BTC USD 101,770 Gold USD 2,656.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,577
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,577
Reaction score
6,648
Points
881
Awards
1
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Bernama
September 8, 2024 14:30 MYT

PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Anwar menyampaikan ucapan pada majlis perasmian Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan di Batu 1, Port Dickson, hari ini. --fotoBERNAMA

PORT DICKSON: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

Ringkasan AI

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan, terutama keburukan pengambilan gula secara berlebihan.
Malaysia mempunyai bilangan penghidap diabetes tertinggi di Asia Tenggara, menunjukkan tahap kecelikan kesihatan yang rendah dalam kalangan rakyat.
Anwar menekankan pentingnya mengurangkan obesiti dengan mengawal pengambilan karbohidrat dan meningkatkan senaman, serta mengingatkan bahawa alasan kesibukan tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak menjaga kesihatan.
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus menggambarkan kecelikan kesihatan dalam kalangan rakyat di negara ini masih pada tahap rendah.

"Obesiti, berat badan berlebihan itu tinggi, kencing manis tinggi, jadi tolonglah selamatkan negara, selamatkan anak-anak, selamatkan keluarga, ibu bapa kita dengan mengawal sedikit (pengambilan gula), bukan hentikan seluruhnya.

"Bagaimana kurangkan obesiti? kurangkan karbohidrat, lebihkan senaman tapi jangan joging pada (kempen) bulan kesihatan sahaja. Perlu jaga kesihatan, kita sibuk, tapi alasan itu (sibuk) sangat remeh, kita sibuk tapi kita tidur, makan, jadi kita juga kena bersenam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 yang turut dihadiri Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di sini hari ini.

Perdana Menteri juga berkata kempen celik kesihatan atau kurangkan gula serta dasar literasi kesihatan yang diperkenalkan, hanya akan berkesan sekiranya masyarakat mengubah gaya pemakanan mereka bermula dari sekarang.

Beliau berkata rakyat tidak harus memudaratkan diri sendiri dengan mengambil gula secara berlebihan, tanpa memikirkan kesannya terhadap kesihatan mereka.

Pada masa sama Anwar menasihatkan golongan peniaga supaya turut memainkan peranan aktif, dalam menggalakkan rakyat mengurangkan pengambilan gula dengan mengambil kira kesihatan pelanggan apabila menyediakan makanan dan minuman.

"(Kita) Cakap soal AI (kecerdasan buatan), industri pertumbuhan yang hebat, mutu pendidikan hospital yang baik...tapi kecelikan kesihatan rakyat paling rendah," katanya.

Anwar berkata komitmen dan iltizam daripada kakitangan kesihatan juga diperlukan, selain fasiliti kesihatan seperti hospital dan klinik perlu memberikan contoh terbaik dalam membudayakan amalan pemakanan dan riadah yang bersesuaian.

Selain itu, beliau berkata kantin sekolah juga perlu menjual makanan yang sihat bagi memastikan mutu kesihatan pelajar terjamin, manakala penggunaan gula dalam menu makanan dan minuman majlis kerajaan dikurangkan.

-- BERNAMA

#Anwar Ibrahim #kencing manis #kurangkan gula #diabetes #Dzulkefly Ahmad
 
Sponsored Post

Nak makan, makan, tak makan sudah – PM


Anwar ketika menghadiri Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024, Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) dan Kempen Perangi Gula - War On Sugar di Port Dickson hari ini.- Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
PORT DICKSON – Penglibatan pengusaha gerai, restoran, medan selera, katerer dan hotel di negara ini amat diperlukan agar usaha kerajaan dalam Kempen Perangi Gula menjadi lebih berkesan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) menunjukkan kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adlaah tinggi.

“Peringkat jabatan kerajaan sudah ditetapkan pengurangan kadar pengambilan gula sebanyak 50 peratus melibatkan sajian kuih-muih. Nak makan, makan, tak makan sudah sebab kita fikirkan keselamatan kesihatan. Ini yang kita katakan kecelikan kesihatan, literasi kefahaman masyarakat, apa itu erti kesihatan, apa itu erti pendidikan.

“Beritahu rakyat, penyakit kencing manis ini nombor satu (Malaysia) rekod di Asia.


“Ini menunjukkan tidak ada kecelikan kesihatan, kita selamatkan negara kita, selamatkan anak-anak kita, ibu bapa dengan kawal bukan suruh hentikan terus,” katanya ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024, Pelancaran Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan dan Kempen Perangi Gula-War On Sugar di sini hari ini.

