BTC USD 60,554.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siapa dah start simpan emas?

aku tak rasa ni masa yang bagus nak beli emas, mungkin lepas 1-2 tahun lagi baru ok aku rasa, tapi atas analisis masing2 la, kalu rasa patut beli sekarang silahkan.
 
Masing-masing punya pendapat tuan
Kalau beli sikit-sikit macam saya ni mungkin tak terasa sangat
Janji ada simpan
 
smlm baru jer terbuka hati nk bkk acc PG sebb abg dah kumpul emas dr thun 2014, dh mcm album gambar dah nengok, rupernye bkan emas jer yg bernilai , koleksi emas + kad pon bolh harga jadi mahal mmang untung
 
Betul tu masta
Koleksi kad pun boleh buat duit
Orang kata diversify
 
sory tak larat nak baca awal2..

aku nak tanya bab public gold ni..

bile kita beli ikut harga semasa.. tapi bila kita jual

ikut harga semasa tolak spared tolak susut nilai???

aku spared tu aku tau.. tapi susut nilai tu aku baru tau.. ape jadah emas 999 ada susut nilai???

bole sapa2 explain??
 
Saya ada jumpa penerangan berkenaan ni
Moga membantu tuan 😄

IMG-20220612-WA0000.jpg

MEMAHAMI SPREAD MARGIN EMAS PUBLIC GOLD

“Apa itu spread margin?”

Spread adalah perbezaan jumlah RM antara PG Sell dan PG Buy.

Contohnya 1 dinar pada masa artikel ini ditulis harganya adalah RM792. Ini adalah harga Public Gold jual kepada pelanggan.

Kalau nak jual semula, pelanggan akan rujuk harga PG BUY. Hari ini adalah RM728. So, seperti yang anda sedia maklum, tak mungkin hari ini beli, esok dah jual.

Ya, harga ini berubah setiap 20 minit (kecuali Sabtu dan Ahad).

Berdasarkan formula di bawah, maka dapat disimpulkan bahawa :

RM792 – RM728/ RM792 x 100 = 8%

Jadi 8% ini adalah spread bagi 1 dinar. Lagi rendah spread, lagi cepat & bagus untuk mendapat keuntungan.

Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 18% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas. Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, barang kemas sudah dipakai. So, spread di sini telah menjadi 18%.

Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold. Kecuali jika terbuka seal, susut nilai hanyalah sekitar 10% sahaja.

Berdasarkan infografik, sekiranya bajet anda sekitar RM10,000.00 maka saya cadangkan samada anda pilih antara DUA pilihan di bawah:-

PILIHAN #1 – SPREAD / SUSUTNILAI RENDAH

Saya cadang anda beli emas yang SPREAD LEBIH RENDAH dahulu. Walaupun anda nak simpan jangka panjang, nanti anda akan tetap semak harga emas semasa juga untuk menilai sejauh mana keuntungan yang boleh anda dapat melalui menyimpan emas. Emas dengan spread lebih rendah lebih cepat untung bila harga naik.

Contohnya dengan bajet RM10,000 maka saya akan cadangkan agar anda beli dan simpan Gold Bar 50g + 10g = 60g.

PILIHAN #2 – SENANG DIJUAL SIKIT-SIKIT

Jika anda nak senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, emas yang kecil-kecil lebih baik. Jadi dengan bajet RM10k, anda boleh pilih mana-mana kombinasi Gold Bar 10g atau 20g untuk cukupkan 60g. Oleh itu, sekiranya terdesak nak guna duit, maka anda boleh jual balik emas 10g atau 20g sekadar nilai yang anda perlukan.

Kepada anda yang mempunyai akaun emas GAP, anda juga boleh menjual balik harga emas secara sikit-sikit bila nak pakai duit. Insya Allah dalam tempoh 48 jam pihak Public Gold akan bankin dalam akaun anda melalui akaun Maybank. Untuk mengelakkan kelewatan transaksi, saya galakkan anda untuk menggunakan akaun Maybank juga semasa mendaftar.

Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost.

Tanyakan ini: “Tokei, kalau saya jual semula rantai emas ini esok, berapa you ambil?”

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.
 
Buat tuan @GamezStar 😄
 
aik tak ada plak susut nilai..

Susut nilai dikira per item

adakah klu aku ada 10g x 20pek.. kira 10g gak ke atau 200g?? kiraan spread??

Setiap 10g ada spread sebab spread dikira per item
Jadi 10g darab 20 spread nya

Jadi kalau lagi berat emas tu lagi untung sebab spread rendah
Cuma susah nak jual sebab mahal

Manakala kalau ringan
Spreadnya lagi tinggi
Cuma lebih mudah nak dijual sebab harga lebih murah
 
Back
Top
Log in Register