BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapakah Pendusta Agama?

Status
Not open for further replies.
yang anti-Quran bersepah-sepah, punyalah banyak... orang musyrik ni.. :eek:

bila tanya nko beriman dengan al-Quran?

Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
“Siapakah yang mencipta langit dan bumi?”​
Sudah tentu mereka akan menjawab:
“Allah”.​
Katakanlah (kepada mereka):
“Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah (puja, patuh, turuti) yang lain dari Allah itu?​
az-Zumar:39

see.. kalau tanya ... semua kata beriman ... cinta Allah, segala mak nenek semua keluar...

tetapi bantah abis semua ayat-ayat Allah...
Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir
[Ghaffir:4]
mulut jer cakap beriman, tetapi hati anti-Quran

kalau bagi hadis yang "tak kena dengan selera" mereka, anti juga..

anti Quran + anti hadis

so... moral of the story.. sebenarnya bukan beriman dengan al-Quran, atau hadis...

tetapi beriman dengan pendita dan pewaris ahli kitab...

dan sebenarnya... "amatlah sedikit" yang beriman dengan al-Quran >> rujuk sini + dan sini

Dan bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang penyair
amatlah sedikit kamu beriman
Dan juga bukanlah Al-Quran itu perkataan seorang pawang
amatlah sedikit kamu mengambil peringatan
(Al-Quran itu) diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam

[Al-Haqqa:41-43]
 
Last edited:
Katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum):
“Sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu
sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram
dan sebahagian lagi halal?”​

Katakanlah lagi:
“Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?”​
[Yunus:59]
 
Katakanlah:
“Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu
iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah
dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain
untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah
”.​

Kemudian jika mereka barpaling maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.​

Wahai Ahli Kitab!
Mengapa kamu berani memperdebatkan tentang (ugama) Nabi Ibrahim
padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada (zaman) Ibrahim
patutkah kamu tidak mahu menggunakan akal?

Ingatlah! Kamu ini orang-orang (bod0h)
kamu telah memajukan bantahan tentang perkara yang kamu ada pengetahuan mengenainya
(yang diterangkan perihalnya dalam Kitab Taurat)
maka mengapa kamu membuat bantahan tentang perkara yang tidak ada pada kamu sedikit pengetahuan pun bersabit dengannya?
Dan (ingatlah), Allah mengetahui (hakikat yang sebenarnya) sedang kamu tidak mengetahuinya.

Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk ugama Yahudi
dan bukanlah ia seorang pemeluk ugama Kristian
tetapi ia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim
dan ia pula bukanlah dari orang-orang musyrik

Sesungguhnya orang-orang yang hampir sekali kepada Nabi Ibrahim
ialah orang-orang yang mengikutinya dan juga Nabi (Muhammad) ini
serta orang-orang yang beriman
Dan Allah ialah Pelindung dan Penolong sekalian orang-orang yang beriman​

Segolongan dari Ahli Kitab suka dan berangan-angan
kiranya mereka dapat menyesatkan kamu

padahal mereka tidak akan menyesatkan melainkan dirinya sendiri
dan mereka pula tidak menyedari (akibat yang buruk itu)

Wahai Ahli Kitab!
Mengapa kamu kufurkan ayat-ayat keterangan Allah padahal kamu menyaksikan kebenaranNya?​

Wahai Ahli Kitab!
Mengapa kamu campur adukkan yang benar dengan yang salah
dan kamu pula menyembunyikan kebenaran padahal kamu mengetahuinya?

Dan berkatalah segolongan dari Ahli Kitab (sesama sendiri):
“Berimanlah kamu kepada Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang yang beriman itu: pada sebelah pagi
dan kufurlah pada petangnya, supaya mereka (merasa ragu-ragu, lalu) kembali menjadi kafir semula”
[ali-Imran:64-72]
 
Last edited:
dari sini

persoalan thread

apa yang aku katakan ialah surah al-ahzab
mengandungi larangan jelas berkahwin melebihi satu isteri... Baca sendiri


point satu​

wahai nabi, sesungguhnya kami telah halalkan bagimu
isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya


dan hamba-hamba perempuan yang engkau miliki dari apa yang telah dikurniakan allah kepadamu sebagai tawanan perang
dan (kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu):
Anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa)
serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa)
dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu)
serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu
dan mana-mana perempuan yang beriman yang memberikan dirinya kepada nabi kalaulah nabi suka berkahwin dengannya

perkahwinan yang demikian adalah khas bagimu semata-mata
bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya


sesungguhnya kami telah mengetahui apa yang kami wajibkan kepada orang-orang mukmin mengenai isteri-isteri mereka
dan hamba-hamba perempuan yang mereka miliki
supaya tidak menjadi keberatan bagimu
dan allah adalah maha pengampun, lagi maha mengasihani.

[al-ahzab:50]

"halalkan" vs "haramkan"

"khas" = "halalkan"
"bukan" = "haramkan"

"isteri" = satu isteri
"isteri-isterimu" = dua atau lebih isteri

"sesungguhnya kami telah halalkan bagimu isteri-isterimu yang engkau berikan maskahwinnya"​

kalau perkataan "isteri", maka maksudnya "satu isteri"

tetapi ayat di atas cakap "isteri-isteri", iaitu "dua atau lebih isteri"...

