BTC USD 83,891.9 Gold USD 4,165.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

siapa dia?

Kisah Benar IRC

Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya, dia akan bertemu dengan
Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc. Itulah kawan baiknya sejak dia
mengenali dunia chatting di IRC. Pada mulanya dia memang kurang
mempercayai pengunjung-pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar
bila-bila masa tetapi Hazlan lain pula.

Dia memang jujur dan berterus-terang dalam banyak hal. Lagipun,
mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon
sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC.

Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering
menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan
nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul.
Shahirah kecewa kerana Hazlan
mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC.

Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang
beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya
ialah mahu mencari
Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya
jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa
malam lepas.

Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada
mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka
mengatakan sudah lama
Hazlan tidak masuk IRC.

Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy'
muncul.

Shahirah tanpa membuang masa terus menegur Hazlan.

nurheart : Lan...

hensemboy : Ira...maaf saya tak dapat masuk malam itu.

nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?

hensemboy : Maaf...saya tak sempat menghubungi awak. Maaf...

nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab
pertanyaannya dan tiba-tiba senyap. Shahirah menunggu dengan sabar
namun tetap Hazlan
tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih
Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu
Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "aku tak faham
betul. Kenapa Hazlan
dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia?

"Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh
menyamar bila-bila masa saja.

aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata
Samirah. "aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba-tiba
hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang
tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika.

Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan.
Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap
pelik Hazlan.

Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi
Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah
ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya
dia masuk IRC
malam ini. Sekurang-kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan
sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai
apabila Hazlan masuk IRC.

Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

hensemboy : Ira...awak marah saya ke?

nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak
macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?

hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya
masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual
lagi seperti
dulu.

nurheart : Kenapa?

hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu
bertemu dengan awak, ingat?

nurheart : Awak teruk ke?

hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai....saya hilang
darah yang banyak...saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari
jalan keluar.
Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak
batu 6.

nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?

hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini...menanti orang
membantu saya.

nurheart : Maksud awak?

hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat
saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa
takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon
berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang
suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan
Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya.

Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan
dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Hazlan. Tiba-tiba
suara wanita
itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke
rumah.

Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara
yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan supaya mencari
Hazlan di dalam
semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang.
Airmatanya mencurah-curah bercampur sedih dan takut.


Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat
seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6
dalam keadaan
cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke
dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah
melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC
lagi. Dalam diam dia mengakui
Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih
cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang
sedih bahawa dia sudah tiada lagi.


p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih
lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita
doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman......AMIN"

Versi nih yg aku baca dulu...
xtau btol ke tak...
 
emmmm...smart cite ni n menyeramkan

so,zianah ni dingle lg la kan?
nk no dia leh?:))
 
cerita betul ke ni? ke urban legend?
meremangggg.. aku pun dulu selalu lepak IRC.. tp skrg dah tobat psl sll kena tipu awek haha..

huhu.. tapi ok la dia dah tlg lembutkan minah tu huhu
 
Last edited:
peh aku dah xlyn IRC lg.aku layan carigold...
 
Dh jadi urban legend lak citer ni...


Sedih ada seram lebih skit... huhu
 
Back
Top
Log in Register