BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SHAMX777 from ForexFactory

Status
Not open for further replies.
buka tread analis dalam BM macam ni laa bagus...hehehe aku ni hanya setakat kenal jer mat saleh tapi nak cakap tak reti.. sebab tu tak ikut apa2 kat FF tu :D

p/s: sini sham gak tapi bukan 777... tapi 666 heheheh:))

Bagus kalau ada versi dalam BM....
 
Kelas Forex

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, :)

Kepada kawan2 yang PM atau Email atau SMS saya berkenaan Kelas Forex... saya minta maaf sebab tak terlayan lagi.

Bukan apa... tengah sibuk dengan anak murid di FF dan Forum lagi satu. Tak cukup tangan nak handle... Nanti ramai2 sangat... quality takder... kalau ikut quantity memang best... tapi hati tak senang kalau anak murid tak faham sangat. Lebih suka buat kelas kecil2 jer supaya saya boleh focus. Bukannya saya nak jadi Full Time Forex Teacher pun.... saya nie Full Time Trader...

Saja suka2 nak mengajar kepada sesiapa yang nak belajar.

InsyaAllah... dah habis semua anak murid daripada FF dan forum lagi satu tu khatam... baru saya tubuhkan komuniti saya di CG pulak. Ajar apa yang saya tahu dan berkongsikan pengalaman dan ilmu yang saya kumpulkan dalam bertahun2 trading Forex nie.

I am not aiming for quantity... I am concern about quality. Takut nanti anak murid tak puas hati... tuduh laaa saya ni SCAM laaa pulak. Macam2. :eek:

Harap bersabar.



 
Apa nak jadi tahun depan???

Kita sebenarnya dah cecah 10tahun economi cycle... selalunya mesti terdapat RECESSION / ECONOMIC BUBBLE / DEPRESSION di setiap kitaran tu.

Sekarang UK dah umumkan RECESSION... USA still indenial.

Kalau 5 nam bulan lepas... USA dengan bongkaknya sound kat CHINA supaya FREEkan marketnya. No government intervention... practice FREE MARKET is the best... TAPI... sekarang apa jadi... USA malu giler!!! Tiba2 USA government kena campur tangan dalam private sectornya.

Government USA terpaksa inject liquidity 900billion dollars... UK pun dah inject liquidity berbilion ponds... CHINA injected trillions on Yuan. Malaysia pun dah injected berbillion ringgit. Semata2 nak selamatkan ekonomi daripada mencecah DEPRESSION. Bank2 semua nya tengah tight seakarang ni... tak cukup liquidity.

Tak cukup liquidity maknanya... banyak project2 dan business tak dapat loan. So .... takder economy growth... enter recession... pas tu teruk lagi... depression.

Apa yang government2 seluruh dunia buat sekarang (termasuk rendahkan Interest Rate) adalah untuk "Jump start" kan economy growth semula... so recession terkawal dan growth boleh dicapai semula.

Yang jadi masaalahnya... This is the first time ever... all this governments correlations and interventions sebegini besar untuk selamatkan economy dunia. Boleh katakan... Ini adalah "EXPERIMENT" semata2. Keputusanya tak tahu lagi sebab belum pernah buat begini. So... kita end up 50-50. Tunggu dan lihat jer lah.

Kalau banjir besar nak berlaku... "kun fayakun" jer lah. Sediakanlah payung sebelum hujan... kalau tahu nak banjir besar nie... sediakan Bot atau sampan sekali. Economy macam alam semulajadi gak psychologynya. Ada UP and DOWN. Sometimes VIOLENT is needed... macam kebakaran hutan/tsunami/gempa bumi.

Cuba fikir... hutan yang besar2 tu tiba2 terbakar dipanah petir. Malapetaka. Apa hikmahnya... pokok2 yang tinggi2 tu habis terbakar... so... sinaran cahaya matahari sampai ke tanah semula.... then... species2 baru dan pelbagai boleh EVOLVE. Semua benda ada hikmahnya.

Mungkin nanti.... kalau betul2 DEPRESSION berlaku... memang semua orang akan susah. Terutamanya orang2 bandar. Tapi siapa yang senang... petani2 and nelayan2 dikampung. Adil kan.

Mungkin nanti USA kena teruk punya DEPRESSION sampai alami zaman kejatuhan. Kalau kaji sejarah... semua empayar ada naiknya dan kejatuhannya... selepas itu... ditukarganti dengan empayar lain pula.

