Rahsia Buah Pinggang
Freshie
- Messages
- 38
- Joined
- Dec 20, 2010
- Messages
- 38
- Reaction score
- 6
- Points
- 11
Topik ni rasanya sangat sensitif, namun perlu disentuhi.
Steroid.
Saya boleh cakap 70% orang yang pergi ke gym mengambil steroid supaya boleh mendapatkan result yang lebih cepat. Terutamanya kaum lelaki yang nak besarkan badan.
Sebagai seorang personal trainer dan sahih dalam dunia fitness, sudah tentu saya belajar mengenai steroid, tak payah nak kencing cakap Anabol itu vitamin atau Stanozolol itu fat burner.
Biasanya bila saya buat-buat b***h tanya “otai-otai” yang dengan selambenye telan pil-pil steroid ni, dengan selamba badaknya menjawab, “Vitamin je ni,”. “Bukan steroid ke?” saya balas, dan biasanya mereka and bagi jawapan yang sama, “Steroid tu cucuk dengan jarum. Ni pil”.
Samada dia ingat aku ni b***h, atau dorang sendiri yang memang b***h tak reti nak bezakan antara oral steroids dengan injectible steroids.
Memangla susah nak mengakukan? Konon-konon ‘natural’, tak pernah guna steroid, atas usaha sendiri badan naik berketul-ketul. Kalau yang mengaku pun, memang sedih sangat sebab mereka tak pedulikan side effect yang akan terkena pada mereka.
“Ala.. Biarla aku amik. Badan aku. Biar la badan aku cantik sekarang, boleh enjoy. nanti tua nanti aku stop amik nanti badan aku ok la.”
Kepala h*t*k hang. Tapi bila fikir-fikir balik, betulla. Suka hati lah, nanti belum tua dah banyak penyakit, pandai-pandai la lu nyesal, lu pikir sendiri salah tang mana. Bukan badan aku, bukan hidup aku.
Nak masuk in detail mengenai side effect memang banyak sangat, termasuk dengan penjelasan saintifik kenapa ianya boleh berlaku. Tapi rasanya tak perlu jelaskan in detail, just nak share dengan readers.
Pada Remaja:-
- Pertumbuhan terbantut
- Risiko sangat tingi untuk ketagih steroid
- Jika berhenti mengambilnya pelbagai sistem badan akan berhenti berfungsi dengan normal
- Dsb
Pada Perempuan:
- Payu dara mengecil
- Suara lebih dalam
- Pertumbuhan bulu yang luar biasa
- Dsb
Pada Lelaki:
- Testikel mengecut kerana tubuh kurang upaya hasilkan natural testosterone
- Risiko mendapat gyno (payu dara lelaki)
- Mandul
- Dsb
Klik gambar dibawah untuk melihat anatomi tubuh orang yang abuse steroid:-
Terdapat lebih banyak lagi side-effect yang tidak dinyatakan yang boleh mengambil kesan tidak kira umur atau jantina seperti masalah-masalah jantung, tekanan darah meningkat, stroke, masalah sendi, kerosakan hepar (hati), dan sebagainya.
Bukan saja dari segi kesihatan fizikal terjejas, malah kesihatan mental sekali. Emosi akan terganggu, pengguna biasanya kuat marah dan aggresif, dan apabila pengambilan dihentikan, mereka mula rasa depresi.
Apa yang menyedihkan ialah bertapa mudah untuk mendapatkan steroid di market tempatan, dan pengguna biasanya main beli dan amik saja tanpa hiraukan side effect, malah ramai remaja yang sudah memulakan pengambilan steroid.
Nak cerita panjang lebar, tak ada gunanya, saya cuma harap anda semua fikir lebih dari 10 kali kalau teringin nak mengambilnya.
Dah tahu kesan buruknya, lu pikirlah sendiri.
P.S: Mintak maaf kalau ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sesiapa. Cuma saya rasa amat sedih sebab tujuan utama orang bersenam atau buat badan ialah untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Pengambilan steroid adalah sebaliknya, walaupun luaran nampak cantik, tapi dalaman hancur. Amalan ini sepatutnya dijauhi dan bukan dipromotekan oleh otai-otai yang sering dipandang tinggi dalam gym.
P.S.S: Sila ikuti blog saya untuk tips kuruskan badan, bina badan dan diet yang percuma yang selalu diupdatekan dari semasa ke semasa di Generasi Fit
P.S.S.S:Sempena sukses penjualan eBook terbaru saya, Anjakan Metabolisma, saya ingin kongsikan promotion terbaru bersama pembaca-pembaca semua!
![]()
Salam generasi fit,
Saya Abdullah Idris.Saya ingin bertanya tentang sejenis ubat yang dinamakan prednisilone,yang mana saya difahamkan sejenis juga dengan steroid.
Saya mengambil ubat ini atas arahan dari doktor pakar kerana saya mempunyai penyakit buah pinggang.Jadi saya nak tanya pendapat tuan tentang penggunaan ubat ini?


