BTC USD 84,783.3 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seruan perangi riba

brader,

negara islam tu bukan matlamat. negara islam tu adolah manifestasi kpd kesempurnaan akhlak umat islam.

lu rasa dgn tertegak negara islam boleh selesai semua masalah? lu rasa kalau parti yg so call 'islam' memerintah boleh selesai masalah?

kito fikir jauh sangat sampai nak kono ado negara islam baru akhlak/akidah umat islam boleh diselamatkan. kito salahkan kerajaan bilo kito tgk org islam ramai2 murtad. kito perasan bagus bilo kito doakan kehancuran org2 kafir yg memusuhi islam.. biar diorang dibinasokan mcm tentera abrahah la.. biar perut diorang busung la .. macam2 lagi la..

tapi kito lupo sebenarnya yg sedaro seislam kito tu murtad sebab kito sendiri xsamo2 ajak dio melihat kebesaran allah.. bercakap pasal kekuasaan allah..

kito lupo sebab apo org2 kafir memusuhi islam sebab benci tengok org islam yg perasan bagus. berapa kerat yo yg nak ajak diorang ni samo2 cubo kenal keindahan islam? yg selebihnya sibuk nak berperang berjihad kononya..

kito umat akhir zaman ni untung sebab dapat buek bondo yg mano2 umat sebelum ni tak dapek buek.. iaitu, berdakwah di jalan allah.

tak payah cerita jauh pasal negara islam nak ajak jiran sebelah solat jemaah sama2 kat surau/masjid pun kito sogan yo tak?
 
Sy setuju pendapat u,tp apa kene mnegena dgn riba?
 
brader,

negara islam tu bukan matlamat. negara islam tu adolah manifestasi kpd kesempurnaan akhlak umat islam.

lu rasa dgn tertegak negara islam boleh selesai semua masalah? lu rasa kalau parti yg so call 'islam' memerintah boleh selesai masalah?

Tuan, menubuhkan sebuah Daulah Khilafah Islamiyyah (bukan demokrasi Islam) bukanlah semata-mata satu manifestasi, sebaliknya ia adalah satu perintah. Sungguh malang sekali umat Islam pada hari ini menganggap penubuhan negara Islam itu hanya satu manifestasi yang akan tercapai tanpa perlu berusaha. Allah dan Rasulullah SAW telah memerintahkan umat Islam untuk mendirikan negara Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang mati sedangkan pada lehernya tiada tanggungan baiat (kepada khalifah), maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliyyah." (HR Muslim)

"Barangsiapa yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’at (kepada Khalifah) maka ia mati seperti kematian Jahiliyyah" [HR Muslim]

Ini adalah satu perintah dari Allah dan Rasul-Nya bagi penubuhan negara Islam yang diketuai oleh khalifah. Dan kewajipan melaksanakan perintah ini dikuatkan dengan dalil dari ijma' para sahabat radhiallahu 'anhum.

Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah al-Baqarah ayat 30, menyatakan, "Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham."

Al-’Allamah Abu Zakaria an-Nawawi, dari kalangan ulama mazhab Syafii, mengatakan, "Para imam mazhab telah bersepakat, bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang khalifah."

Imam ‘Alauddin al-Kasani, ulama besar dari mazhab Hanafi pun menyatakan, "Sesungguhnya mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam."

Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hanbali, ulama mazhab Hanbali, juga menyatakan, "Ayat ini (QS al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil atas kewajiban mengangkat imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati untuk menyatukan pendapat serta untuk melaksanakan hukum-hukum tentang khalifah. Tidak ada perbezaan tentang kewajiban tersebut di kalangan para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham dan orang yang mengikutinya."

Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan, "Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang mengatur urusan manusia."

Negara Islam ini adalah satu negara untuk semua umat Islam di dunia ini bukannya hanya di Malaysia sahaja.

kito fikir jauh sangat sampai nak kono ado negara islam baru akhlak/akidah umat islam boleh diselamatkan. kito salahkan kerajaan bilo kito tgk org islam ramai2 murtad. kito perasan bagus bilo kito doakan kehancuran org2 kafir yg memusuhi islam.. biar diorang dibinasokan mcm tentera abrahah la.. biar perut diorang busung la .. macam2 lagi la..

tapi kito lupo sebenarnya yg sedaro seislam kito tu murtad sebab kito sendiri xsamo2 ajak dio melihat kebesaran allah.. bercakap pasal kekuasaan allah..

kito lupo sebab apo org2 kafir memusuhi islam sebab benci tengok org islam yg perasan bagus. berapa kerat yo yg nak ajak diorang ni samo2 cubo kenal keindahan islam? yg selebihnya sibuk nak berperang berjihad kononya..

kito umat akhir zaman ni untung sebab dapat buek bondo yg mano2 umat sebelum ni tak dapek buek.. iaitu, berdakwah di jalan allah.

tak payah cerita jauh pasal negara islam nak ajak jiran sebelah solat jemaah sama2 kat surau/masjid pun kito sogan yo tak?

