BTC USD 82,963.6 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Jho Low dalam isu 1MDB?

Lagi2 zaman maklumat hujung jari ni.
Nak lari mana2 pun ada mata2.
Contohnya : jadual penerbangan hahaha
 
Kerajaan 'tahu' di mana Jho Low - Tun M

Perdana menteri dedahkan pihak berkuasa "secara amnya" tahu di mana keberadaan ahli perniagaan Jho Low.

Bagaimanapun, beliau berkata permohonan ekstradisi daripada Malaysia masih belum dibuat.

"Bukan kerja saya pergi menangkap orang," kata beliau. - MK

398dabe6b411534ffc9203ca702cf0d7.jpeg
 
SPRM serbu pangsapuri Jho Low di KL

KUALA LUMPUR: Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Kia Peng yang dikatakan milik ahli perniagaan Low Taek Jho.

Difahamkan mereka terpaksa memecah masuk pintu depan unit itu dan menemui wang tunai dalam peti simpanan. - FMT

FMT-Jho-Low.jpg

FMT-MACC-raid-kia-peng.jpg

FMT-MACC-raid-kia-peng3.jpg
 
SPRM serbu pangsapuri Jho Low di KL

KUALA LUMPUR: Penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyerbu sebuah unit pangsapuri di Jalan Kia Peng yang dikatakan milik ahli perniagaan Low Taek Jho.

Difahamkan mereka terpaksa memecah masuk pintu depan unit itu dan menemui wang tunai dalam peti simpanan. - FMT

FMT-Jho-Low.jpg

FMT-MACC-raid-kia-peng.jpg

FMT-MACC-raid-kia-peng3.jpg

aper yg dapat serbu kt situ?
 
Berdasarkan foto-foto serbuan yang diperolehi oleh Malaysiakini, unit itu tidak diduduki dan dijadikan sebagai sebuah pejabat kecil.

Difahamkan SPRM terpaksa memecah masuk ke unit berkenaan.

Menurut iproperty.com.my, harga purata untuk hartanah itu adalah RM3 juta manakala harga sewa pula adalah RM7,000. - MK

ea2bb0e321b60fe14013e3cb0eafa761.jpeg

7ade4b455caa811ff412c6818c30623d.jpeg

15e0c7f8d01e4981a6f8be29aa4a66e3.jpeg

2a3f1ad6be8669286a3121a3c1a30fad.jpeg

c623b6de50fab4df2b771aabd1478636.jpeg
 
Saya tak bersalah - Jho Low

Jho_Low_1537173231.jpg


KUALA LUMPUR: Lelaki yang didakwa mencuri berbilion wang daripada dana pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB, mungkin tidak muncul di tempat awam, tetapi beliau tidak berdiam diri.


Low Taek Jho yang dikehendaki di Malaysia dan Singapura itu digambarkan oleh pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) sebagai dalang mencuri sejumlah AS$4.5 bilion daripada 1MDB, menyatakan beliau tidak bersalah menerusi laman webnya yang dilancarkan hari ini.

“Jika saya tahu, mungkin saya akan membuat sesuatu secara berbeza, sama seperti orang muda yang lain, tetapi sebarang kesilapan yang saya lakukan tidak membolehkan dakwaan yang merosakkan dibuat terhadap saya, ” kata Low, 36, dalam satu surat yang ditandatanganinya di laman web berkenaan.

“Biar saya jelaskan: Saya tidak bersalah,” katanya.

Low lokasinya yang tidak diketahui, digambarkan sebagai “dermawan global, pelabur dan usahawan” di laman web berkenaan.

Dia didakwa dengan kesalahan pengubahan wang haram dan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, meminta beliau untuk kembali ke Malaysia bagi membantu siasatan.

“Boneka saya diarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur dan gambar ketika usia muda terpampang di tabloid di seluruh dunia,” tulisnya.

“Saya hanya meminta semua orang - mahkamah, pendakwa raya dan orang awam - berfikiran terbuka sehingga semua bukti menjelma.”


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/474789/saya-tak-bersalah-jho-low
 
"jho low why not you come here face to face..we can nego, and put najib in prison.."

andaian perbualan telefon diantara someone dgn jho low.. :D
___

aku cadang jho low tag team dgn najib, dedah bukti kt facebook.. biar netizen menilai korang berdua nih btol ke x..

__

dari duk senyap atas kapal mewah, dikejar agent MEIO, baik up status kt fb..

sekurang2nya ada modal netizen nak berspekulasi/membawang.. :))
 
Kata-kata aluan Jho Low di laman sesawang jho-low.com

xLetterEnglish-Copy-page-001-681x963.jpg.pagespeed.ic.xBATfOhSVt.webp
 
Back
Top
Log in Register