jemoreng
Super Active Member
- Messages
- 7,973
- Joined
- Sep 21, 2009
- Messages
- 7,973
- Reaction score
- 16
- Points
- 65

Hartalega Holdings sedia majukan 40 hektar tanah, wujud 4,600 peluang pekerjaan
BERIKUTAN peningkatan besar-besaran permintaan penggunaan sarung tangan getah di peringkat global, Hartalega Holdings Bhd, antara pengeluar utama produk berkenaan semalam mengumumkan pembinaan sebuah kompleks pengeluaran sarung tangan bersepadu bernilai RM1.5 bilion. Pengeluar sarung tangan sintetik terbesar dunia itu berkata, projek itu akan dibina oleh anak syarikat milik penuhnya, Hartalega NGC Sdn Bhd (Hartalega NGC) yang baru ditubuhkan pada 29 Mac lalu dengan modal saham dibenarkan sebanyak RM500 juta.