BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siap sebelum Ramadan

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MAKKAH: Raja Arab Saudi semalam mengarahkan pihak berkuasa terbabit menyempurnakan kerja meruntuh halaman utara Masjidil Haram di Makkah sebelum Ramadan bagi membolehkan jemaah menunaikan solat di kawasan itu pada bulan puasa tanpa masalah.

Datuk Bandar Makkah Osama al-Bar berkata, pejabatnya mengadakan mesyuarat tergempar dengan pihak berkuasa terbabit bagi mempercepat kerja runtuhan di kawasan itu agar dapat diselesaikan pada masa yang ditetapkan Raja Abdullah. Menurut laporan jawatankuasa khas itu, setakat ini hanya 20 peratus kerja berkenaan sudah siap.


Projek terbaru meluaskan Masjidil Haram membabitkan kawasan seluas 356,000 meter persegi, satu setengah kali lebih besar daripada yang dirancang sebelum ini, lapor akhbar al-Madinah, semalam.

Projek baru itu akan memudahkan pergerakan kenderaan dan orang ramai di dalam dan di sekitar bahagian tengah Makkah. Ia juga akan mengurangkan kesesakan di Masjidil Haram kerana kawasan halaman utara mampu memuatkan sejumlah besar jemaah. - AN
 
Back
Top
Log in Register