BTC USD 83,055.0 Gold USD 4,158.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Jho Low dalam isu 1MDB?

Hisammudin tu mungkin perli ph kot,,ph tak mampu cari jolow,,,dia offer diri

Skng dah jd kerajaan..pergi lah cari..

Dulu beriya iy sembang dah cukup bukti..naik muak dah alasan ph nie

betul juga tu... kita suka biar org lain kaya raya menghabiskan duit malaysia
 
LIM_GUAN_ENG_BAYAN_LEPAS_1541994276.jpg

Jho Low mungkin masuk China guna nama lain - Guan Eng

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan kontroversi yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Low Taek Jho atau Jho Low mungkin memasuki China menggunakan nama lain.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ini kerana berdasarkan maklumat yang diterima daripada Duta Besar China ke Malaysia sebelum ini, ahli perniagaan yang menjadi buruan itu tidak memasuki republik berkenaan menggunakan pasport Malaysia.

“Saya bercakap dengan Duta Besar China ke Malaysia dan beliau memberi jaminan bahawa berdasarkan rekod negara berkenaan, tiada rakyat kita bernama Jho Low yang tidak memasuki China menggunakan pasport Malaysia

“Itu sudah pasti kerana dia dipercayai memiliki beberapa pasport dengan nama berbeza dan ia sudah menjadi cerita lain. Namun berdasarkan rekod mereka, Jho Low tidak berada di China.

“Sudah tentu kita harap ia adalah keadaan sebenar kerana jika Jho Low tersilap langkah , pihak berkuasa mereka pasti akan membantu kita mengenal pasti dan mencarinya,” katanya ketika ditemubual oleh sebuah stesen radio, hari ini.

Menurut Guan Eng, pihak republik berkenaan memberi kerjasama sepenuhnya kepada negara dalam memburu ahli perniagaan yang berasal dari Pulau Pinang itu.

Katanya, kerajaan juga meneruskan pencarian dan sekiranya lokasi Jho Low dikenal pasti, Malaysia akan meminta kerjasama negara terbabit untuk mengekstradisinya.

Ahli perniagaan berusia 37 itu sebelum ini dilaporkan turut memiliki pasport kerajaan St Kitts and Nevis namun ia sudah dibatalkan pada Jun lalu.

Tindakan pembatalan pasport oleh Perdana Menteri Timothy Harris, itu dibuat selepas Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) mendakwa Jho Low terbabit dalam konspirasi pengubahan wang membabitkan berbilion ringgit dalam hasil yang haram.

https://www.bharian.com.my/berita/k...w-mungkin-masuk-china-guna-nama-lain-guan-eng
 
jl1_1547109373.jpg

Jho Low tetap diburu - PM

TUN Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia akan terus memburu ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun sukar.

Perdana Menteri berkata, usaha akan tetap diteruskan walaupun terdapat kira-kira tujuh bilion orang di dunia ini.

“Kita akan buru dia. Dunia ini hanya ada tujuh bilion orang, bukan susah sangat.

“Jika kita boleh cari jarum dalam jerami, begitu juga Jho Low. Dia ibarat jarum dan kita akan menyelongkar jerami itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Mengulas mengenai dakwaan Jho Low kononnya laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mengaitkan China dalam usaha menyelamat 1MDB pada 2016 sebagai pertukaran mendapatkan kontrak lumayan bermotif politik, Dr Mahathir berkata, ia sekadar dakwaan.

“Dia banyak kali cakap (tindakan politik), dia juga mencuri wang bermotifkan politik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Jho Low menafikan laporan WSJ yang mengaitkan China dalam usaha menyelamatkan 1MDB pada 2016 sebagai pertukaran mendapatkan kontrak lumayan.

Dia menyifatkan artikel itu sebagai ‘separuh benar’ dan kesinambungan percubaan perbicaraan media oleh pentadbiran Dr Mahathir.

“Artikel terbaru WSJ itu hanya separuh benar, bercampur dengan fiksyen untuk mencipta berita yang mengelirukan dan berlebihan, dilancarkan oleh rejim Dr Mahathir untuk tujuan politiknya,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/410626/jho-low-tetap-diburu-pm
 
Abdul_Hamid_Bador_1556187156.jpg

ABDUL Hamid (kiri) bersama Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim (kanan) melancarkan buku 150 Tips Menangani Jenayah pada perasmian Seminar Hentikan Penderaan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak serta pelancaran buku Pencegahan Jenayah. - Foto BERNAMA

Jho Low dipercayai bergerak bebas antara Hong Kong, Macau


KUALA LUMPUR: Ahli Perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low yang dikehendaki kerana terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dipercayai berada di Macau atau Hong Kong.

