya.

Bukan saja dari segi kesihatan fizikal terjejas, malah kesihatan mental sekali. Emosi akan terganggu, pengguna biasanya kuat marah dan aggresif, dan apabila pengambilan dihentikan, mereka mula rasa depresi.

Apa yang menyedihkan ialah bertapa mudah untuk mendapatkan steroid di market tempatan, dan pengguna biasanya main beli dan amik saja tanpa hiraukan side effect, malah ramai remaja yang sudah memulakan pengambilan steroid.

Nak cerita panjang lebar, tak ada gunanya, saya cuma harap anda semua fikir lebih dari 10 kali kalau teringin nak mengambilnya.

Dah tahu kesan buruknya, lu pikirlah sendiri.

P.S: Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sesiapa. Cuma saya rasa amat sedih sebab tujuan utama orang bersenam atau buat badan ialah untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pengambilan steroid adalah sebaliknya, walaupun luaran nampak cantik, tapi dalaman hancur. Amalan ini sepatutnya dijauhi dan bukan dipromotekan oleh otai-otai yang sering dipandang tinggi dalam gym.

P.S.S: Sila ikuti blog saya untuk tips kuruskan badan, bina badan dan diet yang percuma yang selalu diupdatekan dari semasa ke semasa di Generasi Fit

P.S.S.S:Sempena sukses penjualan eBook terbaru saya, Anjakan Metabolisma, saya ingin kongsikan promotion terbaru bersama pembaca-pembaca semua!

Salam generasi fit,

Saya Abdullah Idris.Saya ingin bertanya tentang sejenis ubat yang dinamakan prednisilone,yang mana saya difahamkan sejenis juga dengan steroid.

Saya mengambil ubat ini atas arahan dari doktor pakar kerana saya mempunyai penyakit buah pinggang.Jadi saya nak tanya pendapat tuan tentang penggunaan ubat ini?
 
Biasanya side effect datang apabila seseorang abuse atau salahgunakan steroid. Tujuan sebenar steroid sememangnya untuk tujuan perubatan, tetapi orang salahgunakan untuk tujuan mendapatkan badan yang lebih cantik.

Janji saudara mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor, saudara takkan mengalami side effect, InsyaAllah. Tidak boleh nak jamin 100% kerana setiap tubuh badan react dengan cara yang berbeza-beza.
 
ada sape2 penah guna xtreme no? website www.xtremeno.com
kat mana di msia ada jual ye? aku cari benda ni bukan utk main gym...
 
Biasanya side effect datang apabila seseorang abuse atau salahgunakan steroid. Tujuan sebenar steroid sememangnya untuk tujuan perubatan, tetapi orang salahgunakan untuk tujuan mendapatkan badan yang lebih cantik.

Janji saudara mengikut preskripsi yang diberikan oleh doktor, saudara takkan mengalami side effect, InsyaAllah. Tidak boleh nak jamin 100% kerana setiap tubuh badan react dengan cara yang berbeza-beza.

Oh,macam tu.Terima kasih bro.Sedikit yang dapat saya kongsikan pengalaman saya akan kesan apabila mengambil steroid walaupun atas kawalan dari doktor ialah:

1)Selera makan bertambah
2)Badan menjadi gemuk sebab kuat makan
3)Wajah menjadi bulat atai istilahnya 'moon face'
4)Sesetengah bahagian badan contohnya di tengkuk mempunyai lemak

Itu antara kesan-kesan yang saya alami setelah memakan steroid.
 
Ada sesiapa tahu, penggunaan steroid utk bodybuilding dari segi law kat malaysia ni mcmana? Let say ada road block ke... n wat urine test mcmana?
 
aku ada main gym gak..tp x baper aktif..aku ada amik pil amino acid & n.o-xplode...membahayakan x supplement yg aku amik tu..lagi satu ada satu pil yg diaorg panggil bintang...tu steroid gak ker..merbahaya x kalau amik...sebelum nie aku workout tanpa supplement...just mkn telur n ayam jer...chest dah boleh angkat 50kg tak masuk barbell...tp bdn x jadi2...member aku workout chest 30kilo pu..badan cantik sebab mkn mcm2 supplement...so aku nak penjelasan tuan tanah..leh x senaraikan supplement yg tak merbahaya
 
adui,nti dah tua buruk badan,
aku dah tgk banyak contoh,
 
Topik ni rasanya sangat sensitif, namun perlu disentuhi.

Steroid.

Saya boleh cakap 70% orang yang pergi ke gym mengambil steroid supaya boleh mendapatkan result yang lebih cepat. Terutamanya kaum lelaki yang nak besarkan badan.

