BTC USD 62,775.4 Gold USD 4,336.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siaran Langsung Keputusan PRU

ssufian

Banned
Messages
1,340
Joined
Mar 21, 2006
Messages
1,340
Reaction score
0
Points
20
Salam...

Mana website yang ada siarkan keputusan PRU secara siaran langsung anjuran BA (PAS atau PKR) ye?

Aku tak nak tengok keputusan kat TV sebab diorg pasti akan bias kepada UMNO atau BN... aku nak tengok kat website...

so ada sesape yang tau kat mana nak tengok siaran langsung keputusan PRU anjuran PAS atau PKR ni tak?

salah satu tempat mungkin kat http://www.kelantan.tv/index.php

tapi tak tau lah bila dia akan start....

ada tempat lain tak?

thanx
 
Aku dh nk muntah dah tengok tv1 ni. panel ni hampeh, berpihak pada BN, yang BN kalah pun duk cover lagi, majoriti sikit la, ntah apa2. Kalau dah kalau tu kalah laaaa!!! :mad: :mad: :mad:
 
Abdullah terkedu, tak mampu jawab soalan wartawan!

Pengerusi BN, Dato' SeriA bdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).

Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.
 
Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara."

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

"BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

"Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya.
 
Back
Top
Log in Register