BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan AKSB tidak perlu libatkan SPRM

مايكل سكوتفيلد

CG Top Poster Club
gem
Messages
25,580
Paid Membership
Joined
May 13, 2007
Messages
25,580
Reaction score
2,173
Points
261
KOTA BHARU – Jabatan Audit Negara adalah badan yang sepatutnya menyiasat kes melibatkan dakwaan wujudnya ketirisan dalam Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak perlu menyiasat perkara tersebut memandangkan ia tidak melibatkan salah laku rasuah dan sebagainya.


“Katanya (AKSB) berlaku ketirisan. Isu ketirisan patut Jabatan Audit siasat. SPRM boleh siasat kalau berkaitan rasuah, kalau ketirisan hanya audit sahaja.

“Kita sendiri ada melakukan audit dan Jabatan Audit Negara akan tegur jika ada masalah. Tidak perlulah SPRM siasat, sebab ia masalah pengurusan, bukan berkaitan dengan rasuah,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Pemuda Bersatu negeri yang sebelum ini meminta SPRM membuat siasatan terhadap AKSB kerana didakwa wujud ketirisan dalam badan itu.
 
Apa punca ketirisan dlm laporan Jbtn Audit ?
 
boleh pulak tentukan siapa-siapa yang patut siasat
 
Peliklah nik amar.. jemputlah semua skali barulah hilang keraguan rakyat..
 
masuk je..pedulik ni amar tu.....ape ada hal klau xsalah...
 
Apa punca ketirisan dlm laporan Jbtn Audit ?



Air ni..biasalah tiris..kadang paip dia tak balut teflon tape tu tebai sikit..kedekut...jadi tiris jugak..:D

Masalah air kelantan tiris macam biasa lah..tu kut maksud Nik Amar..

Panggil plumber le..bukan auditor...sprm memang tak berkenaan laa.. :))



eh..apa aku merepek ni....apa yg tiris...:p.:eek:
 
Alah takkan goyang kot..

tapi kalau SPRM serbu pun aku rasa x jumpa2 apa2 pelik pun..

PAS still masih boleh dipercayai..
 
Dia ni berapa kali dah....mohon pas tutup jap mulut dia..biarkan sprm nak masuk sekalipun..kalau takde apa2 takyah risau
 
Back
Top
Log in Register