BTC USD 63,592.8 Gold USD 4,461.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setting trade "GBPUSD" with 4 indicator

NahnuFrX

Active Member
Messages
2,050
Joined
Jan 17, 2009
Messages
2,050
Reaction score
99
Points
35
Saya ada menyediakan satu template khas siap utk anda. Jika ada sesiapa ingin belajar teknik ni, silalah download dari laman blog saya spt yang tertera. Gabungan indicator ini juga bukan lah ciptaan saya sendiri. Cuma, saya lengkapkan dan permudahkannya sahaja melalui cara yang mudah difahami. Insya allah sistem trade ini akan membantu anda mengambil short term trade. seandainya anda berjaya. terima kasih lah kepadanya. sekiranya gagal, jangan salahkan saya. Niat saya hanya ingin berkongsi ilmu dan strategi dengan anda semua.

utk makluman, saya juga menggunkan sistem ini utk trade saya..dengan sistem gabungan 4 indicator. Selain itu saya juga menyediakan beberapa script utk oendng trade semasa news NON Farm Payroll. spt sedia maklum, script akan membantu anda mempercepatkan urusan pengambilan atau booking trade. Selain itu byk lagi script2 lain dan.....tgk sendiri la...nak ambil, guna atau pass kat kawan2 silakan, saya halalkan

jumpa dimercu kejayaan
 
Thank you. Kat chart tu kat hujung sebelah kanan bawah ada simbol warna kuning <-- 2/24 (dan nombor tu berubah2) Tu indicator tuk ape?
 
Teknik Trading with 4 Indicator (ADVANCE LEARNING)


SETTING PROFILE UTK “GBPUSD”
Peringatan: Setiap trading anda perlukan FOCUS. Tidak perlu untuk lakukan trade sehingga 10-20 pair pada satu masa jika anda tidak dapat nak focus. Jika anda focus, anda hanya perlukan masa 5-10 minit sahaja per entrance. Tidak perlu seharian menunggu graph menaik atau menurun. Ambil short term trade. Kumpul pip banyak2.
Belajar memahami trend , bila masa perlu masuk trade dan bila masa harus anda keluar (Closed trade). Bukan setiap masa anda boleh masuk…..ada diantara masa anda tidak yakin kemana arahnya ingin tuju. So pada masa ini jangan anda masuk. Bila yakin terus masuk dan bantai Volume yang besar (jangan terlalu besar, biar berpadanan dengan modal anda). Adalah membuang masa main bantai2 ikut dan. Ditambah plak main ikut nasib dan menggunakan volume yang terlalu kecil. Seelok eloknya biarlah anda mengutip pip yang kecil, tetapi dengan menggunakan volume yang besar. Tentunya anda berpuas hati dengan untungnya. Sebab itu saya tekan kan, masuk bila anda yakin.
Nasihat saya, main jangka masa panjang adalah risiko. Risiko untuk rugi yang lebih besar jika tersilap arah. Kadang2 jika anda tersalah trade, anda terus menanti dan menanti untuk graph kembali kepada point asal dan seterusnya untung. Walhal, anda terus rugi dgn lebih besar. Seharusnya small trader hanya boleh main short term sahaja. Kutip pip harian dan target berapa keuntungan yang anda ingin capai dalam sehari. Anda harus berani untuk tutp trade yang tersalah arah. Jangan saying trade yang rugi iut….penantian dan penantian…memungkinkan anda untuk terus rugi
Yang penting anda seharusnya mengikut trend semasa. Bukannya melawan arah trend. Setiap trade yang dilakukan sebaik baiknya harus mempunyai TP dan SL. Tapi saya sendiri, kadang2 tak bubuh pon SL dan TP


So, teknik ini baru saya usahakan special untuk GBPUSD sahaja. Anda perlu memahami apakah gunanya setting ini.
Sekiranya anda tidak ingin setting asal anda bertukar, anda harus bermula dengan langkah
a. Copy kesemua/ seketul/sebijik file forex yang anda install. Contohnya file anda bernama “InstaTrader”. So copy kan lagi satu menjadi “InstaTrader Copy”. So segala perubahan yang akan kita lakukan adalah didalam file “instaTrader Copy”

