BTC USD 85,857.3 Gold USD 4,150.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seruan perangi riba

tak payah masuk pilihanraya.

jangan jadi pengganas.

nak tegakkan islam? muhasabah diri dan banyakkan bercerita ttg kebesaran allah. solat jemaah jangan tinggal. ajak orang buat benda baik. tegur orang buat benda tak baik. amalkan sunnah.
insya allah islam akan tertegak.

kita tak perlu negara islam, bendera islam, lambang bulan islam, cop islam kat i/c kita utk tegakkan islam.

:-?:-?:-? ada kebenaran nya
 
part merah tu memang jelas mengarut. kita memang perlu negara Islam. sesetengah hukum Islam tidak boleh dilakukan selagi tiada kuasa pemerintahan.
 
Macam mana nak elak riba
kita semua dah ada dalam sistem yahudi
jadi pilihan yang ada adalah melalui pemimpin.
Jadi pilihlah pemimpin dengan bijak.
Maka beratlah tangungjawap pemimpin yang ada kuasa menghalang riba tp buat dekk je.
 
sekarang ni kan sudah ada perbankan Islam. gunakanlah ia sekurang-kurangnya kita sudah berikhtiar untuk mengelak :)
 
brader, gua rasa sebab kito terlalu kejar negara islam tu la buat segala macam gejala2/masalah2 hidup yg kito hadapi sekarang.

kito terlalu sibuk nk koja KUASA pemerintahan. kito raso kalau takdo kuaso ni, kito tak boleh amalkan islam.. umat islam kono tindas, islam jadi mundur...

gua raso apo yg kito betul2 perlu buek start solat berjamaah dan ajak jiran2 kito yg solat kek rumah tu join kito sekali solat jamaah kek masjid. ajak orang kampung pergi berdakwah. pada gua tu lagi utama daripado merebut KUASA nk buat negara islam.

islam tak bukan milik lu.. gua.. milik mano2 negaro/kerajaan, parti politik dsb..

islam milik allah. tak guno bertokak nak tubuh negara islam kalau nak ajak jiran sebelah gi masjid samo2 solat jamaah pun sogan, yo tak?

part merah tu memang jelas mengarut. kita memang perlu negara Islam. sesetengah hukum Islam tidak boleh dilakukan selagi tiada kuasa pemerintahan.
 
bagaimana menegakkan islam kaffah ni tuan? masuk pilihanraya? join gerakan alqaeda?

Saya rasa tuan sendiri sudah tahu jawapannya. Namun begitu saya akan jelaskan pendirian saya. Penegakkan Islam secara kaffah hanya boleh dilakukan dengan menegakkan semula Daulah Khilafah. Ini kerana hanya khalifah sahaja yang mempunyai kemampuan sedemikian dan ini jugalah cara yang ditunjukkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Bukannya melalui pilihanraya demokrasi sekarang ini. Demokrasi sekarang ini telah memberikan kuasa kepada manusia sama ada Islam atau kafir untuk menggubal undang-undang. Walaupun mereka berhasrat untuk melaksanakan undang-undang Islam, mengikut sistem demokrasi mereka masih perlu berbahas untuk meluluskan hukum Allah SWT. Dan ini sesuatu yang aku tidak redha melihatnya kerana seolah-olah manusia itu lebih hebat dari Allah SWT.

Kedua, penegakkan Daulah Khilafah bukanlah melalui perjuangan kekerasan seperti al-qaeda. Ini kerana penggunaan kekerasan tidak akan dapat mengubah pemikiran manusia untuk memahami Islam secara kaffah. Kekeliruan akan berlaku dengan timbulnya idea Islam itu menyokong keganasan atau jihad itu ialah keganasan. Sedangkan jihad itu adalah untuk memerangi kekufuran terhadap Allah SWT yang dipimpin oleh Khalifah.

"Imam itu adalah perisai, yang mana dibelakangnya umat berperang." [HR Muslim].

Sedangkan apa yang dilakukan oleh al-qaeda, Taliban, Hamas, Hezbollah, pejuang Chechen dan sebagainya adalah jihad mempertahankan diri dari kezaliman.

"Diizinkan bagi orang-orang yang diperangi (untuk berperang) kerana mereka dizalimi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka" [surah Al-Hajj ayat 39].

Sebaliknya pemikiran umat Islam hendaklah diubah untuk memahami dan menerima Islam sepenuhnya dan ini dilakukan melalui perjuangan intelektual seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Umat Islam perlu difahamkan dengan sistem Islam itu sebagai ideologi. Bagaimana mereka menguruskan hubungan mereka dengan Allah SWT, diri sendiri, dan sesama manusia. Bila mereka sudah menerima dan memahami Islam secara kaffah barulah penegakkan Daulah boleh dilakukan sama ada secara damai atau penentangan.