Sebagai seorang personal trainer dan sahih dalam dunia fitness, sudah tentu saya belajar mengenai steroid, tak payah nak kencing cakap Anabol itu vitamin atau Stanozolol itu fat burner.

Biasanya bila saya buat-buat b***h tanya “otai-otai” yang dengan selambenye telan pil-pil steroid ni, dengan selamba badaknya menjawab, “Vitamin je ni,”. “Bukan steroid ke?” saya balas, dan biasanya mereka and bagi jawapan yang sama, “Steroid tu cucuk dengan jarum. Ni pil”.

Samada dia ingat aku ni b***h, atau dorang sendiri yang memang b***h tak reti nak bezakan antara oral steroids dengan injectible steroids.

Memangla susah nak mengakukan? Konon-konon ‘natural’, tak pernah guna steroid, atas usaha sendiri badan naik berketul-ketul. Kalau yang mengaku pun, memang sedih sangat sebab mereka tak pedulikan side effect yang akan terkena pada mereka.

“Ala.. Biarla aku amik. Badan aku. Biar la badan aku cantik sekarang, boleh enjoy. nanti tua nanti aku stop amik nanti badan aku ok la.”

Kepala h*t*k hang. Tapi bila fikir-fikir balik, betulla. Suka hati lah, nanti belum tua dah banyak penyakit, pandai-pandai la lu nyesal, lu pikir sendiri salah tang mana. Bukan badan aku, bukan hidup aku.

Nak masuk in detail mengenai side effect memang banyak sangat, termasuk dengan penjelasan saintifik kenapa ianya boleh berlaku. Tapi rasanya tak perlu jelaskan in detail, just nak share dengan readers.

Pada Remaja:-

  • Pertumbuhan terbantut
  • Risiko sangat tingi untuk ketagih steroid
  • Jika berhenti mengambilnya pelbagai sistem badan akan berhenti berfungsi dengan normal
  • Dsb

Pada Perempuan:

  • Payu dara mengecil
  • Suara lebih dalam
  • Pertumbuhan bulu yang luar biasa
  • Dsb

Pada Lelaki:

  • Testikel mengecut kerana tubuh kurang upaya hasilkan natural testosterone
  • Risiko mendapat gyno (payu dara lelaki)
  • Mandul
  • Dsb

Klik gambar dibawah untuk melihat anatomi tubuh orang yang abuse steroid:-

Terdapat lebih banyak lagi side-effect yang tidak dinyatakan yang boleh mengambil kesan tidak kira umur atau jantina seperti masalah-masalah jantung, tekanan darah meningkat, stroke, masalah sendi, kerosakan hepar (hati), dan sebagainya.

Bukan saja dari segi kesihatan fizikal terjejas, malah kesihatan mental sekali. Emosi akan terganggu, pengguna biasanya kuat marah dan aggresif, dan apabila pengambilan dihentikan, mereka mula rasa depresi.

Apa yang menyedihkan ialah bertapa mudah untuk mendapatkan steroid di market tempatan, dan pengguna biasanya main beli dan amik saja tanpa hiraukan side effect, malah ramai remaja yang sudah memulakan pengambilan steroid.

Nak cerita panjang lebar, tak ada gunanya, saya cuma harap anda semua fikir lebih dari 10 kali kalau teringin nak mengambilnya.

Dah tahu kesan buruknya, lu pikirlah sendiri.

P.S: Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sesiapa. Cuma saya rasa amat sedih sebab tujuan utama orang bersenam atau buat badan ialah untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pengambilan steroid adalah sebaliknya, walaupun luaran nampak cantik, tapi dalaman hancur. Amalan ini sepatutnya dijauhi dan bukan dipromotekan oleh otai-otai yang sering dipandang tinggi dalam gym.

P.S.S: Sila ikuti blog saya untuk tips kuruskan badan, bina badan dan diet yang percuma yang selalu diupdatekan dari semasa ke semasa di Generasi Fit

P.S.S.S:Sempena sukses penjualan eBook terbaru saya, Anjakan Metabolisma, saya ingin kongsikan promotion terbaru bersama pembaca-pembaca semua!

jgan la amik steroid... wlaupun whey protein uh mhal skit.. bli je la klau nk cpat bdan ketul2..

p/s: mcm bdan ku.. kuikuikui
 
Shue Saz - [Sado tapi hmmphhh] 230 pagi, staff kejutkan ada... | Facebook
[Sado tapi hmmphhh]
230 pagi, staff kejutkan ada pesakit badan sado2 nak jumpa doktor. kes pelik2 memang mai time orang nak membuta.

Mengantuknya aku nak bangun...

