BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa Jaga Melayu?

1798779_733255060018815_355478014_n.jpg
Syukurlah Johor masih ada baki 10% tanah rezab berbanding Kelantan.


Persoalan disini bukan rezab melayu dijual,

Tp bagaimana status malay rezab ini bertukar kpd freehold..

Hanya ada 1 tandatangan aje yg ada authority ni..

Hmmmmmmm...
 
Kepade yg tak percaye fakta ni, amik link ni
Link dari laman web gomen
TT, sile tepak link ni kat depan
Aku tk peduli pasal politik
Tapi hakikat tetap hakikat

http://www.nre.gov.my/parlimen/Lists/DispFormJawapan.aspx?ID=546

Ikut yg aku faham, TRM brtambah de thn 1947?... betul ke?
So, mcm mana TT boleh timbulkn isu ni?

Ye, kalau ambik dari tahun 1900, lagi banyak % bertambah!!! :)):)):)):eek::eek:

Biasanya kita ambil kira lepas pemerintahan British, lepas Enakmen Tanah Rizab Melayu 1963.

Berapa British tinggal TRM pada 1963? Berapa baki TRM pada 2008?

Saya kurang setuju dgn tajuk thread sebab kalau tentang jaga Melayu, bukan setakat jaga TRM, kena ambil kira kenapa Melayu terpinggir & terhimpit dari segi ekonomi, pendidikan, agama islam, kuasa pemerintahan (e.g kenapa KM Penang jatuh kepada bukan Melayu?), penguasaan business, kehilangan ekuiti Bumiputera etc etc. Kalau setakat nak cerita Tanah Rizab Melayu saja, then be specific, tukar tajuk ke TRM saja...
 
Isu ni dah lama orang mainkan. Aku pun tak tahu fakta ni betul ke tak. TT ko dapat figures tu semua dari mana? Ko asal johor ke dan pengarah pejabat tanah johor ke? Kalau ko setakat cedok maklumat dari internet better ko selidik dulu. Takut apa yang ko sebarkan tak tepat ia akan jadi fitnah.

Aku yang terlibat dalam pengurusan tanah pun tak jumpa figure yg TT tunjuk tu. Ginilah ok, kepada sesiapa yang tidak tahu atau bahasa kasarnya jahil, jangan terus bagi komen tanpa pengetahuan kerana boleh jadi fitnah. Secara tak langsung tergolong jadi penyebar fitnah.

Ok aku bagi fakta, sepanjang pengalaman aku terlibat dlm pengurusan tanah bukan senang nak tukar status tanah rezab melayu. Untuk tukar status tanah rezab melayu kena tukar 1 to 1. Bermaksud kena ada tanah yang bukan rezab melayu yang sama nilai dan sama besar untuk diganti. Bukan boleh tukar b0d0 gitu je. Benda ni dah terjadi di gelang patah di mana tanah2 rezab melayu yg diambil kerajaan untuk pembangunan telah diganti dengan tanah bukan rezab. Kalau tak caya pergi buat semakan ada antara tanah2 baru di gelang patah yang telah digazet sebagai zon rezab melayu bagi menggantikan tanah di nusajaya. Oleh itu, adalah mustahil untuk peratus keluasan tanah rezab melayu berkurangan.

Figure yang TT bagi tu pada aku adalah figure yang telah dimanipulasi oleh golongan tertentu untuk kepentingan peribadi. Dia hanya ambil jumlah tanah rezab melayu yg dah released tapi tak ambil kira jumlah tanah yang diganti balik. Benda ni dah pernah berlaku untuk Selangor dulu sebelum Selangor jatuh ke tangan PR. Pada aku yang buat kerja ni macai je untuk memperb0d0kan orang ramai.

Dan lagi berkenaan hartanah rezab melayu ni, even orang melayu sendiri tak mahu. Serius aku cakap orang melayu sendiri bila nak beli tanah ke rumah ke bila dia tahu status hartanah tu rezab melayu, terus tak jadi beli. Diorang lagi sanggup beli hartanah leasehold yang penting international.