Jho Low dipercayai masih sering membuat perjalanan antara kedua-dua wilayah berkenaan selepas Malaysia membatalkan pasportnya pada 15 Jun tahun lalu sehingga menyukarkannya pergi ke negara lain.

Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata pihaknya masih lagi berusaha mengesan Jho Low secara tidak rasmi.

“Tindakan itu dilakukan mengikut cara kepolisan dan berdasarkan maklumat perisikan, kita tahu kedudukannya.

“Selain itu, kita juga mendapatkan kerjasama pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan dan memenuhi tuntutan seperti yang digariskan dalam perjanjian Polis Antarabangsa (INTERPOL),” katanya selepas merasmikan Seminar Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak serta Pelancaran Buku Pencegahan Jenayah, di sini, hari ini.

Beliau berkata, apa yang diharapkan oleh PDRM adalah pihak negara berkenaan supaya akur dengan perjanjian yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Kita minta pihak yang berkenaan (negara Jho Low berada) supaya akur dengan perjanjian bahawa kita saling bantu-membantu dalam mengesan, menjejak, menangkap dan mengusir penjenayah dalam sesebuah negara itu kembali ke negara asal,” katanya.

Hamid berkata, pada masa ini PDRM masih aktif berhubung dengan Interpol dalam usaha memburu Jho Low selain mengadakan beberapa sesi perjumpaan bersama pihak berkuasa China.

Tindakan kerajaan membatalkan pasport Jho Low sebelum ini adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen, untuk menghalang pergerakan Jho Low selepas beliau dikehendaki hadir ke Malaysia untuk disoal oleh pihak berkuasa.


https://www.bharian.com.my/berita/k...ercayai-bergerak-bebas-antara-hong-kong-macau
 
Polis memberi jaminan keselamatan kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low jika pulang ke Malaysia bagi membantu siasatan kes 1MDB: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador

- BH Online -
 
Abdul_Hamid_Bador_1558672733.jpg


ABDUL Hamid Bador ketika 'flag off' pada Pelancaran Op Selamat 15/2019 Sempena Aidilfitri di Menara Telekom Malaysia. - Foto BERNAMA​

1MDB: Keselamatan Jho Low terjamin jika pulang ke Malaysia - KPN


KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata keselamatan Low Taek Jho atau Jho Low terjamin jika ahli perniagaan dalam buruan itu kembali ke Malaysia untuk membantu siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, dakwaan kononnya ahli perniagaan itu akan ditahan, diseksa dan dibunuh sekiranya pulang adalah tidak benar sama sekali.

“Jaminan keselamatan yang sama juga akan diberikan kepada keluarga Jho Low dan enam lagi individu dikehendaki pihak berkuasa bagi membantu siasatan kes 1MDB.

“Malaysia mempunyai undang-undang, balik ke negara ini jika tidak bersalah dan jangan guna peguam untuk keluarkan kenyataan serta membuat penafian.

“Jho Low dan rakannya boleh pulang ke Malaysia bersama peguam terbaik untuk membela mereka, jangan ingat boleh lari selamanya,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 15/2019 sempena Hari Raya Aidilfitri di sini, hari ini.

Beliau juga mengulangi pihaknya mengetahui lokasi sebenar ahli perniagaan yang diburu itu berada namun tidak akan mendedahkannya kepada media.

“Kami tahu tempat persembunyian Jho Low dan rakannya dan polis menggunakan sumber yang ada termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa luar untuk mengesannya.

“Polis juga tahu di mana Pengarah SRC International Sdn Bhd (SRC International) Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil berada,” katanya.

Abdul Hamid berkata, kes 1MDB menjadi keutamaan beliau sejak memegang jawatan Ketua Polis Negara awal bulan ini.