Note penting: Jika peringkat awal, anda telah copy file forex asal anda kepada “InstaTrader Copy”, So selepas ini anda tidak boleh lg menggunakan short cut yang sama untuk buka terminal. Anda perlu buka File InstaTrader Copy dan kemudian menekan label/logo spt dibawah. Kemudian anda mesti login sekali lagi. Sebaliknya jika anda melakukan sebarang perubahan di file instatrader yang sama, anda boleh buka short cut terminal yang sama


Teknik ni saya sediakan dengan template yang lengkap. Jadi anda tidak perlu lagi memerlukan sebarang setting tambahan. Apa yang anda perlu lakukan adalah ikut step2 dibawah
1. Tutup terminal trading anda dan sila ke file
2. Kemudian Anda Unzip attachment yang saya berikan ini. Terdapat 3 file didalamnya iaitu “profile”, “Template” dan “expert”. Kemudian ketiga-tiga file ini perlu di replace kedalam file anda. Bermaksud kesemua file profile, template dan expert yang asal perlu di delete
Note: pastikan anda delete dahulu file profile, template dan expert yang asal. Replcae file tanpa delete fila asal akan membuatkan item didalam file lama akan bercampur dengan yang baru sekiranya terdapat item bernama sama.
3. Kerja anda selesai
4. Buka short cut terminal anda (jika perubahan dilakukan pada file yang sama) atau buka terminal di file instatrader copy (sekiranya anda lakukan pada file insta yang berlainan) dan anda akan dapati satu platform dimana setting profile nya terbahagi kepada 8 graph GbpUsd yang berlainan time frame M15, M30, H1 dan H4. Anda akan dapati dibahagian atas adalah berbentuk line chart dan dibawah berbentuk candlestick
5. Tile kan keadaan graph anda (Terminal anda: Window > Tile Vertically)

1. Platform anda akan kelihatan sebegini.

Mengapa saya membentuk 4 time frame yang berbeza dan 2 bentuk graph (Candlestick dan line chart)?

Ini adalah kerana timeframe yang rendah (TF M15 dan M30) akan memberikan signal awal setiap perubahan yang berlaku. Tetapi mungkin hanya pada jarak pip yang dekat. So amat sesuai untuk diikut jika anda memang terus menerus berada depan PC anda…mcm scalping la. Untuk time frame H1 dan H4, bagi yang suka masuk post lama2 skit. Adalah yang paling terbaik diikuti adalah apabila terjadinya keempat empat time frame tersebut menunjukkan signal yang sama (fantastic…tp mungkin jarang berlaku). Saya tidak suka refer M1 atau M5, kerana perubahannya terlalu cepat dan signalnya lemah. Amat kurang meyakinkan dan buat confius

Saya menggunakan line chart untuk memperhatikan bentuk “M” dan “W”. Manakala Candlestick digunakan untuk perhatikan pattern kaki candlestick menolak keatas atau kebawah…..akan dijelaskan lebih detail dibawah

Platform anda akan kelihatan sebegini.








Mengapa saya membentuk 4 time frame yang berbeza dan 2 bentuk graph (Candlestick dan line chart)?

Ini adalah kerana timeframe yang rendah (TF M15 dan M30) akan memberikan signal awal setiap perubahan yang berlaku. Tetapi mungkin hanya pada jarak pip yang dekat. So amat sesuai untuk diikut jika anda memang terus menerus berada depan PC anda…mcm scalping la. Untuk time frame H1 dan H4, bagi yang suka masuk post lama2 skit. Adalah yang paling terbaik diikuti adalah apabila terjadinya keempat empat time frame tersebut menunjukkan signal yang sama (fantastic…tp mungkin jarang berlaku). Saya tidak suka refer M1 atau M5, kerana perubahannya terlalu cepat dan signalnya lemah. Amat kurang meyakinkan dan buat confius