Just my 2 cents
 
Kepade yg tak percaye fakta ni, amik link ni
Link dari laman web gomen
TT, sile tepak link ni kat depan
Aku tk peduli pasal politik
Tapi hakikat tetap hakikat

http://www.nre.gov.my/parlimen/Lists/DispFormJawapan.aspx?ID=546

Ini adalah petikan dari link yang ko bagi tu

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, tanah-tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan statusnya hendaklah diganti dengan mana-mana tanah lain yang sama jenis dan keluasan yang tidak melebihi daripada keluasan tanah yang dibatalkan itu, sebagaimana yang termaktub Fasal 3 Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan. Kaedah penggantian tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Negeri bersesuaian dengan kuasa-kuasa yang diperuntukkan dalam senarai Kedua, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan iaitu tanah adalah di bawah bidang kuasa negeri.

Dalam hubungan ini, pendekatan atau amalan yang lazim dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) adalah dengan melihat kepada faktor nilaian tanah. PBN biasanya akan menggantikan tanah rizab Melayu yang telah dibatalkan dengan tanah yang sama nilainya. Dalam hal ini, faktor lokasi tanah tidak dapat diambil kira memandangkan kesukaran PBN untuk mendapatkan tanah yang sama jenis dalam sesebuah negeri berkenaan. Nilaian tanah tertakluk kepada lokasi tanah itu berada di mana nilai tanah dalam bandar lebih tinggi berbanding nilai tanah di luar bandar.


Untuk penerangan tanah rezab melayu yang diwartakan pada asalnya memang ada cop rezab melayu atas geran. Tetapi tanah bukan rezab melayu yang telah dizonkan sebagai rezab melayu untuk menggantikan tanah rezab melayu yang direleased tidak ada cop rezab melayu atas geran
 
Persoalan disini bukan rezab melayu dijual,

Tp bagaimana status malay rezab ini bertukar kpd freehold..

Hanya ada 1 tandatangan aje yg ada authority ni..

Hmmmmmmm...

Malay reserve pun ada freehold bang oi.

Yang dimaksudkan di sini ialah kerajaan ambil tanah berstatus rezab melayu dan menukarkannya jadi international. Benda ni memang berlaku tapi setiap tansh rezab melayu yg dibatalksn statusnya kena ganti dengan tanah bukan rezab melayu yg sama luas dan nilainya. Bukan suka2 tukar macam tu je. Sebab tu macam aku cakap ada tanah yang sebelum ni berstatus international di gelang patah telah pun dizonkan sebagai rezab melayu. Dalam geran memanglah takde cop rezab melayu sebab yg ada cop ni hanya utk tanah asal yg diwartakan dulu.
 
Malay reserve pun ada freehold bang oi.

Yang dimaksudkan di sini ialah kerajaan ambil tanah berstatus rezab melayu dan menukarkannya jadi international. Benda ni memang berlaku tapi setiap tansh rezab melayu yg dibatalksn statusnya kena ganti dengan tanah bukan rezab melayu yg sama luas dan nilainya. Bukan suka2 tukar macam tu je. Sebab tu macam aku cakap ada tanah yang sebelum ni berstatus international di gelang patah telah pun dizonkan sebagai rezab melayu. Dalam geran memanglah takde cop rezab melayu sebab yg ada cop ni hanya utk tanah asal yg diwartakan dulu.


Dah freehold, Malay reserve pula,

Mana Satu ni?

Reserve atau free?
 
Dah freehold, Malay reserve pula,

Mana Satu ni?

Reserve atau free?

Mungkin, ni mungkinlh ye...

Malay reserve, free hold.. pegangan selama2...
Yg satu lg, malay reserve, pajakan 99 thn...


Mungkin la kot....
Klu salah tlg jolokkan...
 
Sekarang ni kat johor, especially johor bahru, banyak property owner adalah singaporean. Then saya ada tanya kawan saya kerja kat UEM Land (Developer Nusajaya)....orang Hong Kong, Korea dan beberapa orang asing pun dah banyak property kat sana....

Sedih, bila rakyat negeri sendiri nak beli pun tak berapa nak mampu, then, masih lagi feel secured sebab kerajaan akan jaga bangsa melayu.
 
lihat dari sudut positif.
rezeki rakyat kelantan dengan tanah yang banyak.
boleh buat pertanian ala amareka.

kawe dah nampak potensinya.
 
Back
Top
Log in Register