BTC USD 85,307.9 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

siapa pas??

bersatu kita teguh.....

bercerai kite kawin lagi satu....
 
hehe pnulis artikel ni mesti geng erdogan dlm pas, geng penyokong anwar dlm pas ataupun mungkin penyokong pkr sendiri.
dia membuat tulisan dari segi lojik akal. tapi tg presiden sendiri cakap kalau islam tak dominan,pas rela keluar pakatan.pas rela kalah demi menegakkan islam daripada menjadi munafik yg menggunakan matlamat bagi menghalalkan cara
 
yup kita kena bersatu...
jgn anggap kita hebat...tampa komponen lain x mungkin pas or pkr or dap akn menang besar cam skang...:D

Bersatu kita gagah, bercerai kita rebah.

Saling melengkapi...
 
hehe pnulis artikel ni mesti geng erdogan dlm pas, geng penyokong anwar dlm pas ataupun mungkin penyokong pkr sendiri.
dia membuat tulisan dari segi lojik akal. tapi tg presiden sendiri cakap kalau islam tak dominan,pas rela keluar pakatan.pas rela kalah demi menegakkan islam daripada menjadi munafik yg menggunakan matlamat bagi menghalalkan cara

sebab tu aku sokong PAS

jangan takut pilih ANWAR
ketakutan yang tiada manfaat
hanya membawa kepada UMNO yang menghancurkan kita
 
buat ape pun klu dh bersatu mmg xkan goyah nye..
tetapi bersatu hanya leh capai klu ade persepakatan jer..
klu xde..cmne nk bersatu..hehe
 
siapa pas sebelum 1998?pas sebenarnya parti mundur yang tak progressif . Kalau bukan kerana pengaruh anwar,pilihanraya 2008 mungkin pas hanya kekal di kelantan . pas hanya mementingkan serban dan tulisan jawi,bukan isi islam itu sendiri . pas lemah dalam politik dan tidak dapat membezakan musuh dengan sahabat .

kenapa pimpinan pas secara senyap berjumpa dengan umno?adakah pas mengajak umno masuk pas atau pas ingin berkongsi kuasa?apa bezanya dgn anwar?anwar secara terang terangan memberitahu bahawa mana mana mp bn yang mempunyai aspirasi sama untuk membentuk kerajaan yang lebih baik bolehlah menyeberang tetapi bukan dengan imbuhan wang . Tapi pas,secara senyap hingga naib presiden pun tidak tahu,berjumpa dengan umno .

Bila masa umno baik?
bila masa umno baik?
bila masa umno baik?

ayat ni diulang 3 kali supaya pas tahu mana itu politik dan strategi,mana itu hukum kitab .

pas perlu tanya diri mereka,sepanjang 50 tahun malaysia wujud,umno kah yang menjaga islam?umnokah yang mendaulatkan silam?umno kah yang memelihara keagungan islam?

kalau jawapannya bukan,kenapa perlu menjual muka dengan umno utk berkongsi kuasa?

apa beza dengan anwar yg ingin membentuk kerajaan baru dan mengajak 30 mp bn menyertai mereka?memanglah banyak bezanya kerana agenda anwar untuk mereformasikan sistem pemerintahan negara dan yang paling penting,selamatkan negara dari bangkrap,keluarkan negara dari akta zalim . apakah jika pas dan umno bergabung maka tujuan ini dapat direalisasikan?mungkin atau tak mungkin?

apakah pas ingat bahawa mereka boleh berdiri sendiri tanpa pakatan rakyat?pas sebenarnya tidak releven dengan politik masa kini kerana asyik bercerita tentang islam label tetapi isinya kosong . pimpinan pas memandang bahawa islam mesti diperjuangkan dengan tertubuhnya negara islam dan apa saja undang undang yang namanya islam . apakah pas tidak melihat membuang akta zalim spt ISA sebagai satu cabang besar dalam islam?apkah ini bukan satu bentuk amar makruf nahi mungkar?

kenapa takut dengan kerajaan yang belum tertubuh?sepatutnya pas bediri dibarisan depan menyokong penubuhan malaysia baru,tetapi pimpinan pas mengutarakan kecurigaan dengan membuat kenyataan"kita tggu dan lihat" . Ini sebenarnya suatu kenyataan politik yang menghampakan .

anwar bijak berpolitik . semua ini tidak dpt dinafikan . lihat apa kah impaknya dengan move yg dibuat oleh anwar?inilah strategi . sepatutnya,diwaktu beginilah pas menjadi juara orang melayu islam dengan berganding bahu bersama pkr merealisasikan cita cita baru rakyat malaysia,bukan dengan mengkhinati pakatan .

Ini semua adalah persepsi . Rakyat bukan mahukan pas.Rakyat cuma mahukan BN tumbang dan ada kerajaan baru . dan harapan mereka adalah pada anwar . kenapa pas pula yang gelabah?apakah pas menganggap bahawa anwar tidak cukup islam untuk membawa aspirasi umat islam di malaysia?dan adakah pas menganggap umno pulak yang akhirnya akan menjadi malaikat menjuarai isu islam?

pas mcm budak budak takutkan hantu 16 sept . sepatutnya bn yang melolong kerana takut kuasa terlepas dari tangan . pas sepatutnya kekal menjadi parti pendesak dan watch dog dalam mana mana kerjasama . pas tak mungkin memerintah negara seorang diri . jadi terima lah hakikat bahawa negara ini berbilang kaum dan agama . dan islam diturunkan menjadi rahmat bagi sekalian alam,bukan rahmat utk melayu berserban sahaja . jika pas tidak menyebarkan nilai islam(bukan label islam) didalam pakatan rakyat,siapa yang akan menyebarkannya . bukankah kita semua bersetuju bahawa nilai islam ialah nilai yang sejagat?

dr http://tukunnegara.blogspot.com

aku tertarik ngan penulisan dia dlm blog ni(Bagaimana Kerajaan
Selepas 16 September ini ?)



http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=11446410&postID=7539167861235073334

Panjang tulisannya...kesimpulan ringkas...Hampeh!!
 
Back
Top
Log in Register