So.. Untuk dua atau lebih isteri"...
Ianya dihalalkan oleh allah "khas" untuk rasulullah saw semata-mata...
"bukan bagi orang-orang yang beriman umumnya"



point dua​

perkahwinan satu isteri ini diperkuatkan lagi melalui surah an-nas
di mana dan dalam keadaan menjaga kebajikan sosial perempuan yatim sekali pun..
Allah meletakkan syarat ketat...
Iaitu sebaik-baiknya "seorang isteri" sahaja
ini kerana "kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh" (an-nisa)

dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim
maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
dua, tiga atau empat
kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil
maka seorang sahaja
atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki
yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman

(an-nisaa:2)

see? "surah an-nas menyokong surah al-ahzab", iaitu perkahwinan satu isteri....

Kerana apa?

ni syarat untuk berkahwin lebih daripada satu...

dan jika kamu ...(syaratnya)... maka ...(kelulusannya)...

dan jika kamu ...(syaratnya)...

"dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim maka..."

maka ...(kelulusannya)...

maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
dua, tiga atau empat

pembatalan kelulusan...

"kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja"

dan allah cakap... Secara pasti..

kerana "kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh" (an-nisa)

see? Dan disqualified awal-awal.... Iaitu melalui perbandingan ayat di bawah

"jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil maka seorang sahaja"
dan
"kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh" (an-nisa)

oleh itu kebenaran diberi sekadar untuk menjaga kebajikan perempuan yatim (sebab kita orang lelaki)
bukan perkahwinan empat dalam semua keadaan...

Dan allah sendiri cakap "kita tidak akan dapat berlaku adil sekalipun kita bersungguh-sungguh"
sebaliknya, kita nak berkahwin dengan alasan boleh berlaku adil ke atas isteri kita?
Logik tak?
Allah dah cakap "kita tidak akan dapat berlaku adil sekalipun kita bersungguh-sungguh"
siapa lagi betul?
Allah ker kita? :-?

Atas alasan itu... "satu isteri sahaja"...
Seperti larangan dalam surah al-ahzab...

Kesimpulan

general rule = satu orang isteri (rujuk al-ahzab ayat 50 dan an-nisa ayt 3 dan 129); "Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh"

exception = berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
dua, tiga atau empat >> jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan yatim

general rule to exception = jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (ke atas isteri2 kamu) maka seorang (isteri) sahaja​



point tiga​

dan melalui surah an-nur... Perkahwinan orang musyrik dikaitkan dengan berzina..
Kahwin, tetapi berzina...

lelaki yang berzina tidak ingin berkahwin
melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik

dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin
dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik

dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman

[an-nur:3]

ayat di atas cerita pasal "berkahwin" dan "perkahwinan"
tetapi bercanggah pula cerita pasal perbuatan itu "berzina"...
Dan berkaitan "orang beriman" dan "orang musyrik" (rujuk sifat orang musyrik)

pastu "perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman"
dah menjadi satu "perkahwinan", tetapi "terlarang" pula...
Perkahwinan golongan dan untuk orang-orang "musyrik" ?
"berkahwin", tetapi sebenarnya "berzina"

macam mana tu?
Aper maksudnya? :d


daripada semua di atas.. Larangan jelas dan ada...

Jadi kalau tiada ayat jelas dalam al-quran yang cakap boleh kahwin lebih daripada satu dalam apa-apa keadaan...
Maka secara langsung perkahwinan tu menjadi berzina..
Haram ler tu..
Berzina itu dosa besar, mestilah haram... :d

ada ker ayat allah yang membenarkan perkahwinan melebihi satu isteri dalam apa-apa keadaan? :-?




apa sudah jadi kepada akal kamu ?
bagaimana kamu menetapkan hukum ?
adakah kamu mempunyai sesebuah kitab yang kamu baca dan pelajari ?
bahawa di dalam kitab itu membolehkan kamu mendapat apa sahaja yang kamu pilih ?

[al-qalam:36-38]

katakanlah (kepada kaum yang mengada-adakan sesuatu hukum):
“sudahkah kamu nampak baik-buruknya sesuatu yang diturunkan allah untuk manfaat kamu itu
sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal?”​

katakanlah lagi:
“adakah allah izinkan bagi kamu berbuat demikian
atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap allah?”
[yunus:59]

dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami
dan yang angkuh daripada mematuhinya
merekalah ahli neraka
mereka kekal di dalamnya.

[al-araf:35-36]
 
Last edited:
selamat aku kawin sorang... sape yang kawin ramai angkat tangan... kene ada nas2 alquran... jgn guna dalil hadis tau
 
Katakanlah: “Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan ini”
Kemudian jika mereka menjadi saksi (periwayatan hadis yg bercanggah al-Quran)
maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka
dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami
dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat
sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka.

[Al-An’am:150]

Bagi perkara yang
Allah tidak pernah haramkan....
Allah tidak pernah halalkan....
Allah tidak pernah tetapkan....​

BIARKAN SAHAJA, janganlah turut sama menjadi saksi membenarkannya...

ini larangan Allah...

"...jika mereka menjadi saksi maka JANGANLAH engkau turut sama membenarkan..."

KESAN mengingkari larangan ini sangatlah bahaya....

"...sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan Tuhan mereka..."

Katakanlah:
“Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu
iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah
dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun
dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain
untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah
”​

Kemudian jika mereka barpaling maka katakanlah kepada mereka:
“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.​
[Al-i-’Imran:64]

kesan selainnya...

orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami

Tidak ada yang membantah mengenai ayat-ayat Allah melainkan orang-orang yang kafir [Ghaffir:4]

dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah
maka mereka itulah orang-orang kafir

al-Maa’idah:44
 
Kamu pubin la pendusta agama.. Lagi mau tanya..
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register