BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Jho Low dalam isu 1MDB?

Hisammudin tu mungkin perli ph kot,,ph tak mampu cari jolow,,,dia offer diri

Skng dah jd kerajaan..pergi lah cari..

Dulu beriya iy sembang dah cukup bukti..naik muak dah alasan ph nie
 
licik hishamudin ni..
orang lain bertanding merebut jawatan parti, dia rileks je tak bertanding..
sedangkan kalau dia bertanding, mungkin boleh dapat jawatan timbalan presiden atau presiden parti..

mungkin dia rasa umno dah tak boleh bangkit dan dia cuma tunggu masa yg sesuai untuk keluar parti..

tapi ni spekulasi je.. politics is the art of the possible..
 
Tawaran Hisham cari Jho Low: MP Umno berbelah bahagi​

Diterbitkan 23 Okt 2018, 5:31 petang | Dikemaskini 23 Okt 2018, 5:50 petang

cf0aa7e0033ae88ffdc677ad111771b6.jpeg


Tawaran bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mencari dan membawa pulang ahli pernigaan kontroversi Low Taek Jho dari China bagi menyelesaikan kes 1MDB mengundang reaksi berbeza di kalangan anggota parlimen BN.

Menurut Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Hishammuddin tidak perlu berbuat demikian, sebaliknya jika mempunyai maklumat berkaitan Jho Low, beliau perlu menyalurkannya kepada kerajaan.

“Satu kenyataan yang menarik daripada Hishammuddin untuk cari Jho Low tetapi kalau beliau ada maklumat saya harap dapat diberikan kepada pihak kerajaan sebab itu cara yang terbaik untuk bawa pulang Jho Low yang diperlukan untuk siasatan.

“Perkara seperti ini melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia, China kerana ia melibatkan undang-undang dan sebagainya.

“Sepatutnya tidak menjadi satu usaha peribadi. Ia mesti dibuat secara antara kerajaan dan kerajaan” katanya kepada pemberita di lobi parlimen hari ini.

736a579ef0c268c271f2fabc1ccdd06d.jpeg


Khairy berkata demikian mengulas tawaran Hishamuddin yang mahu mencari Jho Low sehingga ke lubang cacing.

Semalam, Hishammuddin berkata, beliau akan menggunakan hubungan terdahulu dengan pemimpin China dalam usaha menjejaki Jho Low.

Hishammuddin yang juga bekas menteri tugas-tugas kKhas berkata beliau bersedia menggunakan jaringan hubungannya dengan China untuk mencari Low.

Untuk itu, katanya, beliau akan berbincang dengan rakannya di China bagi memastikan kesahihan khabar angin mengenai keberadaan Jho Low di China dan sanggup ke sana untuk membawa ahli perniagaan kontroversi itu berdepan keadilan.

06d4961d27f10470ae9b84c2d0720111.jpeg


Mengulas isu yang sama, Anggota Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menyambut baik usaha Hishammuddin untuk membawa pulang Jho Low.

“Bagus, kerana apa yang Hishammuddin boleh buat untuk bawa balik Jho Low, baguslah.

“Semua orang nak tahu juga di mana dia. Kalau dia tak di China, kalau Hishammuddin ada ruang (untuk cari Jho Low), saya ingat baguslah.

“Sebab kita pun nak tahu cerita sebenarnya sebab dia watak utama (dalam kes 1MDB), jadi saya rasa ia tindakan yang baik dari Hishammuddin,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/448649
 
KDN belum bincang tawaran Hishamuddin cari Jho low​

October 25, 2018 5:06 PM

fmt_Azis-Jamman_bernama-60918.jpg

Timbalan Menteri Datuk Mohd Azis Jamman. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum membincangkan tawaran Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mencari ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho di China bagi menyelesaikan siasatan kes 1MDB.

Timbalan Menteri Datuk Mohd Azis Jamman sebaliknya menyarankan bekas menteri pertahanan menyerahkan maklumat tentang Jho Low kepada kerajaan.

“Pada pandangan saya lebih baik jika dia boleh datang dan tampil bagi maklumat pada pihak kita, baik polis atau kementerian dan kita tahu bagaimana nak cari dia.

“Dia tak perlu ke sana,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar Parlimen hari ini.

Pada Isnin, Hishammuddin menawarkan diri untuk mencari Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1MDB.

Hishammuddin dilaporkan berkata, Putrajaya tidak meminta bantuannya, tetapi beliau menawarkan diri membantu kerajaan atas kapasiti peribadi menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China.

Seorang pemimpin Umno, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata Hishammuddin tidak perlu melakukannya kerana ia sepatutnya ditangani antara kerajaan dengan kerajaan.

“Perkara seperti ini melibatkan kerjasama agensi antara Malaysia dan China, malah melibatkan undang-undang dan sebagainya,” katanya kepada media.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...lum-bincang-tawaran-hishamuddin-cari-jho-low/
 
Kerajaan alu-alukan usaha cari, bawa pulang Jho Low

October 25, 2018 9:11 PM

mahathir-bernama3.jpg

Tun Dr Mahathir Mohamad. (Gambar Bernama)

BANGKOK: Kerajaan mengalu-alukan usaha oleh mana-mana pihak yang dapat berhubung dengan ahli perniagaan Low Taek Jho yang sedang melarikan diri dan membawanya pulang ke tanah air, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana menteri mengulas tawaran dibuat bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk menggunakan jaringan hubungannya untuk mencari Jho Low dan membawanya pulang ke Malaysia untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Saya tidak perlu terima tawaran (Hishammuddin), jika beliau mahu berbuat demikian beliau boleh lakukan. Sesiapa sahaja yang fikir mereka boleh hubungi Jho Low dan bawanya pulang ke tanah air, kami akan terima,” katanya kepada wartawan pada akhir lawatan 2 hari beliau di Thailand hari ini.