Mengulas mengenai serbuan di firma juruaudit, Deloitte Malaysia semalam, Abdul Hamid berkata, pihaknya sedang mengumpul beberapa dokumen yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan penyelewengan dana 1MDB.


https://www.bharian.com.my/berita/k...-jho-low-terjamin-jika-pulang-ke-malaysia-kpn
 
Hamid yakin dapat bawa pulang Jho Low dalam masa terdekat

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador membayangkan ahli perniagaan Low Taek Jho yang kini dalam pelarian, akan dapat dibawa pulang dalam masa terdekat.


"Saya tak mahu mendahului (membuat pengumuman). Tetapi insyaAllah.

“Bila saya kata begitu saya yakin kita akan berjaya membawanya balik, dalam masa terdekat pun boleh, terjauh pun boleh,” katanya sambil ketawa.

“Tapi insyaAllah dalam masa terdekat,” katanya lagi kepada pemberita semasa lawatan ke Bazar Ramadan Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita tentang perkembangan terkini berkenaan Jho Low yang merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.

Minggu lalu, Abdul Hamid berkata polis mempunyai "petunjuk baru" berkenaan lokasi Jho Low - yang gagal dikesan sejak 2015 - dan akan membawanya pulang "tidak lama lagi".

Hari ini, beberapa hartanah termasuk dua kediaman mewah yang dikaitkan dengannya dilaporkan akan dijual.

Ia susulan usul bersama pihak yang terlibat dalam saman sita hartanah berkenaan yang meminta mahkamah Amerika Syarikat menangguhkan prosiding bagi membolehkan penjualan interlokutori hartanah itu.

Hartanah yang terlibat termasuklah kediaman di Time Warner Penthouse bernilai AS$30.55 juta (RM128.2 juta) di New York yang dituntut oleh 80 Columbus Circle (NYC) LLC dan kondominium di New York bernilai AS$13.8 million (RM58 juta) yang dituntut oleh 118 Greene Street (NYC) LLC. - MK

62cc2e70bace1d0fc5dad5a9fceffe21.jpg
 
Jho Low kecam proses lucut hak rumah keluarga di Penang

Ahli perniagaan buruan polis, Low Taek Jho, mengecam tindakan pihak berkuasa negara ini melucut hak rumah keluarganya di Jalan Tanjong Bungah, Pulau Pinang, dan menegaskan hartanah itu diperolehi sebelum skandal 1MDB berlaku.


"Ibu bapa saya bertungkus-lumus selama berdekad-dekad untuk menyediakan kemudahan yang selamat dan selesa kepada anak-anak mereka.

"Sebelum saya lahir, ibu saya menikmati kejayaan dalam pelaburannya.

"Terima kasih atas keputusan bijak yang mereka tidak hanya mampu membeli dan membina rumah bernombor 69 di Taman Bunga Tanjong, tetapi juga sumbangan dan sokongan mereka selama berpuluh tahun kepada penduduk setempat, sama seperti apa yang dilakukan mendiang datuk saya," katanya dalam satu surat terbuka hari ini.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Jho Low menambah rumah yang terlibat dalam proses lucut hak itu jelas dibuat lebih 10 tahun sebelum 1MDB wujud.

Justeru kata Jho Low, melucukan apabila kerajaan Malaysia cuba untuk "merampas" rumah keluarganya melalui "bukti palsu dan direka" untuk menunjukkan bangunan terbabit ada kaitan dengan skandal 1MDB.

Katanya memang jelas kerajaan sentiasa mahu mendapatkan "keuntungan politik" dengan menjadikan dirinya dan keluarganya sebagai sasaran melalui apa juga cara, termasuk melalui kempen media di peringkat global untuk menunjukkan mereka bersalah.

Tindakan itu, kata Jho Low, dibuat untuk memberi tekanan kepada dia dan keluarganya tanpa mempedulikan undang-undang atau asas hak asasi manusia.

"Melalui cubaan merampas rumah keluarga saya yang telah dibina beberapa dekad sebelum 1MDB, rejim itu mahu menjadikannya dendam peribadi dengan menyasarkan seluruh keluarga saya, dan sebagai akibatnya ia menjejaskan keselamatan mereka.

"Tingkah laku sebegini oleh rejim Mahathir terus merosakkan reputasi Malaysia di peringkat dalam dan luar negara, serta menjadi bukti tambahan mengenai kegagalan mereka memberikan perbicaraan yang adil (kepada saya) di bawah rejim ini," katanya. - MK

a363596da1c22ada1b7e0f33e206b8a7.jpg
 
Back
Top
Log in Register