BTC USD 63,437.9 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

siapa patut disalahkan...?

matgori

Active+ Member
Messages
3,913
Joined
Mar 17, 2007
Messages
3,913
Reaction score
9
Points
25
"Patutkah kita meletakkan sepenuhnya kesalahan itu atas pundak ibu bapa sedangkan tidak ada seorang pun ibu bapa yang mahu anak mereka kecundang dalam hidup. Bolehkah kita menerima tohmahan masyarakat yang meletakkan kesalahan kepada ibu bapa? sedangkan pengorbanan ibu bapa terlalu banyak bagi memberi kebahagian kepada keluarga namun anak-anak yang dikatakan bijak pandai ini tidak tahu menilai.


Isu salah laku pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) terutama membabitkan pelajar golongan remaja tidak pernah basi diperkatakan media, sehingga kini Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang tolak pendidikan islam belum menemui jawapan dan jalannya.

Golongan berilmu dikatakan ‘bijak pandai’ tapi ia bukan jaminan boleh menjadi manusia yang berguna. Sekarang ini ibu bapa pula menjadi sasaran, malah dianggap penyebab kepada masaalah anak-anak yang hanyut.

Ibu bapa dianggap tidak pandai mendidik anak, terlalu leka dengan kehidupan peribadi, sibuk dengan perkerjaan dunia, hingga mengabaikan masa berkualiti untuk mendidik anak-anak dengan ilmu agama supaya tidak terjerumus ke lembah kejahilan.

Patutkah kita meletakkan sepenuhnya kesalahan itu atas pundak ibu bapa sedangkan tidak ada seorang pun ibu bapa yang mahu anak mereka kecundang dalam hidup. Bolehkah kita menerima tohmahan masyarakat yang meletakkan kesalahan kepada ibu bapa? sedangkan pengorbanan ibu bapa terlalu banyak bagi memberi kebahagian kepada keluarga namun anak-anak yang dikatakan bijak pandai ini tidak tahu menilai.

Seumur hidup ana tidak pernah mendengar ada ibu bapa yang mahu melihat anak mereka kecundang. Jika anak tidak menghargainya, apa boleh buat? ibu bapa berusaha memberi yang terbaik sehinggakan bersengkang mata siang malam memastikan keselesaan dan kesengan anak.

Setujukah jika kita meletakkan kesalahan pada keluarga apabila anak di IPT terbabit gejala kurang sihat?. Rasmi remaja suka mencuba sesuatu selain dipengaruhi perasaan ingin berteman, berkasih-kasih, bercinta dan bermacam lagi gejala yang sangat hina di pandangan sudut Agama. Sewaktu kecil, pengawasan ibu bapa sudah pasti menyeluruh, namun apabila meningkat dewasa tentu tidak tidak mahu lagi dikongkong.

Apabila memperolehi peluang melanjutkan pengajian di IPT ada remaja beranggapan bebas dari perhatian keluarga, serentak itu langkah menjadi semakin panjang. Rata-rata media menceritakan masaalah remaja IPT. Semakin liar seperti seekor binatang yang baru keluar dari kandangnya.

Baru-baru ini media mendedahkan 735 kes membabitkan mahasiswa khalwat dan berdua-duaan dikenakan tindakan tatatertib dan macam-macam lagi. Sementara penagih dadah yang 30 kes setiap hari membabitkan mahasiswa di IPT.


Hakikatnya ibu bapa tidak pernah tenang melepaskan anak belajar berjauhan. Tapi mereka perlu akur dengan kepentingan ilmu. Walaupun ilmu dunia semata. Jika sewaktu kecil mudah untuk memantau kerana duduk serumah, tapi apabila berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT, hanya mampu berdoa saja agar mereka tidak terpengaruh dengan gejala negetif.

Remaja-remaja hari ini tidak seperti dahulu, rakan-rakan dan kekasih itu lebin penting daripada ibu bapa. Nama sahaja pandai dan pelajar IPT, tapi otak bebal. Kebanyakan mahasiswa yang terbabit dengan gejala sosial bukan disebabkan ibu bapa memberi bimbingan tetapi terikut-ikut rentak rakan.