Beliau berkata Hishammuddin boleh mencari ahli perniagaan itu menerusi usahanya sendiri.

Dr Mahathir berada di Bangkok bagi lawatan 2 hari sejak semalam dan mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha, dengan mereka membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk proses damai di selatan Thailand.

https://www.freemalaysiatoday.com/c...an-alu-alukan-usaha-cari-bawa-pulang-jho-low/
 
Last edited:
Najib laagi bebaal.... Duit 1mdb kat Singapore pun tak boleh ambik.... Madey juga yg berani
 
Hishammuddin nafi mahu cari Jho Low untuk lari dari SPRM​

Diterbitkan 30 Okt 2018, 1:39 petang

d5ee91dbcffaaaa6d8eb7094cb7f31b9.jpeg


Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan hasratnya untuk membantu kerajaan mencari ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low di China bukan kerana ingin lari daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas menteri pertahanan itu berkata beliau yakin tidak terlibat dengan sebarang skandal rasuah yang memerlukan SPRM untuk memburunya seperti yang didakwa pihak tertentu.

"Apa yang SPRM ada (dakwaan) terhadap saya? Saya tak rasuah, kalau nak siasat, kenapa SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya pun?

"Dalam hal ini saya tak bimbang orang nak cakap apa, cakaplah kalau mereka kata saya takut dengan SPRM biar SPRM sendiri dedahkan adakah perkara yang mereka nak siasat terhadap diri saya," katanya ketika ditemui media di lobi parlimen,hari ini.

Tambah anggota parlimen Sembrong itu lagi, beliau akan bekerjasama dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dalam menyalurkan segala maklumat yang diperoleh berkaitan Jho Low.

"Beliau (Mohamad Fuzi) juga telah buat kenyataan sebelum ini bahawa beliau mengalu-alukan apa usaha yang saya boleh secara peribadi bantu mereka dalam siasatan berhubung kait dengan individu berkenaan (Jho Low)," katanya.

Hishammuddin bagaimanapun menjelaskan beliau belum berkesempatan untuk ke China bagi mencari Jho Low.

“Saya tak ada masa sekarang ini tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan di sana telah pun dimaklumkan bahawa saya akan ke China dan saya tengok bahawa mereka masih lagi mempunyai hubungan yang agak rapat dengan diri saya sendiri.

"Tapi saya tak tahu sebenarnya sama ada Jho Low ini masih ada China atau tidak dan kalau masih berada di China mengapa pihak China tak menyerahkan Jho Low kepada kita? Sebab itu saya difahamkan juga bahawa hubungan antara polis kita (PDRM) kita dengan pihak polis di sana juga telah pun diwujudkan satu rangkaian yang agak erat," katanya.

Manakala mengulas kos perbelanjaan beliau ke China, Hishammuddin sekali lagi menegaskan usaha itu dilakukan secara peribadi dan akan mengeluarkan belanja sendiri.

"Kalau kita melihat ke hadapan mesti ada penutup kepada kontroversi 1MDB ini.

"Sekiranya semua orang setuju bahawa Jho Low ini merupakan kritikal dalam mencari penyelesaian dan penutup kepada isu 1MDB, saya bantu kalau kata peribadi dan saya biayai sendiri," katanya.

Sebelum ini Hishammuddin menawarkan diri untuk mencari Jho Low di China bagi menyelesaikan skandal 1MDB.

Hishammuddin berkata, Putrajaya tidak meminta bantuannya, tetapi beliau menawarkan diri membantu kerajaan atas kapasiti peribadi menggunakan hubungan terdahulunya dengan pemimpin China.
 
Amerika dakwa Jho Low

jho-low-bloomberg-1.jpg


PENDAKWA raya Amerika Syarikat (AS) mengemukakan pertuduhan jenayah terhadap Low Taek Jho dan dua bekas ahli perbankan Goldman Sachs berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Pendakwa raya berkata, bekas rakan niaga Goldman Sachs di Asia, Tim Leissner sudah mengaku bersalah terhadap tuduhan konspirasi menggubah wang haram, tuduhan konspirasi melanggar Akta Amalan Rasuah Asing dan bersetuju mengambil wang sebanyak AS$43.7 juta (RM182.32 juta).

Sementara itu, seorang lagi bekas ahli perbankan Goldman, Roger Ng ditahan di Malaysia, katanya.

Bagaimanapun, individu ketiga, Jho Low masih bebas.

Pihak berkuasa Malaysia percaya Low dipercayai berada di China.

Peguam untuk Leissner dan Low gagal dihubungi untuk ulasan. Setakat ini, siapa peguam yang mewakili Ng masih tidak diketahui.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan syarikat itu dengan Low memainkan peranan penting.

Bagaimanapun, Najib tegas menafikan sebarang salah laku berhubung tuduhan rasuah 1MDB.

Dana sebanyak AS$4.5 bilion disalahgunakan daripada 1MDB oleh beberapa pegawai kanan syarikat itu serta rangkaian mereka, menurut dakwaan Jabatan Keadilan AS.


https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/391711/dakwa-jho-low
 
Back
Top
Log in Register