dhiaperfumes
CG Top Poster Club

- Messages
- 41,571
- Joined
- Nov 12, 2009
- Messages
- 41,571
- Reaction score
- 63
- Points
- 120
SIAPA sangka, bermula sekadar teman biasa di zaman persekolahan, bibit-bibit cinta itu mula bercambah tanpa disedari.
Akui Nas-T, atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin, 29, rasa cinta terhadap pelakon hebat, Nabila Huda, bukanlah sesuatu yang dirancang.
Menurutnya, perasaan itu nyata mendapat respons positif daripada Nabila yang telah pun bersendirian hampir dua tahun.
"Memang betul, kami sedang melalui fasa hubungan itu dan saya serius. Namun, ia sukar untuk digambarkan kerana masih baru.
"Saya sendiri tidak pernah terlintas untuk bercinta dengan kawan baik saya sendiri kerana kami memang sudah lama kenal, sejak di usia remaja lagi. Kami sekolah menengah di Subang.
"Namun, setelah kami semakin rapat, saya boleh rasa, kami ada persamaan dan lebih memahami antara satu sama lain," katanya yang juga DJ (Disk Jockey), di kelab ibu kota.
Menurut pelakon drama Kami ini, setelah setahun putus cinta, kehadiran anak penyanyi rock terkenal, Amy Search ini berjaya mengetuk pintu hatinya.
"Walaupun kami sudah lama kenal, namun sebelum ini, tiada istilah rindu bila berjauhan. Namun, setelah kami mula rapat, perasaan itu hadir tanpa diduga.
"Ketika Abil berada di Brunei untuk menjalani penggambaran, saya mula merinduinya. Sejak itulah saya mula sedar bahawa ada cinta buat Abil," katanya yang sedia bertemu Amy Search untuk ke fasa lebih serius.