brader,
negara islam tu bukan matlamat. negara islam tu adolah manifestasi kpd kesempurnaan akhlak umat islam.
lu rasa dgn tertegak negara islam boleh selesai semua masalah? lu rasa kalau parti yg so call 'islam' memerintah boleh selesai masalah?
Tuan, menubuhkan sebuah Daulah Khilafah Islamiyyah (bukan demokrasi Islam) bukanlah semata-mata satu manifestasi, sebaliknya ia adalah satu perintah. Sungguh malang sekali umat Islam pada hari ini menganggap penubuhan negara Islam itu hanya satu manifestasi yang akan tercapai tanpa perlu berusaha. Allah dan Rasulullah SAW telah memerintahkan umat Islam untuk mendirikan negara Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang mati sedangkan pada lehernya tiada tanggungan baiat (kepada khalifah), maka matinya adalah mati dalam keadaan jahiliyyah." (HR Muslim)
"Barangsiapa yang mati sedangkan di pundaknya tidak ada bai’at (kepada Khalifah) maka ia mati seperti kematian Jahiliyyah" [HR Muslim]
Ini adalah satu perintah dari Allah dan Rasul-Nya bagi penubuhan negara Islam yang diketuai oleh khalifah. Dan kewajipan melaksanakan perintah ini dikuatkan dengan dalil dari ijma' para sahabat radhiallahu 'anhum.
Imam al-Qurthubi, seorang ulama besar dari mazhab Maliki, ketika menjelaskan tafsir surah al-Baqarah ayat 30, menyatakan,
"Ayat ini merupakan dalil paling asas mengenai kewajiban mengangkat seorang imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati iaitu untuk menyatukan pendapat serta melaksanakan hukum-hukum berkaitan khalifah. Tidak ada perselisihan pendapat tentang kewajiban tersebut di kalangan umat Islam mahupun di kalangan ulama, kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham."
Al-’Allamah Abu Zakaria an-Nawawi, dari kalangan ulama mazhab Syafii, mengatakan,
"Para imam mazhab telah bersepakat, bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang khalifah."
Imam ‘Alauddin al-Kasani, ulama besar dari mazhab Hanafi pun menyatakan,
"Sesungguhnya mengangkat imam (khalifah) adalah fardhu. Tidak ada perbezaan pendapat di antara ahlul haq mengenai masalah ini. Manakala penafian berhubung kewajiban ini oleh sebahagian kelompok Qadariah tidak membawa apa-apa makna kerana kewajiban ini adalah didasarkan kepada dalil yang lebih kuat, iaitu Ijma’ Sahabat dan untuk membolehkan perlaksanaan hukum Islam, iaitu ketaatan umat Islam kepada pemimpin lalu menghapuskan kezaliman serta membuang perselisihan yang menjadi sumber kerosakan akibat tiadanya seorang imam."
Imam Umar bin Ali bin Adil al-Hanbali, ulama mazhab Hanbali, juga menyatakan,
"Ayat ini (QS al-Baqarah [2]: 30) adalah dalil atas kewajiban mengangkat imam/khalifah yang wajib didengar dan ditaati untuk menyatukan pendapat serta untuk melaksanakan hukum-hukum tentang khalifah. Tidak ada perbezaan tentang kewajiban tersebut di kalangan para imam kecuali apa yang diriwayatkan dari Al-A’sham dan orang yang mengikutinya."
Imam Ahmad bin Hanbal dalam sebuah riwayat yang disampaikan oleh Muhammad bin ‘Auf bin Sufyan al-Hamashi, menyatakan,
"Fitnah akan muncul jika tidak ada imam (khalifah) yang mengatur urusan manusia."
Negara Islam ini adalah satu negara untuk semua umat Islam di dunia ini bukannya hanya di Malaysia sahaja.
kito fikir jauh sangat sampai nak kono ado negara islam baru akhlak/akidah umat islam boleh diselamatkan. kito salahkan kerajaan bilo kito tgk org islam ramai2 murtad. kito perasan bagus bilo kito doakan kehancuran org2 kafir yg memusuhi islam.. biar diorang dibinasokan mcm tentera abrahah la.. biar perut diorang busung la .. macam2 lagi la..
tapi kito lupo sebenarnya yg sedaro seislam kito tu murtad sebab kito sendiri xsamo2 ajak dio melihat kebesaran allah.. bercakap pasal kekuasaan allah..
kito lupo sebab apo org2 kafir memusuhi islam sebab benci tengok org islam yg perasan bagus. berapa kerat yo yg nak ajak diorang ni samo2 cubo kenal keindahan islam? yg selebihnya sibuk nak berperang berjihad kononya..
kito umat akhir zaman ni untung sebab dapat buek bondo yg mano2 umat sebelum ni tak dapek buek.. iaitu, berdakwah di jalan allah.
tak payah cerita jauh pasal negara islam nak ajak jiran sebelah solat jemaah sama2 kat surau/masjid pun kito sogan yo tak?
Di dalam Islam, untuk menyelesaikan permasalahan umat 3 perkara adalah amat penting iaitu pemikiran, perasaan dan peraturan. Pemikiran dan perasaan umat Islam hendaklah diarahkan untuk menjadikan Islam sebagai satu cara hidup atau ideologi kehidupan. Dan perlulah ada satu peraturan yang akan mengikat umat kepada Islam. Sebagai contoh, pemikiran dan perasaan umat mestilah diarahkan untuk memandang riba dan zina itu satu dosa besar yang wajib dijauhkan. Oleh itu mestilah ada undang-undang yang akan menjaga umat dari dosa ini iaitu undang-undang Islam. Hanya hukum Islam sahaja yang dapat menyelesaikan permasalahan akidah dan akhlak umat kerana ia datang dari Allah SWT melalui wahyu kepada Rasul-Nya.
Mengajak manusia mengagungkan kebesaran Allah SWT adalah kewajipan setiap muslim. Begitu juga mengajak manusia mengagungkan hukum Allah SWT itu juga satu kewajipan yang lebih utama dari kewajipan fardhu. Ini kerana sesiapa yang membuang hukum Allah SWT dan mengambil hukum lain sebagai ganti telah melakukan syirik kepada Allah SWT. Tak guna kamu solat 100 rakaat sehari tapi di luar solat kamu syirik kepada Allah SWT.
Segala masalah yang berlaku hari ini adalah disebabkan manusia membuang hukum Allah SWT dan mengambil hukum manusia sebagai ganti. Sedangkan manusia itu tidak sempurna jadi bagaimana mereka boleh mencipta hukum dan peraturan yang sempurna?
Hanya dengan penubuhan Daulah Islam yang menerapkan Islam secara kaffah akan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang ada. Ini kerana hukum Islam itu datangnya dari Allah SWT melalui wahyu dan ia adalah hukum yang paling sempurna. Kalau kamu tidak yakin bahawa hukum Allah SWT mampu menyelesaikan segala permasalahan bererti kamu tidak meyakini Allah SWT sebagai Al-Hakam (pembuat undang-undang).
Kalau kamu nak berdakwah kamu sepatutnya mendakwahkan Islam sepenuhnya. Iaitu mendakwahkan Islam sebagai satu mabda' (ideologi) dalam kehidupan umat bukannya mendakwahkan Islam itu hanya tertumpu pada ibadat ruhiyyah sahaja. Ini kerana 90% daripada intipati Islam itu berkait rapat dengan urusan manusia sesama manusia.