brader, gua rasa sebab kito terlalu kejar negara islam tu la buat segala macam gejala2/masalah2 hidup yg kito hadapi sekarang.
kito terlalu sibuk nk koja KUASA pemerintahan. kito raso kalau takdo kuaso ni, kito tak boleh amalkan islam.. umat islam kono tindas, islam jadi mundur...
gua raso apo yg kito betul2 perlu buek start solat berjamaah dan ajak jiran2 kito yg solat kek rumah tu join kito sekali solat jamaah kek masjid. ajak orang kampung pergi berdakwah. pada gua tu lagi utama daripado merebut KUASA nk buat negara islam.
islam tak bukan milik lu.. gua.. milik mano2 negaro/kerajaan, parti politik dsb..
islam milik allah. tak guno bertokak nak tubuh negara islam kalau nak ajak jiran sebelah gi masjid samo2 solat jamaah pun sogan, yo tak?
sedara.
jangan cuba nak jadikan Islam ini macam agama Hindu yang hanya tertakluk kepada "amalan peribadi" sahaja. hanya tertakluk kepada solat, puasa, masjid dan sebagainya.
sedangkan, Islam adalah cara hidup yang menyeluruh termasuk SEMUA ASPEK kehidupan manusia.
dalam Islam..
ada Ibadah..
ada Muamalah (ekonomi)
ada Munakahat (nikah kawen)
ada Siasah (kepimpinan)
ada Jinayah (hukuman jenayah)
Firman Allah SWT :
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah Islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu mengikut jejak langkah SYAITAN. sesungguhnya Syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu" (surah al-Baqarah : 208)
kalau sebelum ini kamu kata TAK PERLU NEGARA ISLAM, maka kamu telah mengikut jejak langkah Syaitan yang suka ambil hukum Tuhan separuh-separuh.
Kesimpulan :
1) memang benar umat Islam tak semestinya ada kuasa untuk mengamalkan Islam. tapi umat Islam seharusnya berusaha untuk meletakkan Islam di tempat pemerintah. Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripada Islam.
2) Sirah Rasulullah ada 2 fasa:
Fasa pertama di Makkah di mana Nabi tiada kuasa. pada masa ini, hukum Allah yang diturunkan hanyalah berkisarkan aqidah dan ibadah seperti solat, puasa, zakat, larangan berzina dan sebagainya.
Fasa kedua di Makkah di mana Nabi sudah ada kuasa. pada masa ini hukum Allah yang diturunkan lebih detail lagi mengenai ekonomi, mengenai sosial, mengenai pendidikan, mengenai hak-hak wanita, mengenai kepimpinan Islam, mengenai hukum jenayah (HUDUD dan Qisas).
kita bukan berada di negara orang kafir untuk berada di Fasa Pertama. kita sekarang berada di MAJORITI ORANG ISLAM yang sepatutnya sudah berada di Fasa Kedua.