Di dalam Islam, untuk menyelesaikan permasalahan umat 3 perkara adalah amat penting iaitu pemikiran, perasaan dan peraturan. Pemikiran dan perasaan umat Islam hendaklah diarahkan untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup atau ideologi kehidupan. Dan perlulah ada satu peraturan yang akan mengikat umat kepada Islam. Sebagai contoh, pemikiran dan perasaan umat mestilah diarahkan untuk memandang riba dan zina itu satu dosa besar yang wajib dijauhkan. Oleh itu mestilah ada undang-undang yang akan menjaga umat dari dosa ini iaitu undang-undang Islam. Hanya hukum Islam sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan akidah dan akhlak umat kerana ia datang dari Allah SWT melalui wahyu kepada Rasul-Nya.

Mengajak manusia mengagungkan kebesaran Allah SWT adalah kewajipan setiap muslim. Begitu juga mengajak manusia mengagungkan hukum Allah SWT itu juga satu kewajipan yang lebih utama dari kewajipan fardhu. Ini kerana sesiapa yang membuang hukum Allah SWT dan mengambil hukum lain sebagai ganti telah melakukan syirik kepada Allah SWT. Tak guna kamu solat 100 rakaat sehari tapi di luar solat kamu syirik kepada Allah SWT.

Segala masalah yang berlaku hari ini adalah disebabkan manusia membuang hukum Allah SWT dan mengambil hukum manusia sebagai ganti. Sedangkan manusia itu tidak sempurna jadi bagaimana mereka boleh mencipta hukum dan peraturan yang sempurna?

Hanya dengan penubuhan Daulah Islam yang menerapkan Islam secara kaffah akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang ada. Ini kerana hukum Islam itu datangnya dari Allah SWT melalui wahyu dan ia adalah hukum yang paling sempurna. Kalau kamu tidak yakin bahawa hukum Allah SWT mampu menyelesaikan segala permasalahan bererti kamu tidak meyakini Allah SWT sebagai Al-Hakam (pembuat undang-undang).

Kalau kamu nak berdakwah kamu sepatutnya mendakwahkan Islam sepenuhnya. Iaitu mendakwahkan Islam sebagai satu mabda' (ideologi) dalam kehidupan umat bukannya mendakwahkan Islam itu hanya tertumpu pada ibadat ruhiyyah sahaja. Ini kerana 90% daripada intipati Islam itu berkait rapat dengan urusan manusia sesama manusia.
 
Apa kate TT ttg bisnes gerenti untung a.k.a. bisnes monopoli yang dikendalikan oleh syarikat seperti PUSPAKOM,PLUS,PUAS,Pos Mesia,TNB,TM dan yg seangkatan dgnnya??? Harap perjelaskan.:D

Pertamanya, monopoli itu dilarang dalam Islam.

Keduanya, segala sumber alam seperti air, tenaga elektrik, petrolueum dan hasil galian lain adalah milik seluruh umat Islam. Oleh itu adalah haram untuk individu mengambil keuntungan darinya tanpa persetujuan seluruh umat Islam.

Ketiga, penyediaan perkhidmatan seperti sistem pos, pendidikan, jalan/lebuh raya dan sebagainya adalah tanggungjawab pemerintah oleh itu haram juga bagi pemerintah memberikan tanggungjawab tersebut kepada pihak lain untuk membuat untung.

