soybean
CG Hardcore Club


- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.







apa laa perasaan dia baca qoute dia dulu nih..

perasaan ape bang
kulit buaya
penyokong kuat die wardina pun dah lari keluar negara dah
kalo jepun silap2 dah buat harakiri

Lantik Eric Paulsen langkah sumbang - Reezal Merican
http://www.utusan.com.my/berita/politik/lantik-eric-paulsen-langkah-sumbang-reezal-merican-1.822553
KUALA LUMPUR 14 Jan. - Pelantikan Eric Paulsen sebagai wakil baharu Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR) disifatkan sebagai langkah yang sumbang dan merupakan satu kesilapan.
Perkara itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang turut menyifatkan Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty itu sebagai seorang yang sangat kontroversi selain mempunyai perspektif dan pandangan sangat liberal.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu tidak menafikan latar belakang pendidikan Eric yang baik serta kebolehan dan merit beliau sebagai seorang pengamal undang-undang, tetapi banyak penjelasan perlu diberikan berikutan sikap serta pendiriannya selama ini.
"Apakah mereka yang terlibat dalam pemilihan jawatan strategik ini tidak melihat pendirian Eric sebelum-sebelum ini?
"Antara perkara yang pernah dibangkitkan beliau ialah
katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
- Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mempromosi ekstremisme;
[*]Jakim dan para ulama tidak ubah seperti kasta paderi eropah;
[*]Mufti Johor dianggap sebagai Taliban dan
[*]kebanyakkan mufti serta ulama tidak siuman,"
Tambah Reezal Merican pandangan Eric itu walaupun disuarakan dalam media sosial, namun tetap membayangkan akar fikiran beliau yang terlalu kontroversi dan kasar.
Sehubungan itu, Reezal Merican meminta Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah bersikap telus dan memberitahu kepada rakyat nama-nama yang telah disenarai pendek untuk lantikan itu sebelum Eric dipilih.
"Siapa anggota pemilih? Apakah tidak ada tokoh-tokoh lain yang kurang kontroversi boleh diketengahkan?
"Pelantikan ini mendatangkan kekhuatiran dalam kalangan majoriti rakyat kerana sikapnya yang terlalu melindungi kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender). Apakah ini sahaja aspek `hak asasi' yang mahu diperjuangkan di peringkat ASEAN?" soal beliau.
Reezal Merican dalam pada itu cukup yakin ada nama-nama lain boleh dipertimbangkan pihak kerajaan termasuklah dalam kalangan anggota jawatankuasa baharu Majlis Peguam yang tidak kurang kredibilit mereka.
Begitu juga, kata beliau, dalam kalangan aktivis Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA).
"Kita punya ramai bakat lain yang boleh diketengahkan berbanding seorang individu yang penuh kontroversi," tegas beliau. - UTUSAN ONLINE
