combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,142
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,142
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Kredit: FB Ramanan Ramakrishnan Official Media
Setiap dasar untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara yang diperkenal oleh Kerajaan MADANI akan menitikberatkan keadilan sosial serta kebajikan pekerja, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
Beliau berkata setiap pekerja di Malaysia berdiri sebagai tunjang utama pembangunan negara, membawa nilai, maruah dan peranan yang tidak wajar dipinggirkan.
Justeru, Ramanan berkata kerajaan sentiasa memberi penekanan kepada kesiapsiagaan pasaran buruh dan perlindungan pekerja agar setiap perubahan landskap ekonomi tidak menjejaskan kebajikan rakyat.
“Setiap dasar yang dirangka bukan hanya tertumpu kepada menjana pertumbuhan tetapi juga memastikan manfaatnya dapat dirasai secara saksama oleh rakyat, khususnya golongan pekerja.
“Pendekatan kita adalah jelas iaitu memastikan ekonomi terus berkembang dan pada masa yang sama memelihara keselamatan, kebajikan serta maruah pekerja di setiap peringkat,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini bersempena dengan sambutan Hari Pekerja 2026 esok.
Beliau juga berkata Malaysia terus membuktikan ketahanan dalam mendepani cabaran global apabila berupaya menyesuaikan diri, bertindak pantas dan melaksanakan dasar yang responsif.
Ramanan berkata usaha itu termasuk memperkukuh sistem perlindungan sosial, memperluas akses kepada latihan semula dan peningkatan kemahiran selain mempercepat adaptasi tenaga kerja terhadap perubahan teknologi serta automasi.
Dalam suasana ketidaktentuan global, katanya, kekuatan sebenar negara terletak pada keupayaan rakyat untuk kekal relevan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi perubahan.
Ramanan turut memaklumkan kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah termasuk gaji minimum dan penggubalan Akta Pekerja Gig yang buat pertama kalinya memberikan perlindungan undang-undang kepada golongan berkenaan serta peluasan jaringan keselamatan sosial.
Setiap Dasar Kerajaan MADANI Utamakan Keadilan Sosial, Kebajikan Pekerja - Ramanan
Ramanan, KESUMA, hari pekerja, dasar, Kerajaan M