Jika kita kaji sirah nabawiyyah kita akan dapati Allah SWT hanya memerintahkan Rasulullah SAW untuk berhijrah ke Madinah untuk mendirikan sebuah Daulah Islam setelah semua umat Islam di Madinah memahami dan menerima Islam sepenuhnya. Dan setelah tertegaknya Daulah Islam yang mana Rasulullah SAW adalah ketua negara barulah jihad fi sabilillah dapat dilakukan.
 
brader, gua rasa sebab kito terlalu kejar negara islam tu la buat segala macam gejala2/masalah2 hidup yg kito hadapi sekarang.

kito terlalu sibuk nk koja KUASA pemerintahan. kito raso kalau takdo kuaso ni, kito tak boleh amalkan islam.. umat islam kono tindas, islam jadi mundur...

gua raso apo yg kito betul2 perlu buek start solat berjamaah dan ajak jiran2 kito yg solat kek rumah tu join kito sekali solat jamaah kek masjid. ajak orang kampung pergi berdakwah. pada gua tu lagi utama daripado merebut KUASA nk buat negara islam.

islam tak bukan milik lu.. gua.. milik mano2 negaro/kerajaan, parti politik dsb..

islam milik allah. tak guno bertokak nak tubuh negara islam kalau nak ajak jiran sebelah gi masjid samo2 solat jamaah pun sogan, yo tak?

sedara.
jangan cuba nak jadikan Islam ini macam agama Hindu yang hanya tertakluk kepada "amalan peribadi" sahaja. hanya tertakluk kepada solat, puasa, masjid dan sebagainya.

sedangkan, Islam adalah cara hidup yang menyeluruh termasuk SEMUA ASPEK kehidupan manusia.

dalam Islam..
ada Ibadah..
ada Muamalah (ekonomi)
ada Munakahat (nikah kawen)
ada Siasah (kepimpinan)
ada Jinayah (hukuman jenayah)

Firman Allah SWT :

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu mengikut jejak langkah SYAITAN. sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (surah al-Baqarah : 208)

kalau sebelum ini kamu kata TAK PERLU NEGARA ISLAM, maka kamu telah mengikut jejak langkah Syaitan yang suka ambil hukum Tuhan separuh-separuh.

Kesimpulan :

1) memang benar umat Islam tak semestinya ada kuasa untuk mengamalkan Islam. tapi umat Islam seharusnya berusaha untuk meletakkan Islam di tempat pemerintah. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.

2) Sirah Rasulullah ada 2 fasa:

Fasa pertama di Makkah di mana Nabi tiada kuasa. pada masa ini, hukum Allah yang diturunkan hanyalah berkisarkan aqidah dan ibadah seperti solat, puasa, zakat, larangan berzina dan sebagainya.

Fasa kedua di Makkah di mana Nabi sudah ada kuasa. pada masa ini hukum Allah yang diturunkan lebih detail lagi mengenai ekonomi, mengenai sosial, mengenai pendidikan, mengenai hak-hak wanita, mengenai kepimpinan Islam, mengenai hukum jenayah (HUDUD dan Qisas).

kita bukan berada di negara orang kafir untuk berada di Fasa Pertama. kita sekarang berada di MAJORITI ORANG ISLAM yang sepatutnya sudah berada di Fasa Kedua.
 
brader, gua rasa sebab kito terlalu kejar negara islam tu la buat segala macam gejala2/masalah2 hidup yg kito hadapi sekarang.

kito terlalu sibuk nk koja KUASA pemerintahan. kito raso kalau takdo kuaso ni, kito tak boleh amalkan islam.. umat islam kono tindas, islam jadi mundur...

gua raso apo yg kito betul2 perlu buek start solat berjamaah dan ajak jiran2 kito yg solat kek rumah tu join kito sekali solat jamaah kek masjid. ajak orang kampung pergi berdakwah. pada gua tu lagi utama daripado merebut KUASA nk buat negara islam.

islam tak bukan milik lu.. gua.. milik mano2 negaro/kerajaan, parti politik dsb..

islam milik allah. tak guno bertokak nak tubuh negara islam kalau nak ajak jiran sebelah gi masjid samo2 solat jamaah pun sogan, yo tak?

Kalau nak amalkan ibadat ruhiyyah sahaja seperti solat, puasa, zakat dsb memang tidak memerlukan negara Islam. Tetapi untuk menegakkan hukum Islam yang membabitkan hubungan sesama manusia seperti ekonomi, politik, jinayat dan sebagainya memerlukan penegakkan sebuah negara Islam. Kita tak boleh melaksanakan hukum Islam seperti muamalat, hudud, qisas dan sebagainya seorang diri. Rasulullah SAW pun tak pernah melakukannya semasa di Mekah kerana baginda tidak ada kuasa. Sebab itu perlunya ada sebuah negara Islam.

Untuk menegakkan negara Islam bolehkah dengan puasa dan solat sahaja? Tidak dinafikan solat dan puasa itu wajib. Tetapi nak mendirikan negara dengan menyuruh orang pergi solat berjemaah semata sudah salah caranya. Kalau nak mendirikan negara Islam kita kenalah mengajar umat Islam tentang sistem pemerintahan Islam bagaimana, sistem ekonomi Islam bagaimana, sistem politik Islam bagaimana dan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kenegaraan. Bukannya kita suruh orang pergi solat berjemaah kemudian berharap negara Islam tertegak sendirinya. (Saya tidak menafikan usaha mengajak orang solat berjemaah itu sangat-sangat bagus dan dituntut.) Tetapi kita kena berusaha ke arah mendirikan negara Islam dengan usaha yang betul kerana:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka…." (surah Ar-Ra’du, ayat 11)
 
Back
Top
Log in Register