Perdana Menteri menambah, kecelikan kesihatan dalam kalangan rakyat juga akan membantu dalam mengatasi isu kesesakan di hospital.

“Kalau sakit, biar kita bertanggungjawab, saya tengok Hospital Kajang sampai kat lobi, beratur-ratur katil. Saya terus WhatsApp Dr. Dzul (Menteri Kesihatan), tetapi beliau pun ada batas, peruntukan kewangan yang ada sekarang.

“Belanja sudah tinggi dan pesakit kian ramai. Ada langkah-langkah diambil KKM untuk mengurangkan, tetapi kalau kita ada kecelikan kesihatan kesesakkan di hospital boleh dielakkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
 

Parlimen Haramkan Gula Setiap Rabu Mulai 14 Oktober, Mahu Budayakan Gaya Hidup Sihat​

Selain menolak gula dalam minuman pada setiap hari rabu, ahli Parlimen turut diwajibkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

haramkan-gula-dalam-minuman-parlimen-hari-rabu.jpg

Sumber gambar: MalayMail/ Pexels

Masalah kencing manis atau diabetes mellitus adalah salah satu punca kematian utama di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengingatkan masyarakat untuk sentiasa cakna dengan penjagaan kesihatan terutamanya melibatkan pengambilan gula.
Lebih menggusarkan beliau lagi apabila rakyat Malaysia adalah penghidap kencing manis tertinggi di Asia Tenggara.

Parlimen Mempromosikan Hari Tanpa Gula Setiap Rabu Bermula 14 Oktober
Memetik laporan Malaysiakini, Speaker Dewan Rakyat Datuk Seri Johari Abdul memaklumkan bahawa Parlimen akan membudayakan hari tanpa gula pada setiap hari Rabu bagi menerapkan gaya hidup yang lebih sihat.
Keputusan itu secara tidak langsung telah ‘mengharamkan’ penggunaan gula dalam minuman bagi kalangan ahli Parlimen bermula 14 Oktober.
“Hari Rabu (kita) ‘haramkan’, tak ada gula (di Parlimen) untuk amal gaya hidup sihat, kita akan pantau. Setiap Rabu bermula 14 Oktober (akan diumumkan) hari tanpa gula,” katanya.
haramkan-gula-dalam-minuman-parlimen-hari-rabu-1.jpg
Sumber: Facebook Anwar Ibrahim/ Unsplash
Pada 8 September lalu, Anwar telah melancarkan Kempen Perangi Gula dan satu lagi kempen ‘Jom Kosong’ diperkenalkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Senator Fuziah Salleh pada 13 September.
Melalui kempen yang dijalankan, ia menggalakkan gaya hidup sihat dengan membudayakan minuman tanpa gula ke seluruh negara termasuklah melibatkan pengusaha restoran serta kedai makanan segera.

Ahli Parlimen Wajib Jalani Pemeriksaan Kesihatan​

Selain itu, Johari turut memberitahu bahawa kesemua ahli Parlimen diwajibkan untuk menjalani program pemeriksaan kesihatan bagi mengesan sebarang penyakit di peringkat awal.
Pemeriksaan kesihatan itu perlu dilakukan selewat-lewatnya pada 11 November 2024 dan mana-mana pihak yang gagal melaksanakannya akan dipaparkan nama di laman web Parlimen.

Jumlah Pesakit Diabetes Di Malaysia Kelima Tertinggi Dunia​

Untuk pengetahuan umum, Malaysia bukan sahaja mempunyai jumlah penghidap kencing manis tertinggi di Asia Tenggara.
Data yang dikeluarkan oleh Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF) mendedahkan bahawa jumlah penghidap kencing manis di Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia.
Menurut data sama, terdapat 20% kelaziman (prevelans) diabetes pada orang dewasa di dalam negara.
haramkan-gula-dalam-minuman-parlimen-hari-rabu-3.jpg
Sumber: Pexels

Tips Untuk Kurangkan Gula Dalam Darah​

Bagi memastikan tahap gula dalam badan tidak mencapai tahap yang membimbangkan, berikut adalah beberapa tips untuk mengurangkan gula dalam darah. Antaranya:
  • Kerap melakukan senaman
  • Mengawal pengambilan karbohidrat
  • Perbanyakkan makanan berserat dan magnesium
  • Minum air dengan kuantiti yang mencukupi
  • Memilih makanan yang kurang indeks glisemik
  • Mendapatkan tidur yang mencukupi
  • Menurunkan berat badan

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register