BTC USD 83,710.8 Gold USD 4,157.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Serbuan Setor "Coldroom" Di Subang

missdealova

Fun Poster
Messages
382
Paid Membership
Joined
Dec 9, 2005
Messages
382
Reaction score
12
Points
15
INILAH YANG TERJADI JIKA TIADA AKTA HALAL DI NEGARA KITA. TIADA SESIAPA NAK HORMAT PADA KITA.


babi_campur_ikan21.jpg babi_campur_ikan22.jpg​

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendapat aduan melalui sms mengatakan terdapat kontena dari Vietnam yang menghantar bekalan ayam dicampur dengan daging babi untuk pasaran Malaysia. Bekalan tersebut akan disimpan di setor simpanan sementara di kawasan Subang sebelum diagihkan kepada pengedar-pengedar. Kontena berukuran 40 kaki itu dipercayai tiba pada malam sabtu(28/10/06).

Pada 29/10/2006 jam 7.00 pagi di Subang Coldroom Lot 1 Jalan SS 13/1 Subang., kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja PPIM, Dato' Nadzim Johan bersama beberapa pegawai dari pihak Kastam yang diketuai oleh En Bune dari Jabatan Penyiasatan Kastam dan turut menyertai adalah
wartawan media seperti Kosmo, Utusan dan TV3 tiba di tempat yang dilaporkan. Berikut adalah gambar ketika serbuan dilakukan oleh
PPIM dan Pihak Kastam. Pihak Kastam mengarahkan pemilik setor membuka setor untuk tujuan siasatan. Apa yang memeranjatkan
adalah setor yang dikatakan hanya menyimpan barangan/makanan halal dipenuhi dengan timbunan kotak yang mengandungi babi. Dijangkakan lebih kurang 500 kotak tersusun dan setiap kotak tersebut mengandungi 12 ekor babi. Daripada serbuan tersebut, pihak Kastam telah menyita kesemua daging babi tersebut dan mereka akan dikenakan kompaun. Inilah permainan orang tak menghormati bangsa dan agama lain. Mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi.

Mereka telah menyalahgunakan permit/ kelulusan yang diberi. Juga didapati bahawa kontena tersebut sebenarnya hanya mendapat kelulusan permit untuk membawa masuk ikan, ini bermaksud daging babi tersebut diseludup masuk secara haram.

Walaupun kita tak makan babi, tetapi kita perlu berhati-hati. Penyakit tidak mengenal mangsa, bangsa dan agama. Sekiranya babi-babi ini membawa wabak yang merbahaya seperti yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu JE, jadi kita manusia pasti terkena tempiasnya.

Timbul kerisauan dan keraguan terhadap produk-produk yang diimpot. Adakah ia sepenuhnya Halal dan Selamat? Apakah jaminan kepada Umat Islam yang ia benar-benar halal bukan sahaja dari segi penyembelihan, malah cara pengedaran daripada pengeluar kepada pengguna akhir.

Kami di PPIM berasa amat marah kerana perbuatan ini seolah-olah menghina umat Islam. Kami mewakili suara pengguna lain amat menggesa supaya perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera.

PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN 30 OKTOBER 2006
Kontena ikan campur daging babi disita
Oleh UMAVATHI RAMAYAH


SUBANG JAYA 29 Okt. – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyita sebuah kontena yang sarat berisi daging babi bercampur ikan di sebuah syarikat pembekal daging di Jalan SS13/1 di sini hari ini.

Jurucakap KDRM memberitahu, bekalan daging yang diletakkan dalam sebuah kontena sejuk beku itu disita dalam satu serbuan oleh lapan pegawai KDRM kira-kira pukul 8 pagi.

“Berdasarkan dokumen Ikrar Kastam, kontena itu sepatutnya hanya menyimpan bekalan ikan tetapi apabila diperiksa didapati bekalan daging babi beku juga dicampurkan dalam kontena itu,” katanya kepada pemberita.

Jurucakap itu berkata, dalam serbuan itu pihaknya telah memeriksa lapan kontena dan hanya sebuah kontena yang didapati menyimpan daging babi bercampur ikan manakala kontena selebihnya cuma menyimpan bekalan ikan.

“Kontena itu, bagaimanapun, disahkan hanya mempunyai permit untuk menyimpan ikan dan tiada permit untuk menyimpan daging babi,” katanya.

Menurutnya, pihak Kastam belum menahan pemilik syarikat tersebut.

Difahamkan, daging babi dan ikan itu disimpan dalam kontena itu untuk diedarkan ke beberapa restoran di kawasan berhampiran.

Menurut jurucakap itu, bekalan ikan tersebut diberi kelepasan untuk diedarkan kerana syarikat berkenaan mempunyai permit manakala daging babi itu mungkin akan dilupuskan.


Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)

Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan
Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL, Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya. " (Al-Baqarah : 42)
 
Dieorang ni semakin BIADAP.... memang kafir ni selalu usaha utk rosakkan ISlam... no 1 yang dalam sedar tak sedar dieorang target makanan.... bile dah makan... mende tak elok.. efek pada hati... bile hati dah rosakk... senang dieorang buat KIJE....​
 
Kepada owner & sekutunya tu semoga tuhan panahkan petir kat atas kepala diaorg....
 
manusia semakin berani...ish3...tak tau la...
 
emmm...bila peniaga hanya mementingkan keuntungan.....
aku jadi risau nk dagiong yg diimport....
 
salah gomen gak. undang2 ringan nak mampos. kesalahan camni, bole diselesaikan dengan denda yg cukup ringan(RM) bagi peniaga/pesalah. kerajaan hanya mementingkan duit denda yg dapat.

cuba ubah akta kesalahan tu. melibatkan sensitivity umat islam je, denda dia : ISA. kalau kejam sangat denda dia : RM500,000 min, penjara 5 tahun dan nama blacklist x boleh meniaga selama2nya(no option, 3 denda sekaligus)

kena follow up juga, pesalah ni, utk make sure dia tak meniaga lagi guna nama orang lain pulak
 
salah gomen gak. undang2 ringan nak mampos. kesalahan camni, bole diselesaikan dengan denda yg cukup ringan(RM) bagi peniaga/pesalah. kerajaan hanya mementingkan duit denda yg dapat.

cuba ubah akta kesalahan tu. melibatkan sensitivity umat islam je, denda dia : ISA. kalau kejam sangat denda dia : RM500,000 min, penjara 5 tahun dan nama blacklist x boleh meniaga selama2nya(no option, 3 denda sekaligus)

kena follow up juga, pesalah ni, utk make sure dia tak meniaga lagi guna nama orang lain pulak

teringat aku kes Pau Ahmad
 
nasib baik saya suka makan ayam kampung.. sembelih sendiri jer.. hehe..
 
Back
Top
Log in Register