Saya menggunakan line chart untuk memperhatikan bentuk “M” dan “W”. Manakala Candlestick digunakan untuk perhatikan pattern kaki candlestick menolak keatas atau kebawah…..akan dijelaskan lebih detail dibawah
Untuk setting ini ada beberapa jenis indicator yang boleh membantu anda trade
1. Alert- ianya akan muncul diskrin anda sekiranya ada perubahan arah. Ia akan muncul bergantung kepada setting time frame anda. Saya telah setkan setiap time frame tersebut dengan indicator alert ini. Bermakna setiap 15 minit, 30 minit, 1 jam dan 4 jam alert akan keluar di skrin sekiranya terdapat perubahan arah dr alert yang sebelumnya. Tetapi awas…jangan terlalu percaya pada alert dan arrow arah yang diberikan. Anda mesti menggabungkan dengan keyakinan indicator2 yang lain. Anggap alert ini jadikan untuk menguatkan keyakinan anda apabila nak ambil trade sahaja.


2. Indicator ke-2 adalah line kuning, merah dan biru yang putus-putus. Ketiga tiga line ini penting untuk mengetahui kedudukan pattern arah graph semasa. Sekiranya ketiga tiga line menunjukkan 3 arah yang sama adalah sangat bagus untuk diikuti. Dan awas bila salah satu atau dua dari line tersebut berubah arah.

3. Indicator ke-3, adalah indicator X meter currency, dimana ianya akan menunjukkan kekuatan semasa bagi setiap currency tersebut. Anda akan dapat menilai samada Gbp Strong atau USD strong. Atau sebaliknya atau sama kuat atau sama lemah. Kalau anda lihat pada time frame M15 candlestick, terdapat X meter currency disitu. Meter bergerak dari range 0-9. Dimana “0” adalah paling lemah dan “9” adalah paling kuat

4. Indicator terakhir adalah paling penting, penilaian anda sendiri dengan melihat dan membaca pattern graph “line chart”. Anda perlu mencari dan menunggu pattern berbentuk “M” atau “W”. kedua dua pattern ini adalah pattern dimana kerap kalinya berlaku penurunan dan kenaikan. Lihat contoh.



Bagaimana saya melakukan checking saya untuk setting 4 indicator ini?
Ø Saya melihatnya setiap 15 minit…mengikut time frame yang paling rendah, kalau nak tgk setiap minit…penatlah bro.
Ø Saya tunggu masuk apabila saya yakin sahaja
Ø Indicator yang paling saya suka adalah indicator 2 dan 4

Skang anda perlu download setting yang telah saya sediakan untuk anda di link ( (http://www.4shared.com/file/251368224/ee3b5052/4_indicator_Setting.html)

Sebagai bonus kepada kawan2 semua, didalam file expert tersebut, saya mempunyai pelbagai jenis indicator, script dan juga EA yang boleh anda guna. Tetapi saya tidak akan ajar disini kerana ianya adalah tidak diperlukan untuk setting ini. Semuanya telah tersedia

Bagi sesiapa yang ingin belajar teknik tangkap PIPS masa news NON FARM payroll yang menggunakan script kek lapis, EA dan juga cara penggunaan, dialu-alukan mengajukan pertanyaan kpd saya sendiri

Sekian terima kasih. Selamat maju jaya kepada semua yang terlibat. Semoga ilmu yang lemah ini akan membantu trading anda. Please be ensure, FOCUS and consistent mind dalam keadaan stabil sentiasa semasa anda melakukan trading. Jangan gabra, takut atau sebagainya kerana ianya boleh buat penilaian anda menjadi kucar kacir
By: NahnuFRX
YM/ MSN/Skype/ Email : NahnuFRX
 
dah letak sume template...tgh mencuba.tq TT
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.16107
USD / JPY
159.903
GBP / USD
1.34280
USD / CHF
0.79184
USD / CAD
1.39225
EUR / JPY
185.658
AUD / USD
0.71354
Back
Top
Log in Register