BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setujukah anda dengan dasar gaji minimum?

Gaji minima dilaksanakan?


  • Total voters
    0

pegulza85

Banned
Messages
6,816
Joined
Mar 27, 2008
Messages
6,816
Reaction score
41
Points
75
DS Najib akan umumkan malam ini.

So, apa pandangan warga carigold??

Saya sendiri secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan ini.

Ayuh kita berdiskusi secara ilmiah :D

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan gaji minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih setahun lalu, malam ini dengan kadarnya dianggarkan antara RM800 hingga RM1,000.

Pengumuman itu, yang difahamkan lebih tinggi berbanding syor Majlis Perundingan Gaji Negara, akan dibuat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya sempena sambutan Hari Pekerja yang jatuh esok.

Kedua-dua Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meletakkan harapan masing-masing dengan kadar "bersejarah" itu, yang dijangka akan memberi kesan besar ke kadar upah tenaga kerja di negara ini dalam jangka panjang.

MTUC berharap kadar yang akan diumumkan malam ini akan mendatangkan manfaat menyeluruh dengan dikuatkuasakan di seluruh negara serentak dalam waktu yang singkat manakala MEF pula berharap pengumuman gaji mininum tidak mencetuskan tekanan ke atas harga barang.

Awal bulan ini, Najib berkata, beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir April.

Pengumuman mengenai kadar gaji minimum telah dinanti lebih setahun. Tahun lalu kerajaan membentuk Majlis Perundingan Gaji Negara, yang diberi tanggungjawab untuk tampil dengan syor berkenaan satu kadar yang sesuai.

Berdasarkan syor itu, Kabinet meluluskan satu kadar yang munasabah bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Kami berharap gaji minimum ini akan dikuatkuasakan di seluruh negara dalam tempoh enam bulan. Kalau ada majikan yang hendak melaksanakan pada bulan depan, OK. Tetapi kami mahu kerajaan memastikan ia dilaksanakan di seluruh negara dalam satu tempoh, katakan enam bulan, tidak mahu lebih lama daripada tempoh enam bulan," kata Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor kepada Sinar Harian Online.
 
Kalo setuju barang naik, kalo x setuju pun barang naik. Sama je Barang Naik
 
setuju tapi kena menyeluruh, kena buat untuk pekerja kerajaan juga
kalau tak nanti , memang tonggang-langgang sistem gaji rakyat malaysia nanti
 
x setuju...cian kat org kmpung yg kje sndri...xde gaji minimum...kalo barang naik...x ke naye dowang....
 
Aqu setuju jika menteri makan duit sndiri jer,
beli kereta duit sndiri bayar bulanan,
isi minyak duit sndiri,
makan duit sndiri pagi petang siang malam,
bayar cukai pintu duit sndiri,
dan ape2 lagi la baru tahu rakyat ni ssh macam mane.
kate negara islam, tang mana islamnyepun x tau la.
 
Gaji naik, majikan akan offset kat cost product... so harga barang mesti akan naik.

Yg terhimpit nye nanti, org kat kelas pertengahan nanti.

Tapi kalu gaji minimum takde, org kelas bawahan pulak terhimpit ngan kos sara hidup yg memang dah tinggi kat lembah klang ni.

So rasa mcm sama jugak la ada minimum gaji ke tak...harga barang tetap naik...so semua org kat kelas pertengahan dan bawahan akan terhimpit.

Yg untungnya perniaga yg akan sesuka hati naikkan harga barang...

Apa aku merepek ni...hehehehehe
 
perlaksanaan gaji mininum perlu dpt kerjasama dgn majikan jugak. supaya perlaksanaan ini akan berjalan dgn teratur tidak sperti yg berlaku semasa gajj pengawal keselamatan dulu. kalau boleh kos yg akan meningkat tidak hanya dibebankan kepada pengguna maksudnya semua pihak ada bahagian masing2.
 
satu lagi persoalan, adakah perlaksanaan ini nanti juga akan melibatkan pekerja asing??
 
Back
Top
Log in Register