BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Jaga Melayu?

lihat dari sudut positif.
rezeki rakyat kelantan dengan tanah yang banyak.
boleh buat pertanian ala amareka.

kawe dah nampak potensinya.

tanah rendah sekebun bunga jek abe. kroni pulak main syaiko saliran/baja.

sampai mampuih org benci golongan tu.
 
Ini adalah petikan dari link yang ko bagi tu

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tanah-tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan statusnya hendaklah diganti dengan mana-mana tanah lain yang sama jenis dan keluasan yang tidak melebihi daripada keluasan tanah yang dibatalkan itu, sebagaimana yang termaktub Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Kaedah penggantian tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri bersesuaian dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Dalam hubungan ini, pendekatan atau amalan yang lazim dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) adalah dengan melihat kepada faktor nilaian tanah. PBN biasanya akan menggantikan tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan dengan tanah yang sama nilainya. Dalam hal ini, faktor lokasi tanah tidak dapat diambil kira memandangkan kesukaran PBN untuk mendapatkan tanah yang sama jenis dalam sesebuah negeri berkenaan. Nilaian tanah tertakluk kepada lokasi tanah itu berada di mana nilai tanah dalam bandar lebih tinggi berbanding nilai tanah di luar bandar.


Untuk penerangan tanah rezab melayu yang diwartakan pada asalnya memang ada cop rezab melayu atas geran. Tetapi tanah bukan rezab melayu yang telah dizonkan sebagai rezab melayu untuk menggantikan tanah rezab melayu yang direleased tidak ada cop rezab melayu atas geran
ayat akhir bro..maknanya tanah rezab melayu yg diganti dgn tanah bukan rezab melayu, atas geran tanah yg diganti tersebut tiada cop rezab melayu. betul pemahaman sy?

jadi jika betul, makanya di situ lah dah hilang tanah rezab melayu. sebab atas geran tanah yg diganti tiada cop rezab melayu. dahtu kalau jual mcm mana? adakah tanah rezab melayu ini pemiliknya mmg ada atau sesetengah tanah ada pemilik dan sesetengah tiada pemilik?

jika tiada pemilik, tanah yg diganti dgn tanah rezab melayu yg xde cop tanah rezab melayu pada geran tu akan dibawah jagaan dan pengawasan siapa?

dan ada kah kemungkinan disebabkan tiada cop tanah rezab melayu pada geran, membolehkan pemilik dan penjaga pada tanah rezab melayu yg dganti yg xde tuan tu dijual pada bangsa lain atau warganegara lain?

maaf banyak soalan.memandangkan tuan bagi penjelasan, fikiran sy mungkin tuan seorang yg ahlil dlm bidang tanah atau terlibat dlm bidang tanah atau lain2.

bukan apa, sy bertanya pada org yg sy anggap tahu sebab sy x tahu. dari buat andaian bebukan, baik tanya. sekurangnya bro x sakit hati org ckp itu ini, dan org lain pun dpt penjelasan madani. terima kasih in advance.
 
Mungkin, ni mungkinlh ye...

Malay reserve, free hold.. pegangan selama2...
Yg satu lg, malay reserve, pajakan 99 thn...


Mungkin la kot....
Klu salah tlg jolokkan...


Freehold : pegangan bebas
Siapa2 Yg mampu boleh memiliki tanah ni

Leasehold : pegangan sementara
Tanah Pajakan. Biasanya 99 tahun. Kena pulang balik lepas Tamat tempoh.
Atau renew balik dgn kos tertentu. Boleh Dimiliki siapa2 yg mampu.
Boleh tukar jd freehold melalui permohonan Dan kelulusan terutamamya bila atas tanah dah ada penempatan / kampung

Malay reserved: rizab melayu
Khas utk bumiputera sahaja. Hanya boleh bertukar tangan dikalangan bumiputera.
Tanah ni boleh jadi mcm tanah leasehold, tapi hanya untuk bumiputera sahaja.
Dan tanah jenis ni tak mungkin jadi freehold, sbb freehold boleh dipindahmilik oleh sesiapa shj yg mampu.

Bumiputera boleh memiliki semua jenis status tanah, ramai yg confuse.
Bila owner melayu, terus claim tanah tu status Malay reserve.



Bagaimana cara tanah bumiputera boleh jatuh ke tgn nonbumi atau pihak international?
Ada cara dia.
Once tanda 'Malay reserve' atau 'rizab melayu' hilang dlm geran, automatically tanah tu jd frehold Dan boleh dimiliki oleh nonbumi.

Jd, kalau anda sorg bumiputera dan memiliki tanah, usahakanlah. Jgn ambik jalan mudah utk jual. Tak kiralah status tanah tu reserve, lease, atau free.
 
Last edited:
merdeka apa rasa mcm kene jajah dgn minoriti,apa depa nak sume dpt!!!!
 
macai2 lembu ada jugak nak backing benda ni ye.. padahal kat FB singapore masing2 sibuk bincang nak beli tanah2 and rumah2 kat Johor.. Alahai lah macai lembu.. otak pun sama bijak cam lembu gak..
 
aku klau lalu2 kat pasar mlm. ade je pkai bju Bn..Rse nak pi tnye je.Macai ek?
 
Bumi Dipijak Milik Orang.

Mari kita bersatu tumbangkan DAP...wakaka...
Sebelaha tangan kiri sibuk jual tanah rizab melayu, sebelah kanan pula hulurkan bendera PERKASA.. Ini dah jadi talam dua muka..
 
Back
Top
Log in Register