Bayangkan, 17 tahun ibu bapa beri didikan dengan baik, tapi hanya sekelip mata berubah selepas melanjutkan pengajian di IPT. Siapakah yang mempengaruhi mereka ini jika bukan rakan sebaya atau teman sekasih dengan mereka. Jawablah dengan iman masing-masing!
 
hebat jugak artikel ko ni..mesti byk buat kajian permasalahan sosial masakini...

bagi aku...pendidikan dalaman tu penting, suci hati, jujur, amanah...dgn ketahanan iman insyaallah, gejala sosial bole disifarkan...
 
matgori leh ganti wan kamaruddin..


apa kejadahnya remaja2 sekarang...sambung2:eek:
 
aku tertanya2 gak. katerkan remaja C terpengaruh gn remaja B, remaja B terpengaruh gn remaja A. Remaja A terpengaruh dr saper?

Mana remaja belaja isap rokok, ganja, berzina? kita ckp pengaruh rakan2. Dr mana plak rakan2 tu terpegaruh? Dan rakan2 mrk?

Cuba2 pikir.
 
Tue sumer dari sifat ingin tahu & Ego yg kuat....semua orang terutama golongan remaja la yg cepat sangat terjebak ngan gejala2 cam nie....

Pada aku ada dalam kes ini, Ibu Bapa tak boleh dipersalahkan 100%...kerana, dalam setiap remaja yg terpesong mempunyai background family yg berbeza...
Ade yg berasal dari keluarga yg baik,sumer cukup..kasih sayang, didikan agama, Duet belanja dan sebagainya..tetapi kerana sikap ingin tahu & ego yg kuat dio terjebak ngan gejala2 yg tak baik...
Ade jugak yg berasal dari keluarga senang tapi kurang perhatian dari ibu bapa, dan remaja2 tersebut sentiasa mencari something yg dapat menarik perhatian Ibu Bapa mereka....ini terjadi disebabkan oleh perasaan cemburu mereka terhadap kawan2 lain yg sentiasa mendapat perhatian daripada Ibu Bapa, dan mereka juga nakkan bende yg sama dari ibu bapa mereka...

Aku malas la nak tulis panjang2 so pendekkan cerita....renungkan balik bagaimana perasaan kiter semasa menuntut di Sekolah Menengah dan juga IPT....dengan ragam kawan2 yg pelbagai dari seluruh pelusuk Tanahair...

Semasa kat Sekolah Menengah, pasti EGO & Sifat ingin tahu sangat kuat....perasaan ego nak jadik yg paling disegani kat sekolah, disegani depan para gurl2, disegani oleh rakan....nak jadik yg paling kuat kat sekolah...ego sangat tinggi..tak nak dilihat innocent..disitu la bermulanya kerosakan diri remaja tersebut...

Perasaan tersebut masih terbawa2 ke IPT...dan kat IPT macam2 ragam manusia....dan kat IPT jugak "Kawan" memainkan peranan yg sangat penting dalam kehidupan...d mana, nak tiru buat assignment kat kawan juga, nak sign attendance kawan juga...dan everything pin kawan...susah nak hidup without kawan kat IPT....aku tanya korang?..korang nak ke kawan yg senang innocen,nerd & senang dibuli..?...pasti korang tak nak kan...korang pasti nakkan group kawan yg ade class ckit, maksud aku kawan2 yg energetic dan ade gaya ckit, ye tak..dan di situ la bermula segalanya..silap pilih kawan padah akibatnya...

dan kesimpulannya, klu para pelajar tu dah masuk IPT....bukan salah ibu bapa tapi pelajar tersebut yg tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik dengan keadaan persekitaran membuat kan ia hanyut....ape yg ibu bapa bleh buat ialah dengan memberi dorongan kat budak2 tue supaya senantiasa ingat dengan tujuan asal dio masuk ke IPT.....

Aku budak baru belajar, klu salah tolong2 la tunjuk kan....kekekekeke
 
matgori pi mana laman x nmpak
 
aku igt matgori aktif balik...rupenye ade pengorek tegar....haha...
 
adoi..tertipu dgn thread..
 
Back
Top
Log in Register