Apa yang dibolehkan untuk kerajaan lakukan ialah mengupah syarikat-syarikat swasta menguruskannya. Dan syarikat-syarikat swasta ini dilarang mengambil untung dari sumber alam dan perkhidmatan tersebut sebaliknya mereka hanya dibayar upah sahaja. Berbeza keadaan sekarang di mana kerajaan menswastakan segala sumber alam dan perkhidmatan tersebut kepada pihak swasta untuk di ambil keuntungan darinya.
 
brader, dari sumber mano lu dapat monopoli dilarang dalam islam?

sumber alam milik umat islam dan haram ambil keuntungan tanpa persetujuan umat islam?

banyak sangat benda yg kabur dalam kenyataan lu ni. lu main sebat je bagi hukum ke.. lu ado rujuk ustaz mano2?

apa yang dinya takan oleh sahabat kita itu adalah benar wahai lovebattery.

hari ini kita ditadbir dengan sistem akal manusia yang diterapkan oleh barat.

rujuklah sejarah semasa khalifah memerintah dunia.:)
 
Di dalam Islam, aset (harta benda awam) ini dapat digolongkan kepada tiga kategori:-

(1) Keperluan awam (public utilities), yang mana masyarakat adalah bergantung kepadanya di dalam kehidupan;

(2) Aset atau sumber alam yang sifat (semula jadi) kejadiannya tidak membolehkan ia dimiliki oleh individu secara perseorangan (contohnya sungai, tasik, laut, terusan, jalan raya, tempat letak kereta awam, masjid, musolla, Mina, Arafah, Muzdalifah dan seumpamanya); dan

(3) Bahan galian atau mineral yang banyak atau berlebih-lebihan yang tidak putus (contohnya petroleum, gas, emas, bijih timah dan yang seumpamanya)

Semua aset di atas adalah hak milik awam (milkiyyah 'ammah) yang mesti dikongsi bersama oleh anggota masyarakat dan tidak boleh (haram) dimiliki oleh mana-mana individu, syarikat swasta mahupun negara, apatah lagi dimiliki untuk dikaut keuntungannya (sebagaimana berlaku sekarang). Oleh sebab keterbatasan ruang dan sebagai fokus perbincangan, kami hanya akan membincangkan aset kategori pertama sahaja. Kategori pertama adalah berupa suatu keperluan/kemudahan awam yang menjadi tempat bergantung masyarakat dan jika ia tidak ada, menyebabkan orang ramai bersengketa dalam usaha untuk mendapatkannya. Air adalah termasuk dalam kategori ini. Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa Sallam telah menjelaskan perkara ini dalam satu hadis berkenaan ‘sifat’ keperluan awam tersebut. Dari Ibnu Abbas r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Kaum Muslimin bersyarikat (berkongsi) dalam tiga perkara iaitu air, padang ragut dan api” [HR Abu Daud].

Anas r.a pula meriwayatkan hadis dari Ibnu Abbas r.a tersebut dengan tambahan,

“wa tsamanuhu haram” (“dan harganya adalah haram").

Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda,

“Tiga hal yang tidak akan pernah dilarang (dari manusia memanfaatkannya) adalah air, padang ragut dan api” [HR Ibnu Majah].

Air, padang ragut dan api (tenaga) adalah tiga perkara yang Rasulullah membenarkan semua orang berkongsi di dalamnya dan baginda melarang mana-mana orang menghalangi orang lain dari menggunakannya. Tidak ada seorang manusia pun boleh ‘mengindividukan’ atau menswastakan suatu aset yang mana Allah telah menyediakannya kepada awam.
 
tak payah masuk pilihanraya.

jangan jadi pengganas.

nak tegakkan islam? muhasabah diri dan banyakkan bercerita ttg kebesaran allah. solat jemaah jangan tinggal. ajak orang buat benda baik. tegur orang buat benda tak baik. amalkan sunnah.
insya allah islam akan tertegak.

kita tak perlu negara islam, bendera islam, lambang bulan islam, cop islam kat i/c kita utk tegakkan islam.

tak payah masuk pilihanraya.---> mungkin akhirnya kita tak punya (negara) / apa-2 coz melayu muslim xnak mengundi

jangan jadi pengganas...----> seperti mat kilau, Dato Bahaman dll .... kerana nak pertahankan tanahair dari dijajah, sejarah melabelkan mereka sebagai pengganas ....
jadi x'kan kita nak birkan saja ....negara diratah bangsa asing ...??

nak tegakkan islam? muhasabah diri dan banyakkan bercerita ttg kebesaran allah. solat jemaah jangan tinggal. ajak orang buat benda baik. tegur orang buat benda tak baik. amalkan sunnah.
insya allah islam akan tertegak.

kita tak perlu negara islam, ----> jerangkap samar ni ...

bendera islam, lambang bulan islam, cop islam kat i/c kita utk tegakkan islam. ---> benda ni perlu utk bezakan antara muslim dan kafir .... susah mau kenal jika sama .. jangan jadi macam indonesia ....
 
Back
Top
Log in Register