BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Si batik belit tedung selar dalam longkang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,258
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,258
Reaction score
1,663
Points
201
844545.jpg


KUALA SELANGOR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor berjaya menangkap seekor ular sawa dan ular tedung selar yang dipercayai berlawan antara satu sama lain dalam longkang berhampiran asrama penuntut wanita di Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya di sini, pagi tadi.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Suzaini Sulaiman berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada jam 8.15 pagi dan seramai tiga pegawai serta anggota ke lokasi kejadian.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian menemui ular sawa sepanjang dua meter dengan berat empat kilogram (kg) sedang membelit kepala tedung selar sepanjang tiga meter dengan berat lima kilogram. Pihak kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk memisahkan dan menangkap kedua-dua reptilia tersebut dengan menggunakan penjerut khas.

"Kedua-dua haiwan berkenaan kemudian diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan lanjut," katanya.

844544.jpg



== sinar harian
 
Lain kali buat video dulu leh jual content tu..kalut la org malaysia ni :p
 
yang 4 kilo nk telan 5 kilo. besar dia punya selera.
 
yang 4 kilo nk telan 5 kilo. besar dia punya selera.

xde hal punya..
berat 50kg pon dia bole telan janji x lebar sgt sampai xleh masuk mulut..
 
Berebut kawasan hak penjagaan hostel pompuan ni...


:D
 
Tu kira ular sawa xdk bisa, ular sawa tetap king ular walaupun tidak berbisa sekali dia belit ngn telan hbs.....klau pandangan geng2 main batu geliga...fhm sebab apa gaduh nie....lwn nak simpan geliga ular
 
kebiasaaan lau sawa vs selar , sama lebih kurang, menang ke selar..sbb diet selar ni adalah ular juga..
 
Back
Top
Log in Register