Me: masuk...

tengok masuk 4 orang lelaki usia lebih kurang 28-30tahun. fuyoo badan.... sado kaw kaw.... 🦸‍♀🏋‍♂💪

Ku liritkan senyuman😃 di wajah yang sunggul ni,

Me: apa boleh saya bantu?

Salah seorang daripada pesakit cakap:
"Doktor boleh tolong bagi naik tak⤴️? "

yes.... Erectile dysfunction🥒. muda lagi wey....

Korek punya korek..... ambil supplements testosterone masa bina badan. Order online.....makan dah lebih setahun....bila berenti tiba2 badan tak larat...

Kenapa datang pukul 230 pagi?🙄🙄🙄sebab segan dan mahu bercakap lama. 🤦‍♂🤦‍♂🤦‍♂

Tanya kenapa ambil hormone tu? sebab nak badan cantik🤦‍♂. Penjual cakap dapat kelulusan KKM😏. testosterone tu bukan steroid😏 tapi bahan semula jadi dalam badan. Ia selamat untuk digunakan🙄.

Tuan tuan, adik-adik dan abang abang yang nak buat badan, tolonglah jangan guna hormone atau beli steroid dekat luar tu🤗🤗.

Apabila kita ambil hormone dari luar, ia akan mengganggu kestabilan dan keharmonian fungsi interaksi antara hormon di dalam badan kita.

Testosterone dihasilkan secara semulajadi dalam testis(buah zakar) oleh Leydig cell melalui signal dari otak menggunakan hormone FSH. Apabila hormon testosterone sikit, FSH akan dikeluarkan lagi banyak untuk galakkan cell Leydig menghasilkan testosterone dan begitu sebaliknya apa tahap testosterone tinggi. Negative feedback mechanism yang ada ini harmoni.

Jadi bila kita ambil hormon dari luar, dia akan mengganggu mekanisma ini. FSH yang rendah untuk tempoh yang lama menyebabkan Leydig cell tidak distimulasikan. Apabila terlalu lama tidak aktif, maka ia menjadi kecut🥀. Jadi bila kita berenti ambil, hormon FSH ni naik balik tapi cell Leydig dah piap pi⚰️.... takleh buat testosterone dah....

Jenuh doktor cari🔭🔬 teropong biji guli dalam kantung tau dekat depa ni.... kecut habis.

Salah seorang daripada mereka bagitau akan berkahwin dalam tengah tahun ni.... doktor boleh buat apa2 ka... Allahu...

Nak buat apa? benda dah jadi.... takleh nak patah balik....

Kalau doktor CPR💉🛠 'adik' kau sekali pun tetap longlai.... tidak bermaya.
Menangis depa. 😭😭

Doktor cakap dekat dia explainlah elok2 dekat bakal pasangan. kalau dia ok💓takpa lah, kalau tak 💔💔kena terima lah...

Awak 3 org lagi ni, biarlah... orang tengok sedap mata😍😍 memandang sekali pun dalam seluar tu takleh pakai dah, kalau awak tak cerita🤫🤫 orang tak tahu. so berlakon je la sado🤼‍♂.

Benda ni bukan saja ganggu fungsi kejantanan🙅‍♂ tapi juga masalah zuriat👨‍👩‍👧‍👦sama.

Dekat 3 jam dok cakap terang 1 1 bagi depa agar depa boleh nasihatkan kawan2 yang lain. Aku ni bersengkang mata tahan mengantuk. Kesian.... berapa lama lagi depa akan hidup macam ni? 🍆takleh guna. Menangis wey depa.

Kau boleh imagine tengok lelaki badan tough2 ketul2 menangis😭.... huduh betoi🧟‍♂... tapi doktor gentleman🕺, doktor tolong ambil tisu bagi depa lap ayaq mata yang menitis membasahi pipi membawa seribu sesalan😓.

Kehidupan ini lebih luas dari yang dalam seluar tu ja. Kehidupan mesti di teruskan.

Rawatan yang berkaitan kita berikan untuk bantu mereka.

There's go lelaki sado idaman hati wanita.

Bersederhanalah dalam segalanya. Nak pakai ubat apa, supplement apa, exercise apa, diet apa, dapatkan nasihat daripada doktor👨‍⚕. Bukan semuanya perlu, bukan semuanya baik.

Berapa kali dah aku cakap, model yang dalam iklan tu dah memang sado/lawa, dia just tolong iklan... yang bodo tu yang percaya.

Kau ingat senang nak cantik, nak sado...tiada jalan mudah...

bak kata member, Nyah💃 punya keras lagi dari depa yang sado tapi kecut ni🤦‍♂.

#smilealways #tiadajalanmudah#donemembebel

Back
Top
Log in Register