BTC USD 76,311.8 Gold USD 4,324.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Si Belang Di Atas Tikar Mengkuang (Hulu Tembeling, Pahang)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
Harimau Jadian (atau orang Sumatera panggil Cindaku) merupakan amalan salah orang dulu-dulu yang menuntut "Ilmu Harimau".

Tujuan dia selalunya untuk jadi kuat/kebal masa perang, atau untuk jaga kebun durian dari pencuri. Tapi tulah... price tag dia mahal. Bila dah tua, tak boleh mati selagi tak wariskan "benda" tu kat anak cucu.




Si Belang Di Atas Tikar Mengkuang (Hulu Tembeling, Pahang)



Di sebuah kampung terpencil di Hulu Tembeling, Pahang (Kawasan ni memang keras dan banyak orang asli/orang lama)…

Cikgu Rahim – seorang guru muda bujang trang tang tang baru je kena posting mengajar di kampung tersebut. Masa tu musim tengkujuh. Hujan lebat gila malam tu. Dia terkandas kat rumah Tok Aki lepas datang hantar barang dapur kat orang tua tu. Motor kapcai dia tak boleh jalan sebab jalan tanah merah dah jadi bubur selut lumpur.

Tok Aki ni ketua kampung kat situ yang cukup disegani tapi pendiam orangnya.

Tok Aki: "Tidur sini jelah Cikgu. Bahaya balik malam-malam waktu macam ni. Hutan ni 'bernyawa' sikit bila hujan."

Selain keadaan yang membahayakan kalau dia balik jugak, Cikgu Rahim pun tak sampai hati nak menolak. Lepas makan malam ringkas, Tok Aki bentangkan tikar mengkuang lama kat ruang tamu untuk Cikgu Rahim jadikan tempat tidur, beserta kain pelekat buat selimut. Lampu pelita ayam je yang menerangi rumah papan tu. Suasana suram.



Tengah malam, Cikgu Rahim terjaga kerana terdengar bunyi dengusan yang agak kuat…

‘Grrr... hrrrmmm...’

Bunyi tu datang dari sudut ruang tamu yang gelap. Cikgu Rahim pun cuba mengintai di sebalik selimut kain pelikatnya. Dia nampak Tok Aki tengah duduk bersila menghadap dinding. Tapi cara dia duduk tu pelik. Badan dia bongkok semacam, tulang belakang dia nampak menonjol tajam.

Tok Aki tengah... menjilat-jilat tapak tangannya sendiri…

Cara dia jilat tapak tangannya tu sebijik macam kucing jilat kaki - ‘Slurp... slurp...’ Lidah dia pulak nampak panjang luar biasa.

Dan yang paling menyeramkan, Cikgu Rahim perasan yang kulit belakang badan Tok Aki yang terdedah tu perlahan-lahan timbul corak belang. Mula-mula samar, lepas tu makin jelas. Hitam dan oren. Otot-otot badan orang tua tu yang tadi nampak lembik, tiba-tiba nampak sasa dan berurat.

1766289353653.png



Tiba-tiba Tok Aki berhenti menjilat. Kepala dia berpusing perlahan-lahan ke arah Cikgu Rahim.

Mata Tok Aki bersinar warna hijau dalam gelap.

Cikgu Rahim cepat-cepat pejamkan mata dia rapat-rapat… Jantung dia macam nak pecah. Dia baca segala surah yang dia ingat dalam hati. Lepas tu terdengar bunyi tapak kaki berat berjalan mengelilingi tempat tidur dia.

‘Tap... tap..’. Bunyi kuku mencakar, menguis tikar mengkuang.

Tiba-tiba terasa macam ada hembusan nafas panas berbau hanyir betul-betul kat muka dia. Benda alah tu hidu-hidu dia - ‘Sniff... sniff...’

Lepas beberapa minit yang cukup menyeksakan, barulah benda tu berhenti. Kemudian, dia dengar pulak bunyi tingkap rumah dibuka, diikuti dengan bunyi benda berat melompat keluar ke tanah. ‘DUM!’

Serentak dengan itu, kedengaran bunyi ngauman harimau yang amat lantang membelah hujan lebat di luar.

‘AUUUMMMMM!!!...’



Bila Cikgtu Rahim terjaga pada keesokan paginya, Tok Aki dah ada kat dapur tengah jerang air nak buat kopi. Muka dia nampak letih sangat, macam orang baru lepas kerja berat.

Tok Aki: "Nyenyak tidur, Cikgu? Maaflah kalau bising semalam. 'Kucing' atuk lapar, keluar cari makan."

Cikgu Rahim hanya mampu tersenyum kelat. Dia nampak kat hujung kuku jari Tok Aki... masih ada sisa darah segar dan tanah merah. Dia terus mintak diri balik pagi tu jugak, redah lumpur pun redahlah!




Asal-usul Harimau Jadian

  1. Cindaku (Manusia Harimau):
Di kawasan Kerinci (Sumatera) dan sebahagian Tanah Melayu, Cindaku dipercayai penjaga batas antara manusia dan harimau. Mereka boleh bertukar bentuk bila 'tanah nenek moyang' diganggu.

  1. Pantang Larang:
Kalau jumpa orang tua di kampung yang tapak tangan dia tak ada alur (licin), atau dia takde philtrum (lekuk bawah hidung), orang tua-tua kata tu tanda dia ada "isi". Jangan cari pasal.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register