BTC USD 63,928.5 Gold USD 4,469.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Setiausaha Jingga 13

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Kuala Lumpur 11 Februari 2015 -Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur , DCP Datuk Law Hong Soon ketika hadir di majls Pelancaran OP Selamat 6/2015 Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Jalan Petaling ( China Town) di sini hari ini.Gambar: Kamal Basir Wahab / Wartawan Ilah ( Jenayah)​

KUALA LUMPUR 1 April – Seorang aktivis propembangkang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kenyataan berbaur ugutan terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi laman sosial Twitter minggu lalu.

Setiausaha Jingga 13, Irwan Yahya ditahan semasa serbuan di kediamannya di Banting, Selangor kira-kira pukul 11.40 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Law Hong Soon (gambar) yang mengesahkan penahanan tersebut berkata, suspek seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 1.30 pagi untuk siasatan lanjut.

Menurut beliau, suspek ditahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Permohonan reman ke atas Irwan dibenarkan selama dua hari bermula hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju yang baharu iaitu Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Shariff di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju di sini hari ini.

Sabtu lalu, suspek menerusi Twitternya menulis “Biarkan Khalid Abu Bakar menahan kalau boleh semua pemimpin senior Pakatan Rakyat (PR) agar mudah bagi kami mengajar KPN mengikut cara orang muda tanpa sekatan senior-senior PR.. KPN bersedialah.”
 
Back
Top
Log in Register