USA dah menerajui economy dunia sudah sekian lama... mungkin nanti CHINA atau INDIA pula yang ambil alih. Kemungkinan dan kebarangkalian memang dah ada. Cuma bila?
 
semalam klau xsalah jepun dh buat free interst kat loan2 yg dia bg....adakah ini berkaitan gak sham.......
 
Interest Rate

semalam klau xsalah jepun dh buat free interst kat loan2 yg dia bg....adakah ini berkaitan gak sham.......

Wed
Dec 17

3:21am USD High Impact Expected
Federal Funds Rate 0.25% 0.50% 1.00%

Fri
Dec 19
1:05pm JPY High Impact Expected
Overnight Call Rate 0.10% 0.20% 0.30%


Interest Rate Cut kerana Inflation tak ada... Deflation berlaku. Untuk jump-start dan galakkan perkembangan ekonomi semula... kena cut IR.
 
Thank You Back

Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2008
Posts: 53
Poster Rank: #4450
Thanked 42 Times
Groaned at 0 Times
Active Level


Terima kasih kembali :)cgrock Saya akan cuba sedaya upaya mengePOSTkan maklumat2 yang berguna dan bernilai.

Mana yang baik jadikan TAULADAN... mana yang buruk Jadikan SEMPADAN. Sekiranya saya tersilap... tegurlah saya supaya saya boleh memperbetulkan diri sendiri. TOGETHER WE GROW AND EVOLVE.

p/s: Trader Rating tu apa? Macam mana nak UP kan?
 
Last edited:
Trader Rating: (0)
Join Date: Dec 2008
Posts: 53
Poster Rank: #4450
Thanked 42 Times
Groaned at 0 Times
Active Level


Terima kasih kembali :)cgrock

Sham, asben saya salah sorang yang active di FF juga. Selalu juga baca thread Malaysia yang dibawa oleh awak. Tapi dia tak active kt sana.. dia active kt thread Auslanco. :)

Selamat datang ke CG. Dulu saya rasa asben saya ada ajak awak masuk Carigold ni... tapi awak kata awak tak suka forum2 camni yang banyak gosip dan borak2 kosong.. Tapi tu dulu.. Zaman dah berubah :p



.
 
Sham, asben saya salah sorang yang active di FF juga. Selalu juga baca thread Malaysia yang dibawa oleh awak. Tapi dia tak active kt sana.. dia active kt thread Auslanco. :)

Selamat datang ke CG. Dulu saya rasa asben saya ada ajak awak masuk Carigold ni... tapi awak kata awak tak suka forum2 camni yang banyak gosip dan borak2 kosong.. Tapi tu dulu.. Zaman dah berubah :p



.

Yep... dulu saya jengok2 gak CG... banyak bergaduh tanpa usul periksa dan tanpa bukti... banyak khianat dan dengki. Lagi pun ramai jugak yang email saya daripada FF suruh saya buat analisis dalam Bahasa Melayu... kesian kat kawan2 yang tak beberapa faham ENGLISH. Tu laaa pasal...

Alhamdulillah... sekarang dah berubah :)cgrock Together we grow and evolve :)paid

Hubby awak mesti trade GJ... saya tak trade GJ... tak berani sebab saya pakai SL kecik2 jer... kena tunggu SET UP bagus baru masuk Trade dengan SL kecik.

Saya concentrate kat CABLE jer... kadang2 FIBRE dan AUSSIE.

p/s: Kirin salam kat Hubby awak yer :D
 
Last edited:
Yep... dulu saya jengok2 gak CG... banyak bergaduh tanpa usul periksa dan tanpa bukti... banyak khianat dan dengki. Lagi pun ramai jugak yang email saya daripada FF suruh saya buat analisis dalam Bahasa Melayu... kesian kat kawan2 yang tak beberapa faham ENGLISH. Tu laaa pasal...

Alhamdulillah... sekarang dah berubah :)cgrock Together we grow and evolve :)paid

Hubby awak mesti trade GJ... saya tak trade GJ... tak berani sebab saya pakai SL kecik2 jer... kena tunggu SET UP bagus baru masuk Trade dengan SL kecik.

Saya concentrate kat CABLE jer... kadang2 FIBRE dan AUSSIE.

p/s: Kirin salam kat Hubby awak yer :D

Sham....Ko kenal tak....Karimaero tak...budak Melaka:-?
 
Status
Not open for further replies.
Back
Top
Log in Register